Basikal oh basikal

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Photobucket

Sebenarnya entri ni dah lama terfikir untuk ditaip namun kekangan dan pertambahan idea lain menyebabkan ianya terbengkalai seketika namun akhirnya menguatkan semangat jua untuk melontarkan sedikit cerita mengenai basikal. Semua orang tau tentang basikal, kalau tak tau boleh tengok gambar di atas ye. Perhatikan betul-betul dimana pernah terlihat kenderaan berkuasa manusia tu..
Cerita pasal basikal ni, memang ianya berbeza dari masa ke semasa. Jika zaman si Zool, basikal BMX menjadi kegilaan budak-budak untuk berjalan-jalan kini ianya digunakan lebih kepada sukan ekstrem. Malahan bentuk-bentuk basikal menjadi semakin canggih dengan gear dan ciri-ciri keselamatan yang lebih.
Sambil tu layan sikit mengenai sejarah basikal :-
Sejarah Basikal yang dicilok dari sejarahbasikal.blogspot.com


1817: Pada tahun ini Baron von Drais iaitu seorang rakyat Jerman telah mencipta basikal yang dinamakan Draisienne. Basikal ini diperbuat daripada kayu. Ianya mempunyai tempat duduk dan handle tetapi ia tidak mempunyai pedal(pengayuh). Pada masa itu, mereka menggerakkan basikal tersebut dengan cara mengayuh kaki ke lantai
1839: Pada tahun ini, seorang tukang besi berbangsa Scottish yang bernama Kirkpatrick Macmillan telah mencipta basikal yang boleh bergerak sendiri. Sistem bagi basikal ini ialah ia menggunakan sebatang besi yang terletak pada tayar hadapan yang dihubungkan dengan tuil pada tayar belakang. Basikal ini sangat iaitu seberat 56 punds dan hanya pengguna yang gagah sahaja yang mampu menunggang basikal ini.
1863: Pierre Michaux of Paris telah mencipta basikal yang diberi nama Michaux Velocipede. Basikal ini mempunya pedal dan tuas yang terletak dihadapan roda basikal. Basikal ini telah menjadi kenderaan tunggangan yang paling banyak dikeluarkan pada masa itu. Basikal ini juga dinamakan sebagai “boneshaker” dan ianya popular sehingga ke tahun 1870.
1870: James Starley mencipta basikal yang boleh dikatakan sebuah basikal biasa dimana basikal tersebut mempunya roda hadapan yang besar manakala roda belakangnya pula adalah kecil sedikit dari roda hadapan. Ciri-ciri ini membenarkan penggunanya bergerak lebih jauh dalam apa bila melakukan setiap kayuhan. Untuk menunggang basikal ini, penggunanya perlulah mempunyai latihan dan skil yang tinggi kerana basikal ini sukar unutk ditunggang.
1884: H.J Larson telah mereka bentuk basikal yang digerakkan menggunakan rantai. Basikal ini dinamakan Safety. Roda basikal ini bersaiz medium dan ianya adalah lebih stabil dan mudah untuk ditunggang jikan dibandingkan dengan basikal Ordinary.
1885-1900: John Kemp Starley, iaitu anak buah James Starley telah mencipta basikal yang dinamakan Rover Safety.basikal ini sangat menarik keran ia mempunyai kerusi yang memberi keselesaan kepada penggunanya. Selain itu, pemegang basikal ini juga di pasang dengan”grip”. Basikal ini boleh dikatakan mempunya aspek keselamatan.
1888: John Boyd Dunlop telah mencipta tayar pneumatik iaitu tayar tersebuat berisi dengan udara. Tayar ini memberi tunggangan yang selesa kepada penunggangnya.
1890-an: Harga basikal telah jatuh dan ia mampu dimiliki oleh semua orang. Oleh itu ramai orang membeli basikal sebagai pengangkutan ke tempat kerja ataupun bersiar-siar. Sekitar tahun ini, kaum wanita melihat basikal sebagai tiket ke arah kebebasan. Kaum wanita dibenarkan menunggang basikal dengan memakai skirt. Susan B. Anthony berkata bahawa basikal telah membebaskan kaum wanita daripada segala benda yang ada di dunia ini.
Circa 1900: Seorang pengusaha Inggeris mencipta”wheel hub” yang mempunyai tiga kelajuan yang membenarkan penunggang berbasikal di kawasan yang berbukit.
Circa 1910: basikal untuk kanak-kanak mula dicipta dan dijual.
1940-an: “kick stand” basikal dicipta. Ia digunakan dalam perang. Pelumba basikal Eropah mula menggunakan “derailleur” yang mempunyai lima tahap kelajuan.
1963: Schwinn memperkenalkan Sting-Ray iaitu basikal pertama yang menggunakan tempat duduk “banana” dan mempunyai handle yang tinggi. Basikal Sting-Ray telah membuka jalan basikal BMX unutk menjadi terkenal pada tahun 1970-an.
1960-an: Basikal yang mempunya gear 10-speed telah menjadi satu kemestian dalam reka bentuk sesuatu basikal.
1970-an: Akibat kesedaran terhadap alam sekitar, basikal telah menjadi kenderaan yang popular kerana ianya tidak menggunakan minyak. Dalam tahun 1978, jualan basikal di US adalah lebih tinggi berbanding dengan jualan kereta.
1984: roda bergigi ditambah pada bahagian gear menyebabkan kelajuan basikal bertambah dari 15 ke 18, 21 dan 24.
1986: Satu survey dibuat oleh The International Bicycle Fund. Hasil dari survey tersebut didapati bahawa basikal adalah sukan ke-3 paling popular selepas renang dan senam robik.


Sebenarnya si Zool menulis entri pasal basikal kerana baru-baru ini adik, telah membeli sebuah basikal untuk kegunaan harian beliau di kampus. Terkejut juga bila melihat situasi dimana terdapat banyak basikal disana. Almaklumlah di zaman si Zool tak banyak penuntut yang menggunakan basikal sebagai pengangkutan samada ketika di itm Jengka mahupun di UiTM Shah Alam. Bagus sekali menggunakan basikal kerana mengurangkan pencemaran udara (kalau guna motosikal atau kereta) dan menyihatkan badan. Berikut merupakan basikal beliau,

Photobucket

Photobucket

Sambil tu gelak sikit tengok cerita kartun Hagemaru gembira naik basikal.. Lawak-lawak

Okay cukuplah tu. Sekian..

p/s :- Terfikir nak beli basikal juga. Mungkin kalau beli dapat mengurangkan sikit lemak-lemak yang berkumpul di perut ni. Tengoklah camne ye..

Pengunjung Entri Ini :6516

2 comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

72,626 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge