Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Barisan Hoki Wanita Negara bermula garang saingan pada Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL)

Pasukan hoki wanita negara memulakan kempen Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL) dengan catatan kemenangan besar. Malaysia yang bertemu pasukan Hong Kong di Stadium Hoki Tun Abdul Razak, Jalan Duta hari ini tidak mengalami masalah untuk menumpaskan pasukan lawan.

Pasukan hoki negara yang berada dalam ranking ke21 dunia berjaya membolosi gawang pasukan Hong Kong sebanyak 9 kali. Keputusan 9-0 menentang Hong Kong ini menyaksikan pakar pukulan sudut penalti negara, Nuraini binti Abdul  Rashid menjaringkan hatrick pada minit ke 48, 56 dan 60. Selain itu, jaringan juga dilakukan oleh Nurul Nabihah pada minit ke 16, Siti Noor Amarina minit 24, Fazilla Sylverster minit 29, Hanis Nadiah minit 41, Norhasliza minit 46 dan Fatin Shafika minit ke 49.

Walaubagaimanapun ia masih terlalu awal bagi pasukan yang digelar Tigress ini. Cabaran sebenar pasti apabila bertemu Ireland pada perlawanan kedua Isnin nanti manakala perlawanan terakhir kumpulan menentang Kazakhstan pada 17 Januari mungkin menjadi peluang untuk pasukan negara menambah jaringan.

Untuk makluman, pasukan Ireland yang berada di ranking ke 16 dunia baru sahaja membelasah Kazakhstan dengan keputusan 12-0. Nampak mengerunkan tapi tiada yang mustahil. Apatah lagi dengan aksi di gelanggang sendiri pasti ada kelebihan untuk skuad negara. Harapnya agar pasukan hoki wanita negara mampu merebut salah satu dari 2 slot untuk kelayakan Piala Dunia Hoki 2018 nanti.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi http://www.fih.ch/

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)