Produk Cacing - Baja Vermikompos
Written by zool on June 3, 2008 – 2:33 am -Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Mari cerita kembali pasal cacing.. Sebenarnya ramai yang bertanya kepada saya apa produk yang dihasilkan oleh cacing ni sehingga ianya menyebabkan ramai yang mula menternaknya. Walaupun saya bukanlah pakar namun dari pembacaan dan pertanyaan dari otai-otai ini adalah antara jawapannya..
erdapat 2 jenis produk yang terhasil dari penternakan ini iaitu Biomas (cacing itu sendiri) dan juga kascing ( baja organik dari sisa makanan cacing tersebut). Dari segi cacing antara produk yang eperti bahan campuran kosmetik, ubat-ubatan, campuran dalam makanan ternakan seperti ayam, kambing, lembu dan banyak lagi… Manakala dari segi Kascing pula adalah baja yang lebih dikenali dengan baja vermikompos. Bersama-sama ini disertakan sedikit maklumat mengenai baja vermikompos yang saya copy dan paste dari internet..
PENGENALAN
Vermikompos adalah baja kompos yang terbentuk hasil dari pemeliharaan cacing di dalam kompos. Vermikompos mengandungi najis cacing yang bercampur dengan bahan-bahan organik yang mereput seperti jerami padi, rumput dan lain-lain sisa bahan tanaman. Vermikompos mengandungi pelbagai unsur nutrient yang sangat sesuai untuk tanaman. Ia juga mengandungi mikroorganisma yang dapat membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman.
MEMBUAT VERMIKOMPOS
Bahab-bahan:
1.Jerami padi atau sisa bahan pertanian yang telah reput atau separuh reput
2.Najis haiwan (tahi lembu atau tahi ayam)
3.Cacing merah (cacing kompos)CARA MEMBUAT VERMIKOMPOS
1.Sediakan tapak kompos dan bangsal untuk membuat vermikompos bagi melindungi daripada hujan dan panas
2.Masukkan 300 kg jerami dan 100 kg tahi lembu ke dalam kompos dan gaulkan
3.Masukkan 4 kg cacing merah (lebih kurang 10,000 ekor) ke dalam campuran jerami dan tutup dengan jerami atau guni
4.Lakukan penyiraman setiap 2 hari sekali supaya campuran sentiasa di dalam keadaan lembap
5.Pemantauan dan pengurusan yang sempurna hendaklah sentiasa dilakukan bagi memastikan cacing berada di dalam keadaan selesa dan tidak diganggu oleh musuh-musuh seperti semut, tikur dan burung
6. Hasil vermikompos boleh diambil dalam tempoh satu bulan
PENGUTIPAN HASIL
Vermikompos boleh dituai selepas 3-4 bulan. Vermikompos yang terhasil diasingkan dengan mengumpulkannya di satu bahagian dan bahan sisa tanaman baru ditempatkan di sebelahnya. Cacing-caing akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa tanaman baru. Vermikompos yang telah diasingkan ditapis sebelum dibungkus dan dijual/digunakan.
KEBAIKAN VERMIKOMPOS
1. Memperbaiki struktur tanah
2. Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahan mikroorganisma, hormon dan juga enzim.
3.Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok
4.Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanahMaklumat dari :- Pertanian Manjung Perak
Sebenarnya apa yang ditulis ini adalah sekadar teori dari Jabatan Pertanian. Sebenarnya ada banyak kaedah yang digunakan oleh penternak dalam menghasilkan baja vermikompos ni.. Saya dapati kebanyak penternak menggunakan kaedah 1 kg cacing akan makan 1 kg untuk sehari .. Hasil kascing akan dituai dalam tempoh 4-5 hari selepas tempoh dijangkakan makanan tersebut dihabiskan.. Walau bagaimanapun ianya adalah berdasarkan penerangan mereka yang menjalankan penternakan ini.. Mungkin anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan Jabatan Pertanian mahupun syarikat-syarikat yang telah pakar dalam bidang ini..
Gambar di kawasan rak cacing.. Baru ada 2 besen untuk cacing.. Insyallah target untuk menambah ke 2 besen lagi.. Tq…
Tags: cacing, ternak cacing
Posted in pertanian |
26 Comments to “Produk Cacing - Baja Vermikompos”












June 3rd, 2008 at 3:17 am
Nampaknya ternak cacing pun boleh mendapat pendapatan…memang banyak cara2 yang boleh cari duit,cuma lihat apa cara kita dan juga usaha kita.
