Bantu Membantu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebenarnya tajuk post ini memang telah agak lama ingin saya kemukakan.. Sebenarnya saya agak kecewa dengan segelintir dari kita, bangsa Melayu yang mementingkan diri.. Malahan dalam industri percacingan juga didapati terdapat puak-puak .. Baru-baru ini saya telah menghantar emel  kepada sebuah syarikat penternakan cacing samada mereka sudi menerima ‘cacing’ yang bukan dibeli dari mereka.. Dan rasanya tidak perlulah saya memberikan jawapan kepada anda, kerana saya pasti anda semua tahu jawapannya…  Memang sedih apabila sesama bangsa tidak mahu membantu.. Mungkin mereka tidak percaya dengan produk yang dihasilkan oleh pihak lain.. Sedangkan mereka boleh melakukan pemeriksaan ke atas cacing tersebut..

Bercerita tentang bantu membantu, saya perhatikan bangsa ‘Cina’ lebih bersatu padu.. Walaupun mereka meniaga barang yang sama seperti ‘bengkel motosikal’ namun apabila spare part habis mereka sanggup berkongsi antara satu sama lain.. Tetapi kalau bangsa ‘Melayu’ meniaga makanan, sanggup di ilmu hitam kan sehingga kedai pesaing tidak nampak di mata pelanggan..

Walau bagaimanapun di dalam bidang blog dan perniagaan internet ni bantu membantu antara sesama kita masih kukuh…  Di harap bantu membantu antara satu sama lain dalam bidang usahawan samada online atau offline dapat dipertingkatkan dan boleh melahirkan ramai usahawan di antara kita..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3619
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

8 Responses to “Bantu Membantu”

  1. kumb@ngNo Gravatar says:

    sebab tu dalam top 10 paling kaya kat malaysia melayu cuma ada satu jek… ;)

    Reply

  2. CD PEG BELIANo Gravatar says:

    Yeah bro.Aku setuju 100% dengan pendapat kau.Itu sebabnya khusus kepada pegawai-pegawai kerajaan masa untuk bersenang-lenang di pej bg mereka yang berskim gred s mcm aku tak bleh duk goyang kaki di pejabat.Jengahlah kampung turun pdg bantu belia kita dr segenap segi yg kita termampu.T’jawab memajukan bangsa kita khususnya golongan belia bukan dibebankan kpd Kementerian Belia sj tp semua pihak kena bantu-membantu mcm berniaga jugak.Tak gitu saudara-saudari sekalian?

    Reply

  3. syiaNo Gravatar says:

    :) awk boleh mulekn bantu membantu.. nanti slow2 ramai org akan follow.. it’s start with 1 person effort

    Reply

  4. Memang betul pendapat saudara tu, macam saya jualcacing dengan kadar harga yang Amat berpatutan diorang kata saya menipu, bukan apa pun saya ada beberapa rakan dan kenalan yang dah ternak dan kami buat stok dan mula menjual dalam minggu ni…kalau tolak cara kontrak diaorang ambil RM100 ke RM150 tapi jual kat pelanggan lain RM450….so kami jual dengan harga patut untuk bagi peluang kepada bakal penternak yang baru nak mula, lain pulak pandangan mereka.

    Entahlah bila nak maju, orang cina ada juga call tapi mereka ni bagus terus nak beli untuk mencuba dulu tak ada fikir yang bukan2….

    Reply

  5. abgjasNo Gravatar says:

    Hi Zool,
    Teringat cerita ‘ketam melayu dan ketam cina’.

    Dalam firasatku, melayu tak ke mana…

    Reply

  6. zoolNo Gravatar says:

    kumb@ng –> betul tu..
    CD PEG BELIA –> betullah tu.. sebagai pemimpin kena sentiasa turun padang..
    syia –> insyaallah…. saya akan berusaha bantu membantu ..
    Usahawancacing –> ntahlah.. nak beli cacing pun memilih cacing yang dijual sahaja.. mungkin gred cacing diorang tinggi sangat kot.. encik jual cacing kat mana???
    abgjas –> melayu akan ke mana.. cuma sedih bila tgk bangsa tak mau bantu bangsa sendiri.. ada tu kecoh ngan kawin artis sana sendiri.. bangsa sendiri ditinggalkan je

    Reply

  7. bantingboyNo Gravatar says:

    ai. macam la tak faham melayu ni camana. Selagi melayu terus wat macam tu. Selagi tu la melayu camtu..

    Reply

  8. NorhafidzNo Gravatar says:

    Itu perkara biasa berlaku dalam masyarakat kita ni bro. Aku rasa benda ni dah jadi ‘penyakit’. Aku pun pernah kena jugak macam ni (dalam niche aku) bila aku mintak tolong kat IM, bukan semua yang nak tolong. Padahal, sesama melayu. So, aku tak peduli. Aku taknak jadikan benda tu halangan untuk aku terus berjaya. Semoga bro sukses selalu!

    Reply

Leave a Reply