Batu Api

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca budiman.. Nampaknya post 8 perkara mengenai Zool mendapat komen yang banyak dari rakan-rakan internet. Terima kasih kepada pengkomen semua. Sekurang-kurangnya masih ada lagi insan yang prihatin pada budak Zool yang tidak cerdik ni (memetik kata boss)..
Sepatutnya hari ini saya bercadang untuk membuat post mengenai tempat makanan menarik di Melaka ( atas permintaan syia ). Walau bagaimanapun terpaksa di tunda disebabkan ada sedikit pergolakan emosi.. He he he..

Anda pernah dimarahi?? Sudah semestinya pernah bukan?? Sudah pasti darah akan menuju ke arah muka tatkala di marah oleh seseorang. Namun ianya akan menjadi bertambah parah apabila ada insan yang mencurah minyak pada orang yang memarahi…Sudah pasti minyak yang dicurah akan menambahkan lagi tahap kepanasan mereka yang marah.. Ini kadangkala memberikan ruang positif kepada si pemarah lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai kepentingan peribadi . Mereka yang melakukan perkara tersebut lebih dikenali sebagai ‘batu api’. Mungkin ada sesetengah dari anda yang pernah berhadapan dengan situasi berikut dan mungkin juga ada yang menjadi ‘batu api’.Menjadi batu api kadang-kadang akan menjadi sebagai batu loncatan kepada seseorang itu untuk berjaya (kononnya).. Walau bagaimanapun ianya merupakan risiko kerana mereka mungkin akan dicemuh oleh individu sekeliling.. Sedikit sebanyak akan memberikan impak negatif kepada mereka..

Walaubagaimanapun setiap orang mempunyai identiti yang berbeza.. Setiap orang diberikan watak-watak yang berbeza untuk melakonkan cerita kehidupan di dunia ini. Sudah pastinya watak yang berbeza menjadikan dunia ini penuh warna warni dan perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan…

p/s :- Selepas kecil hati dengan seorang rakan yang telah mempergunakan saya, selepas itu dikelentong dan kini ditikam dari belakang.. Masih wujudkah sahabat sejati?? Mungkin ada tetapi boleh dikira dengan jari ..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1833
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

6 Responses to “Batu Api”

  1. afhamNo Gravatar says:

    kalo ada permasalahan..sorang kena jadi air batu..baru semua reda..he3..

    Reply

  2. cikF=)No Gravatar says:

    huhu…saye xsuke kene marah..kalo sy silap pun,try slow talk dlu..
    sbb tu saye xsuke marah2 xtentu pasal..huhu

    Reply

  3. PakarHowToNo Gravatar says:

    Assalamualaikum…

    Ini kali pertama saya berkunjung ke blog ini dan kali pertama memberikan komen.

    Apa yang ingin saya katakan ialah, saya suka design design blog ni…simple dan menarik!
    Artikel yg ditulis pun agak santai dan easy reading.

    Mungkin saya akan menjadi pengunjung setia blog ini.
    Izinkan saya berbuat begitu yer tuan Zool.

    Terima Kasih.

    Reply

  4. zueNo Gravatar says:

    apa sj amarah mu, jgn di pendam yg akhir nya m’jd dendam. tapi luahkan ngan ketenangn..

    ceriakan ari mu..
    cayokk!!!

    Reply

  5. zoolNo Gravatar says:

    afham –> kalau ada air batu campur lagi best..
    cik F–> saya pun tak suka marah2… penat tapi masalahnya selalu kena marah.. huhuhuhuhuhu,,
    PakarHowto –> boleh tadahal punya…
    zue —> betullah… sekarang dah reda sikit… tq kawan2..

    Reply

  6. manzNo Gravatar says:

    pestime jenguk..jom follow saye..orang kg..heee

    Reply

Leave a Reply