June 3rd, 2008 at 9:16 am
Baru je beberapa hari sudah aku borak dengan pakcik aku. Dia ceritakan pasal buat baja dari cacing ni. Katanya cacing benih indonesia punya & saiznya pendek berbanding cacing tempatan. Harga sekilo untuk beli cacing ni pun beratus jugak harganya.
June 3rd, 2008 at 12:33 pm
Roger Ho –> betul usaha tangga kejayaan.. kalau asik duk melangut mana datang duit..
Maizul –> cacing untuk kompos nie harganya RM450 harga pasaran.. baja sekitar RM4-RM5 tanpa label,…
Prospek ada ..
nak tgk post2 sebelum ni boleh gi
http://ligakampung.com/blog/tag/cacing/
June 3rd, 2008 at 4:31 pm
Bagus teruskan usah anda semoga berjaya…
Saya tinggal di batu berendam kalau senang
boleh le jumpa tukau2 fikiran….
Jika berminat untuk menambah induk boleh menghubungi saya RM 350/kilo Lebih 10kilo harga lain……………
June 3rd, 2008 at 4:31 pm
Bagus teruskan usah anda semoga berjaya…
Saya tinggal di batu berendam kalau senang
boleh le jumpa tukau2 fikiran….
Jika berminat untuk menambah induk boleh menghubungi saya RM 350/kilo Lebih 10kilo harga boleh bincang…….
terima kasih
June 4th, 2008 at 1:29 pm
memang bagus bisnes ni…saya pun buat bisnes dari produk ni…baja organik dr ternak cacing….kalau nak tahu lebih lanjut…hubungilah saya….pendapatannya lumayan sangat….
June 4th, 2008 at 1:43 pm
aritu ada tgk kt majalah 3.. cerita pasal ternakan cacing ni. yg saya nk tnya, apsal diorg pegang pakai tgn? kalau guna sarung tgn ke tak boleh ye?
saya musykil.. huhu
June 6th, 2008 at 2:49 pm
saya dari johor bahru, baru dapat pendedahan tentang cacing ni, ada sebuah syarikat baru sedang menjalankan projek ni, syarikat ni akan membeli balik cacing ni tetapi harga sekilo mengikut pasaran katanya dia tetapkan 60 hingga 100 ringgit sahaja betul ke harga pasaran tu??? minta pendapat dan pandangan!!!
June 6th, 2008 at 2:55 pm
tapi utk pengetahuan semua syarikat ini tidak memberi cacing ini makanan dari baja tetapi hanya dgn sayur2ran dan buah2han terbuang shj, itu lebih menarikkan, tetapi musykil tentang harga pasaran yg ditetapkan tu??
June 6th, 2008 at 3:10 pm
sam –> insyaallah akan datang ke tempat saudara.
astiah –> ok nanti saya hubungi melalui emel..
ixora –> nak guna sarung tangan tu boleh terpulang kepada pemegangnya.. cuma mudah pegang pakai tangan..
Isman –> memang lebih kurang kalau syarikat beli balik.. kalau pengetahuan saya 1/4 dari harga pasaran.. harga pasaran 450 x 1/4 =112.50.. mungkin harga yang dibeli oleh syarikat agak murah tapi mungkin mudah bagi anda.. sebab kalau nak jual mahal kena cari sendiri pembeli… boleh dapat dalam RM400++..
June 8th, 2008 at 7:00 am
ooh.. mcm tu. ingatkan kalau pakai sarung tangan cacing tu nnt bleh matu ke. eheh.
p/s : teringat adik saya cakap,kalau dia pegang cacing tu ngn tangan,mau seminggu demam.hahhaha
June 8th, 2008 at 11:13 am
ixora –> tak mati… kalau nak rasa cacing tu boleh datang umah..
June 8th, 2008 at 2:22 pm
Salam,
Wah bagus biz bela cacing ni….saya ada dgr dulu ada syarikat yang menanam sumber2 organik semua menggunakan cacing untuk menyuburkan kawasan pertanian dia orang. Dia org tak gunakan baja atau racun serangga. Jadi penggunaan cacing ni sgt lah bagus. Jadi syabas saudara, teruskan usaha anda. Semoga ramai lagi yang mengikut jejak langkah saudara.
Lawatlah blog saya http://www.smartniaga4u.com/Blog
Terima Kasih.
June 9th, 2008 at 9:16 am
eh,br pasan salah taip perkataan mati tu!aiseh~
err..err..saya pn geli ngn itu cacing.mau pengsan agaknya kalau pegang. he he he.
