LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

BAM LANTIK WEI SHENG JURULATIH PERSEORANGAN WANITA

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melantik bekas pemain kebangsaan, Loh Wei Sheng sebagai jurulatih perseorangan wanita yang baharu dengan kontrak dua tahun.

Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai ketika mengesahkan perkara itu, berkata pelantikan Wei Sheng, 25, adalah bagi mengisi kekurangan jurulatih acara berkenaan yang diketuai Datuk Tey Seu Bock.

Seu Bock sebelum ini hanya dibantu jurulatih Indonesia, Rony Agustinus.

“Wei Sheng akan memulakan tugasnya bulan depan. Dia sebenarnya sudah mula membantu pemain negara sejak tiga bulan lalu dengan menjadi rakan sepelatih. Kehadirannya membolehkan kita menampung kekosongan di bahagian jurulatih perseorangan wanita,” kata Chin Chai ketika dihubungi, hari ini.

Wei Sheng yang juga naib juara remaja Asia 2010 meninggalkan BAM sebagai pemain perseorangan lelaki pada 2014 bagi melanjutkan pengajian. Sebelum itu, dia menghabiskan empat tahun bersama skuad pelapis kebangsaan.

Dalam pada itu, Chin Chai memaklumkan BAM turut melantik empat jurulatih baharu bagi membimbing pemain remaja negara di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Mereka ialah Muhamad Hafiz Hashim, Mohd Lufti Mohd Zaim, Amelia Anscelly dan bekas pemain wanita nombor satu Singapura, Wahida Abdullah atau sebelum ini dikenali sebagai Fatimah Kumin Lim. Keempat-empat jurulatih itu akan memulakan tugas pada Januari tahun depan.
.

Sumber : Berita Harian

Admin terkejut umur Wei Sheng. Muda betul dia dah menjadi jurulatih. Sebelum ni Vountus Indra yang dilantik sebagai jurulatih pelapis juga merupakan jurulatih yang muda. Semoga ia akan memberi nafas baru terhadap kejurulatihan BAM.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)