LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Barangan Larangan Dalam Stadium Ketika Sukan SEA 2017

KUALA LUMPUR: Rokok, pisau dan mercun serta makanan ringan seperti kuaci dan kekacang dilarang dibawa masuk ke dalam Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk upacara pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), 19 Ogos ini.

Antara barangan larangan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke Stadium

Penonton turut diingatkan supaya tidak membawa masuk barang larangan lain seperti bahan bunyi (air horn), gunting, payung, topi keledar serta tin dan botol minuman, kata Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc) KL2017 dalam kenyataan pada Isnin.
“Pihak Perbadanan Stadium Malaysia berhak merampas segala barang larangan yang cuba dibawa masuk ke dalam stadium,” katanya.
Masoc berkata penonton yang membawa barang larangan berkenaan berhak dinafikan kebenaran masuk ke dalam stadium jika perlu.
“Pihak stadium akan mengadakan pemeriksaan keselamatan menyeluruh di pintu masuk stadium ke atas penonton yang hadir untuk menyaksikan upacara pembukaan itu,” menurut kenyataan berkenaan yang meminta orang ramai hadir awal ke stadium untuk mengelak kesesakan.
Penonton turut diingatkan untuk mengekalkan keharmonian dan mengelak melakukan tindakan yang boleh menyebabkan serangan, keganasan atau ancaman kepada pihak lain. – Bernama

Bagi para penonton elakkan dari membawa barangan larangan ini supaya anda tidak akan menghadapi masalah. Ikut sahaja peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengelola kerana ia penting untuk keselamatan dan keselesaan penonton.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)