Barisan ‘tagline’ yang popular

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Agak penat hari ni. Pagi tadi saya menghadiri perbincangan mengenai MySMS tapi rasanya mungkin diwaktu lain artikel mengenai MySMS akan ditulis disini. Hari ni dah ada tajuk yang lebih santai untuk dipaparkan di blog ini..
Untuk entri kali ini saya nak berkongsi mengenai ‘tagline’. Tahukah anda ‘tagline’? ‘Tagline’ ni lebih kurang cam ‘name tag’ yang anda pakai masa waktu kerja / sekolah. Ia menunjukkan nama anda yang cukup comel tu. ‘Tagline’ adalah merupakan perkataan yang menjadi identiti kepada seseorang itu..

Di entri ini saya kemukakan beberapa ‘tagline popular’ yang terdapat dalam kepala ni..Layankan

1. Pernah tengok cerita zaman 80-an dulu.. Rancangan Gila-gila Remaja lakonan awal Faizal Hussein , Rosyam Noor . Adegan yang paling top masa tu adalah ketika adengan mengorat awek ( orang sekarang gelar cikaro) kat perhentian bas.. Yang paling popular tu .. ‘ Dah kawin ke belum.. Wek…’.. Sambil tu layankan video kat youtube ni.

Memang kelakar.. Agak-agak sekarang ada ke budak-budak sekarang kacau awek camni??
2. Filem lakonan isteri Tengku Abdullah, Julia Rais dengan ‘tagline’.. ‘Siapa yang malu, mereka dan keluarga mereka’. Masa zaman sekolah menengah ayat ni selalu ditiru sehingga mencetuskan fenomena.. Ada tu kena marah dengan cikgu ‘ Korang ni kena tangkap hisap rokok, nanti siapa yang malu?’ dijawab ‘mereka dan keluarga mereka’. Kurang hajar kan.. Tapi budak tu dapatlah hadiah sedas lempangan tahap kelapan…
3. Tagline Nabil Raja Lawak yang top sedikit masa dulu.. Tau tak?? Kalau tak tau mungkin anda ni seorang yang tidak melibatkan diri dengan hiburan baguslah tu.. Tapi kalau nak tau ‘Lu PKlah sendirilah’ ( ada budak tu siap guna ‘tagline’ ni dalam pengucapan awam dia tau.. Ntahapahapa budak tu..). Selain Nabil, Rancangan Raja Lawak juga memperkenalkan beberapa ‘tagline’ seperti Amir – I’m sorry, Man Belon – Ini Man Belon yang punya.. Ark, Mamu – Mesti Mari, Idlan – Pon..pon.. Tapi tak pasti samada ‘tagline’ mereka mampu sepopular Nabil..
4. Ala yang ‘gitu-gitu’ tu. Kalau ikutkan sebenarnya ‘tagline’ ni digunapakai oleh Tan Sri Allahyarham P Ramlee dalam filem Madu Tiga namun ianya di komersialkan lagi oleh Saiful Apek dan Senario.. Kira bijak mengeksploitasi cerita lama..
5. Ni agak baru.. Dari filem Adnan Sempit .. Ops bukan tagline ‘Di Mana Ada Kemampuan di Situ ada Highway’ yang tu tak best.. Yang ‘ Walau rupa saya ganas, rempit tapi dalam hati ada taman’ (ayat mungkin di modified mengikut ingatan si Zool.. Untuk kepastian boleh tanya cikaro cun Miss Lolly , mungkin beliau hafal kot..).
6. Selesa. Yang ini tak tau samada anda pernah dengar atau tidak sebab ianya di dengari di pejabat saya je.. Asal benda best sikit mesti cakap perkataan ‘selesa’ walaupun frasanya kadang-kadang kurang sesuai..
7. Padu.. Ini pun rasanya ‘tagline’ yang anda tak pernah dengar rasanya.. Perkataan ‘padu’ ni bukan diguna untuk isipadu cecair sebaliknya digunakan bagi memberikan gambaran ‘terer’, ‘kuat’, ‘cun’ dan yang kira hebat-hebat belaka lah.. Ianya digunakan oleh rakan-rakan serumah pada 10 tahun yang lalu. Sapa ntah nama pelopor perkataan tu..
8. Mungkin ramai kenal dengan blogger Kak Jie yang terkenal dengan ‘tagline’ , ‘Hidup Biar Sedap’. Tak tau camne beliau boleh terfikir untuk menggunapakai tagline yang seakan-akan iklan aiskrim.. Betul tak Kak Jie?? :)
9. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. Antara ‘tagline’ rancangan tv3 yang popular sedikit masa dahulu…

Rasanya cukup setakat ini tentang ‘tagline’ yang sedikit memberi kesan dalam diri ini. Bagaimana pula dengan anda? Ada ‘tagline’ menarik yang ingin dikongsi bersama.. ?? Kongsikan bersama..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2687
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

18 Responses to “Barisan ‘tagline’ yang popular”

  1. touyaNo Gravatar says:

    tagline aku

    “Saya nak Sepak Touya ”

    tak caya cari kat google

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    amende le tagline ko ni..

    Reply

  2. beliamudaNo Gravatar says:

    byk juga tagline yang direka sesama rakan masa zaman sekolah. haha. cam best je. zool takde tagline sendiri ke?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang byk.. tagline zool ?? tak ingat plak.. tengok la kalau ada memember blh tlg ingatkan.,.

    Reply

  3. farhanaNo Gravatar says:

    Dan juge tagline ali setan.. Tipah tertipu bang.. Tipah tertipu.. Hehehe.. Tagline ni wat kita mudah diingati orang kan.. Heehee.. ;)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup.. tagline ali setan ni memang popular sikit masa dulu..

    Reply

  4. Bb HussainNo Gravatar says:

    dua singgit..dalam upin ipin..leh consider tagline ker..hehe..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    boleh la tu….
    sapa nama yg cakap tu.. lupa aku

    Reply

    Bb HussainNo Gravatar Reply:

    mail..

    Reply

  5. cik epalNo Gravatar says:

    mawi world…haha :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup.. antara tagline yg popular dari Mawi..

    Reply

  6. firusNo Gravatar says:

    gitu gitu tu dalam cerita nujum pak belalang. Bukannya madu 3.

    padu – dipelopor oleh razlan abas, sehingga digelar lan padu..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tq kerana membetulkan.. almaklumlah en firus ni peminat setia filem P Ramlee…

    aku lupa nama mamat lan padu tu.. tuan mempunyai kekuatan ingatan..

    Reply

  7. MrsNorNo Gravatar says:

    salam..
    Tagline akak sejak zaman sekolah sampai ke U dan alam kerja adalah “cikmekmolek”, tak tahu knp benda tu melekat kat akak.

    p/s – thanks tinggal jejak kat blog akak

    Reply

  8. KujieNo Gravatar says:

    Tagline Kak Jie dah lebih 3 tahun guna – kadang2 rasa nak tukar
    masa letak tagline tu tak fikir pun patlima kali…itu je yg terlintas – tak sangka pula tagline tu lebih tip dari ice cream…hehehe

    Reply

  9. liessaNo Gravatar says:

    tagline fofular dari fara fauzana kot… ‘tau xpe’… hehehe

    Reply

  10. faris_jayzNo Gravatar says:

    Jgn lpe tagline astro: “macam2 ada”… ;)

    Reply

  11. hot mamaNo Gravatar says:

    Ala…creative la nak buat tagline…tlg please

    Reply

Leave a Reply