Banjir di Aidiladha

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ketika artikel ini ditulis umat Islam di Melaka sedang menyambut Hari Raya Aidiladha.. Nampaknya hari ini hujan turun mencurah-curah sehingga terpaksa menaiki kereta ke masjid untuk menunaikan solat Aidiladha.. Malahan solat sunat Aidiladha terpaksa dilewatkan dari pukul 8.30 pagi ke 8.45 pagi bagi memberi peluang jemaah datang ke masjid..

Walaubagaimanapun fardhu kifayah perlu ditunaikan lagipun rumah saya dan masjid tidak sejauh mana.. Dan tiada alasan untuk meninggalkannya.
Dalam keadaan hujan tersebut air di sungai di belakang rumah telah mula meningkat.. Limpahan air sungai telah mendekatkan kepada situasi banjir.. Diharap tiada berlaku situasi banjir yang teruk..

Bersama-sama ini saya kongsikan sedikit gambar-gambar untuk tatapan anda.. Jom layan…


No title
Hujan yang turun mencurah-curah waktu pagi.. .

No title
Gambar di belakang rumah. Perigi di rumah telah hampir sama level dengan air limpahan sungai..

No title
Gambar ‘rumah kecil’ diluar yang juga dimasuki air. Harap tak sampai ke ‘rumah kecil’ dalam. Huhuhuhuhuhu..

No title
No title
Ayam-ayam terpaksa mencari perlindungan sementara agar tidak lemas dibawa air..

Tambahan gambar
No title
Tunas jagung telah mula bercambah.. Walaubagaimanapun dari 10 biji yang disemai hanya 3 yang berjaya untuk meneruskan perjuangan.. Diharap yang lain akan berjaya bertunas…

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :504
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

13 Responses to “Banjir di Aidiladha”

  1. KNizamNo Gravatar says:

    memang hujan2 x berhenti2 kan kat jasin
    tapi sedap je tidur pagi tadi.. hehe :)

    Reply

  2. candicechongNo Gravatar says:

    OMG! FLOOD!!!
    O_O
    I didnt experience it before thou…
    LOL…
    The chicken pics is cute!
    ^_^

    Reply

  3. KhaiNo Gravatar says:

    ayam pon cute ke candice.. pelik aku.. hehehhe.. neway sama la ..tempat aku pon hujan x henti2… tapi tetap gi masjid gak.. jgn jadikan alasan hujan sbb x gi masjid.. kalau jadikan hujan alasan ntuk tidur tahu pulak.. hehe

    Reply

  4. TrucksterNo Gravatar says:

    kat pantai barat pon teruk musim hujan jugak skang ni ek….bkn kat tempat aku jerr

    Reply

  5. samdaddycoolNo Gravatar says:

    Harap-harap banjir tahun ni tak teruk macam tahun yang terdahulu…

    Reply

  6. shaxxNo Gravatar says:

    kesian… sabar je la… cobaan!

    Reply

  7. topoNo Gravatar says:

    rumah aku kat Malim.. dari malam menjelang raya tu sampai dekat pkul 11 baru reda sket.. tp syukur air blom naik lagi.. tapi dijangkakan kalo hujan turun lebat lagi.. lg 2-3 hari banjir la Malim tu.. hohoho

    nasib baik la Malam ni tak HUjan.. tapi sejuk giler…

    Reply

  8. nonoNo Gravatar says:

    so, okay tak celebrate raya haji tahun nie? atau kurang meriah pasal hujan?

    Reply

  9. zoolNo Gravatar says:

    KNizam –> ye lah tu.. kang tengah sedap tidor dah masuk air kat umah..
    candice –> you want to experience flood?? buy a house at Tmn Angkasa Nuri, Malim.. Maybe you will experience it.. He he he.. The chicken pics is cute?? I don’t know what the cute ma.. Ponat speaking..
    khai –> ayam cute takpe khai.. jangan aku yang dia kata cute.. ha ha ha.. bukan alasan tak nak gi masjid.. kat indon solat kat tepi jalan je.. tadahal pun..
    truckster –> ujung tahun ni biasalah.. sekarang pun dah mula pegawai sibuk prepare untuk hadapi banjir..
    samdaddycool –> tahun 2005 tu yang teruk kat Melaka.. Paling teruk kat Sg Rambai…
    shaxx –> ok je.. tak de rugi mana pun.. cuma belakang umah je kena.. umah dalam keadaan stabil
    topo –> bahaya tu kalau ujan lebat.. malim tu dulu sampai kena bawak bot..
    nono –> rasa biasa je..cuma tak ramai orang keluau umah

    Reply

  10. xmindfreakxNo Gravatar says:

    hujan dari pagi…aku gi solat…tapi aku tak gi waktu sembelih..harapan aku pada malam hari,esok time sembelih nak snap gambar…tapi,sebab hujan,aku kuburkan sahaja niat itu…aiseh…

    Reply

  11. AjeemNo Gravatar says:

    setiap kali tiba bulan disember adalah menjadi kebiasaan jika banjir berlaku..seolah ada sistem penggiliran pula di negeri-negeri malaysia ni..

    Reply

  12. ayiipzNo Gravatar says:

    kat klang pun sepanjang ari ujan

    Reply

  13. zoolNo Gravatar says:

    xmindfreak –> takpelah.. dah takde jodoh..ops takde rezeki..
    ajeem –> itulah kebesaranNya..
    ayiipz –> tak banjir kan..

    Reply

Leave a Reply