Assalamualamualaikum dan salam sejahtera semua..
Sebenarnya kejadian ini berlaku pada 20 November 2009 ( Jumaat) lalu. Kereta My Vi ‘Silver Ray’ tidak mampu untuk dihidupkan ketika itu. Ketika nak ke kereta saya menekan butang alarm. Tidak berbunyi dan tiada reaksi darinya. Kunci pintu dalam tidak terangkat. Mulanya saya menyangkakan mungkin bateri ‘ butang alarm’ kereta mempunyai masalah. Lalu saya menggunakan kunci untuk membuka pintu. Percubaan memulas kunci tidak memberikan maklumbalas. ‘ Ah sudah.. Takkan kereta baru 5 bulan dah rosak plak ye. Jiran sebelah melihat dan nampaknya ini yang berlaku’.

Gambar ini diambil semula selepas kejadian tetapi saya menjangkakan bahawa sebab inilah enjin tidak mampu dihidupkan.

Terus tukar.
Nasib baik rakan-rakan sepejabat En Salleh, En Zulfikar, En Hairil dan En Faizal masih berada di pejabat. Mula-mula mereka membantu dengan menolaknya. Ye lah biasanya kalau enjin tak boleh dihidupkan kaedah menolak merupakan salah satu caranya. Tapi agak malang sebab masih tidak mampu walaupun tenaga masing-masing telah digunakan. Bukan sebab tidak kuat tetapi mungkin kaedah tidak tepat. Jadi cadangan untuk menggunakan kaedah ‘Jumper’. Itupun terpaksa meminjam dari rakan kepada En Hairil sebab barang dalam kereta si Zool ni memang tak cukup.Tau proses ‘Jumper’ ?? Cuba tengok gambar di bawah :-

Ini bukan gambar kejadian tapi di pinjam dari blog MizzAmy.. Pinjam ye..
Dengan kaedah ini kereta berjaya dihidupkan dan mampu digerakkan.. Melihat keadaan berikut, si Zool akan memberi lebih perhatian selepas ini iaitu :-
1. Selepas tiba ke destinasi selain dari tekan butang alarm, lampu juga perlu ditengok. Kena tengok betul-betul keadaan pemutar di Silver Ray.
2. Kenalah beli Jumper. Mana tau satu hari kena lagi. Untuk makluman, sebelum ini saya pernah mengalami situasi ini beberapa kali ketika memandu kereta Kancil dan Iswara. Yang lebih kagum lagi, orang-orang yang sama membantu menolaknya.. Terima kasih, bro. Nanti aku belanja makan…
3. Kenalah cari-cari contact mekanik berdekatan. Mana tau kalau apa-apa berlaku, senang.
4. Kenalah belajar dengan lebih teliti hal-hal kereta ni. Walaupun ada blog kereta tapi ilmu yang dijumpai tak dipraktikkan. Kadang-kadang main ‘copy n paste’ tak baca pun..
p/s :- Mula-mula nak post artikel pada hari Jumaat atau Sabtu tapi sebab rakan-rakan yang membantu suruh tulis pasal ni dalam blog jadi elok kalau di jadualkan pada hari Isnin sebab mungkin mereka akan baca. Kalau Jumaat mungkin dah berubah kedudukannya dan hilang dari pandangan…
Terima kasih sekali lagi kerana membantu….
RSS Feed
Twitter



November 23rd, 2009
zool
Posted in
Tags: 


nasib baik ada rakan2 membantu… masalah bateri la ni kan?
Reply
zool
Reply:
November 23rd, 2009 at 23:37
yup..
Reply
beliamuda
Reply:
November 24th, 2009 at 00:32
kebetulan pagi tadi ada kereta kawan tak leh hidup sebab bateri jugak.. kena jumper jugak ngan keter yang lain…
Reply
Kereta myvi tak boleh tolak sbb dia punya system lain kena pakai jumper gak saya pernah kena.Kata salesman tu betul saya dah tanya ramai orang memang tak leh tolak.
Reply
zool
Reply:
November 23rd, 2009 at 23:38
ooo patutlah tak leh jln.. nak kena cari jumper lepas ni
Reply
Hi, hope ur car is alrite now.
Reply
zool
Reply:
November 23rd, 2009 at 23:38
thanks.. ok already..
Reply
nasib baik keta aku tak kena kes macam nih. Kene beli jumper gak nih..
Reply
zool
Reply:
November 24th, 2009 at 22:24
kalau kes terlupa tutup lampu..
Reply