Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sebenarnya tajuk post ini memang telah agak lama ingin saya kemukakan.. Sebenarnya saya agak kecewa dengan segelintir dari kita, bangsa Melayu yang mementingkan diri.. Malahan dalam industri percacingan juga didapati terdapat puak-puak .. Baru-baru ini saya telah menghantar emel kepada sebuah syarikat penternakan cacing samada mereka sudi menerima ‘cacing’ yang bukan dibeli dari mereka.. Dan rasanya tidak perlulah saya memberikan jawapan kepada anda, kerana saya pasti anda semua tahu jawapannya… Memang sedih apabila sesama bangsa tidak mahu membantu.. Mungkin mereka tidak percaya dengan produk yang dihasilkan oleh pihak lain.. Sedangkan mereka boleh melakukan pemeriksaan ke atas cacing tersebut..
Bercerita tentang bantu membantu, saya perhatikan bangsa ‘Cina’ lebih bersatu padu.. Walaupun mereka meniaga barang yang sama seperti ‘bengkel motosikal’ namun apabila spare part habis mereka sanggup berkongsi antara satu sama lain.. Tetapi kalau bangsa ‘Melayu’ meniaga makanan, sanggup di ilmu hitam kan sehingga kedai pesaing tidak nampak di mata pelanggan..
Walau bagaimanapun di dalam bidang blog dan perniagaan internet ni bantu membantu antara sesama kita masih kukuh… Di harap bantu membantu antara satu sama lain dalam bidang usahawan samada online atau offline dapat dipertingkatkan dan boleh melahirkan ramai usahawan di antara kita..








