Home » kereta » Bayar cukai jalan dan insuran kereta kali ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pejam celik nampaknya dah sampai tahun ketiga nampaknya si Zool menggunakan kereta My Vi 1.3 SX (Manual) ni. Dapat surat peringatan dari tempat si Zool beli kereta ni mengingatkan serta menawarkan servis untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran kereta si Zool. Memang cukup pandai syarikat tersebut dalam memastikan servis selepas jual tidak tamat.
Mengikut surat yang diterima jumlah perlu dibayar adalah RM754.47 termasuk insuran dan road tax serta beberapa perkara yang perlu dibayar. Secara peribadi memang suka gunakan kaedah ni walaupun tak tahu samada harga ini lebih tinggi dari biasa atau rendah (ada sesiapa boleh beritau??). Tapi tak kisahlah sebab saya hanya perlu bayar yang tertera dan mereka menguruskannya. Yang lebih best tu, saya hanya beritau bahawa setuju gunakan khidmat mereka dan sediakan wang untuk bayar.
Terus dapat cukai jalan pada waktu yang ditetapkan. Tak perlu nak pergi bank minta geran, tak perlu nak bersusah payah pergi cari parking kat JPJ, buat insurans bagai. Apapun, ini kaedah yang saya suka, mungkin orang lain lebih suka buat sendiri. Terpulanglah kan..


Kalau ikutkan, sasaran si Zool untuk bayar cukai dan insurans ni menggunakan pendapatan dari Nuffnang tapi apakan daya, ligakampung.com dan ohpemandu.com tidak mampu untuk menambat hati pengiklan sekaligus mampu membayar cukai jalan dan insuran kereta. Ini terpaksalah mengorek sana sini dulu nak bayar ni. Tu le padahnya kalau tak menyimpan dari awal dan berharap pada satu sumber je ni.. Menyesal-menyesal. Untuk tahun depan kenalah si Zool simpan sikit-sikit dulu… Sambil tu, bantulah dengan selalu melawat blog ini atau OhPemandu ye.. Insyallah kalau ramai pembaca bolehlah tambah-tambah sikit duit tu..

Bagaimanapula dengan anda? Macammana bayar cukai jalan dan insurans tahun ni?

Sekian
p/s :- Entri bayar cukai jalan dan insuran kereta kali kedua tak sempat nak tulis tahun lepas. Tak tahu kenapa tak tulis entri tahun lepas.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :994

9 thoughts on “Bayar cukai jalan dan insuran kereta kali ketiga

  1. redlomoNo Gravatar says:

    dah kali ke 3.. tak tension sangat pasal insurans 2…. kalau tak pening gak

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ye ke? bayar camne?

    Reply

  2. Jebeng Otai™No Gravatar says:

    owh sama la..x lama lgik kene bayar la..hehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    sabar la menunggu ye..

    Reply

  3. Izzuddin FauziNo Gravatar says:

    Pehh… Erning banyak la nie kannn~~~ :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak banyak dong.. tu yg mengengkek nak kena cari tu

    Reply

  4. tehrNo Gravatar says:

    Aku selalunya singgah kat ejen je
    Hari ni bayar, besok ambil
    Hehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    lebih kurang camtu le..

    Reply

  5. [...] melangsaikan satu lagi pembayaran iaitu menghidupkan kembali cukai jalan. Ini merupakan kali ketiga si Zool menghidupkan cukai MyVi sekaligus bermakna umur kereta milik si Zool telahpun menjangkau 3 tahun. Alhamdulillah memang [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge