LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

BAM : Pemain tidak menyerlah bakal digugurkan selepas Sukan Olimpik 2016

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mengambil tindakan tegas dengan menggugurkan pemain elit dalam sukan badminton sekiranya mereka gagal menyerlah. Tindakan itu akan berkuatkuasa selepas Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil tahun depan.
Menurut Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, badan induk itu akan membuat penilaian secara terperinci terhadap setiap pemain dimana langkah ini bagi memberi ruang kepada pemain yang lebih layak dan muda.

Tindakan hanya dilakukan selepas Olimpik kerana BAM masih mahu pemain tersebut menjadi rakan sepelatih untuk pemain yang berpotensi. Berdasarkan pencapaian terbaharu, pemain perseorang negara, Chong Wei Feng dan Liew Darren yang beraksi pada Grand Prix Terbuka Emas Thailand di Bangkok tersingkir awal pada pertandingan itu.

liew-daren-chong-wei-feng
Walaubagaimanapun, amaran ini bukan ditujukan semata-mata pada 2 pemain perseorangan negara itu.Ia juga ditujukan pada pemain-pemain lain yang berada dalam bimbingan BAM.

Pada pandangan peribadi team ligakampung.com, peluang telah lama diberikan pada pemain badminton negara. Mereka masih kekal walaupun aksi mereka hanya sekadar di peringkat kelayakan sahaja. Mungkin mereka yang terbaik di peringkat tempatan tapi aksi di luar terlalu mengecewakan. Sepatutnya ruang diberikan kepada pemain muda untuk menimba pengalaman.
Ruang mencari pengalaman sepatutnya hanya pada pemain di bawah 23 tahun sahaja. Sekiranya pada umur 24-25 pemain itu tidak mampu berada dalam ranking 20 terbaik sepatutnya mereka boleh disingkirkan kecuali kes-kes tertentu(seperti kes Lee Chong Wei).

Sekarang ni pun banyak kelab professional di luar dan pemain elit badminton ini perlu berdikari sekiranya tidak mengambil peluang yang diberikan oleh BAM. Sepatutnya tanggungjawab BAM adalah untuk menghasilkan pemain berkualiti dan bukan memberikan peluang yang terlalu banyak kepada pemain yang rendah kelasnya. Biarlah kelab-kelab professional badminton yang membantu dan mencari idea untuk memajukan pemain yang telah mencapai tahap senior.
Cuma kami tertanya-tanya kenapa selepas Sukan Olimpik? Rasanya seawal tahun depan pun boleh sahaja dilaksanakan tindakan itu. Sekiranya mereka tidak mampu mencapai kelas tertinggi, apa guna Lee Chong Wei menjadikan mereka sparring partner?
Semoga tindakan itu dapat dilakukan dengan SEGERA bagi memberi peluang kepada pemain muda untuk lebih menyerlah..

Berita terkini Kejohanan Terbuka Emas Thailand 2015

scg-thailand-open-2015-poster

Beregu lelaki negara Ow Yao Han- Chooi Kah Ming yang berada diranking 94 berjaya menumpaskan pemain ranking ke 25 Wang Yilv-Zhang Wen dari CHina dengan keputusan 21-19, 14-21, 21-15 untuk melangkah ke suku akhir kejohanan Grand Prix Emas Terbuka Thailand 2015.
Mereka akan bertemu beregu veteran, Tan Boon Heong/ Koo Kien Keat selepas ini.
Dan kejutan terbesar apabila pemain wanita perseorang negara, Tee Jing Yi menumpaskan pilihan ketujuh Porntip Buranaprasertsuk dari Thailand dengan keputusan 21-19, 19-21, 21-16 untuk melangkah ke suku akhir. Selain itu, Amelia Anscelly-Soong Fie Cho  juga akan ke separuh akhir bertemu pasangan Korea Selatan. Begitu juga pasangan Vivian Hoo-Woon Khe Wei  yang akan berhadapan pasangan Korea Selatan juga.Semoga mampu meneruskan kemaraan hingga mencapai juara.

Please follow and like us:
error0

One thought on “BAM : Pemain tidak menyerlah bakal digugurkan selepas Sukan Olimpik 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)