LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

BAM bakal lakukan rombakan

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan melakukan penyusunan semula pasukan dan pemain negara bagi mengekalkan kuasa selaku pencabar utama pingat Olimpik yang akan berlangsung 4 tahun lagi di Tokyo.

Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai dalam satu kenyataan memberitahu bahawa BAM telah membuat keputusan untuk membuat rombakan bagi mendapatkan sasaran untuk 4 tahun akan datang.

Dalam aksi di Olimpik Rio, badminton menyumbang 3 pingat perak melalui Datuk Lee Chong Wei dalam acara perseorangan lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dalam acara beregu lelaki dan pasangan beregu campuran Chan Peng Soon- Goh Liu Ying. Prestasi itu cukup membanggakan dan pencapaian terbaik pasukan badminton dalam kejohanan Olimpik.

Berkenaan status jurulatih negara, Hendrawan yang kini membimbing Chong Wei, Chin Chai akan meneruskan khidmatnya sebagai jurulatih perseorangan negara walaupun selepas Chong Wei bersara.

Menurutnya, BAM sedang dalam perancangan untuk melahirkan beberapa pemain yang mampu berada di kedudukan 10 terbaik dunia supaya skuad badminton negara mampu mengapai pingat di Olimpik.

Bagi Ligakampung.com, dalam tempoh 4 tahun ini, BAM perlu bekerjasama dengan kelab professional untuk mencari pemain pelapis dan bukan mengharapkan dari pemain BAM sahaja. Selain itu, pemain-pemain juga perlu mengambil peluang selepas persaraan Lee Chong Wei nanti. Ini kerana secara amnya, pada peringkat ini kemampuan para pemain agak setara dan tiada yang terlalu menonjol seperti Lee Chong Wei sebelum ini. Mereka perlu membuktikan mereka juga mampu menjadi pemain bertaraf dunia. Mungkin untuk mencari pemain lagenda seperti Lee Chong Wei agak sukar dalam tempoh terdekat ini namun pemain sediaada perlu dibentuk agar mampu untuk bersaing dengan pemain muda seperti Victor Axelsen, Kento Momota dan sebagainya. Mereka ini akan menjadi pemain pencabar untuk sukan Olimpik nanti.

| Surat Lin Dan kepada Lee Chong Wei Palsu, Chong Wei nafikan menerima surat dari Lin Dan |

Selain itu, BAM juga boleh melakukan rombakan terhadap organisasi mereka jika tidak mencapai KPI yang ditetapkan. Ia penting bagi memastikan kualiti badminton negara mampu setanding dengan kuasa besar lain.

Semoga sukan badminton mampu berkembang. ‘SUKAN UNTUK KITA”.

Please follow and like us:
error0

One thought on “BAM bakal lakukan rombakan

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)