Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

BAM hantar 24 pemain di dua kejohanan Jelajah Asia

KUALA LUMPUR, 10 Dis — Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menghantar senarai awal 24 pemain yang akan bertanding dalam dua kejohanan Jelajah Asia di Bangkok, Januari depan.

Menurut Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choong Hann, persatuan itu masih menunggu pengesahan daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengenai pemain negara yang layak beraksi di Terbuka Thailand Yonex dari 12 hingga 17 Jan serta Terbuka Thailand Toyota dari 19 hingga 24 Jan.

Kedua-dua kejohanan tersebut masing-masing menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$1 juta (RM4.062 juta).

“Kami tidak tahu berapa banyak pemain yang layak bertanding dalam kejohanan ini kerana BWF perlu mengesahkan sama ada pemain itu layak bermain atau tidak berdasarkan kedudukan terkini ranking dunia mereka,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Sementara itu, Choong Hann yakin terdapat beberapa pemain kebangsaan layak untuk beraksi dalam kejohanan terakhir musim ini iaitu Final Jelajah Dunia BWF 2020 yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$1.5 juta (RM6.092 juta).

Kejohanan itu dijadual di Bangkok bermulai 27 hingga 31 Januari depan.

Hanya lapan pemain terbaik dalam semua lima kategori pada carta kedudukan ‘Road to Bangkok’ layak untuk bertanding dalam kejohanan itu.

“Saya rasa kita mempunyai peluang untuk layak dalam acara perseorangan dan beregu lelaki serta beregu campuran berdasarkan prestasi terkini mereka,” tambah Choong Hann.

— BERNAMA

Pasti berita menggembirakan buat pemain badminton yang sudah tidak beraksi bagi perlawanan kompetitif ini. Kita tunggu apakah pemain seperti Lee Zii Jia, Aaron Chia/Soh Wooi Yik akan mendapat prestasi terbaik dalam misi meneruskan langkah ke Olimpik.
Ligakampung.com tidak sabar nak melihat kembali aksi pemai badminton ni.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)