June 9th, 2008 at 3:23 pm
assalamualaikum,
tuan , saya berharap sangat tuan dapat menjelaskan kenyataan ini
1 kg cacing akan makan sebanyak 1 kg medium dalam masa 24 jam dan dari situ akan dapat 1/3 kompos iaitu 0.33 kg
dalam sebulan 1 kg cacing akan makan sebanyak 30 kg medium dan menghasilkan 9.9 kg kompos.
1kg medium =RM1.5 1kg kompos =RM 4.00 (jual sendiri)
30 kg medium =RM 45 9.9 kg kompos =RM 39.6
ini menunjukkan jika bergantung kepada kompos , tak akan kemana . (melainkan kita ada menternak lembu).
andaikan , tiada lagi orang berminat untuk membeli induk (semua orang dah ada 1 kg kat umah) dimana hendak kita jual cacing kita…
tolong tuan jelaskan.. saya tengah runsing
June 10th, 2008 at 12:51 pm
hm… runsing ye.. sebelum tu tak perlu memanggil tuan kerana saya bukanlah hebat pun
.. secara jujurnya saya belum lagi masuk ke alam marketing cacing ni..
Pada saya jangan terlalu bergantung pada pembelian media.. belajarlah sedikit demi sedikit cara membuat media. kalau nak tau tak semestinya kompos dihasilkan dari tahi lembu, kambing dan ayam sahaja… ada banyak cara sebenarnya.. mungkin kita terlalu ditonjolkan dengan bahan2 berikut..
dan pada saya jangan ambil risiko yang besar jika anda tiada ilmu yang cukup dalam bidang ini..
saya tau ramai dari kita yang ghairah apabila melihat berita2 kejayaan penternak cacing seperti Park Man, AZR dan ramai lagi. Dan kejayaan mereka telah memberi impak yang besar kepada ramai orang diluar sana.
Kalau diikutkan ayat encik, nampak seperti takut mengalami kerugian.. dan melalui calculation anda jelas menunjukkan anda seperti ragu-ragu dalam bidang ini.. Pada saya bertanya kembali kepada yang pakar.. Belajar melalui internet.. Bidang ini bukanlah bidang yang akan menjanjikan anda menjadi kaya dalam masa sebulan dua.. Mustahil sekali.. Malahan didapati ramai dari pengusaha masih menjalankan ia secara part time..
Berkenaan tiada orang lagi berminat untuk membeli induk.. Ye persoalan ini memang ada kebenaran.. Saya mendapat maklumat bahawa di Indon harga cacing memang jatuh merudum.. Tapi jangan terlalu difikirkan.. Semua itu lumrah dunia. Penternakan cacing ini juga merupakan satu risiko. Dan jika anda ragu2 tentang risiko tersebut lebih baik anda tinggalkan sahaja kerana keraguan anda akan menyukarkan anda membuat keputusan…
June 14th, 2008 at 2:33 pm
salam….sy berminat utk ternak secara besar2an…tp masalahnya ttg pasaran…di mana sy bule cari pasaran?…
June 15th, 2008 at 12:47 pm
zam–> pasaran ye.? cadangan saya belajar dan terus belajar.. pasaran tu kena cari.. jika anda tidak mahu susah2 cari pasaran anda boleh menggunakan AZR Agro Centre.
rujuk web http://www.azragrocentre.com/azr2/news.php
Anda boleh beli cacing dan menjual semula kepada syarikat terbabit.. Tetapi kalau anda ingin lebih lagi bolehlah cari pasaran sendiri.. Baja vermikompos masih amat diperlukan oleh syarikat nurseri.. Industri cacing pula sedang berkembang di Malaysia.. INsyaallah pasaran ada cuma kena belajar dan terus belajar..
Kejayaan tidak datang sekelip mata..
June 24th, 2008 at 10:23 am
sam..cacing induk yang rm350 bape umur die..
June 25th, 2008 at 8:20 am
kami ada menjual induk cacing.harga boleh di runding.kami juga menyediakan kontrak farming.kami juga menjual baja vermikompos,makanan cacing dan bekas cacing.
kepada yang berminat atau sebarang pertanyaan,sila hubungi kami:-
sham(013-2508967)
amir(017-6612624)
jangan hanya melihat kejayaan org lain..cubalah sendiri..insyaallah berjaya..
July 13th, 2008 at 5:42 am
saya baru nak menceburkan diri dlm perniagaan / keushawanan..
bolehkah saya dapatkan jumlah kos yang perlu ada utk memulakan prusahaan ini…
sy bermula dr zero..
berminat,
ckg liza
July 16th, 2008 at 3:02 pm
Terima kasih tuan punya blog di atas penerangan saudara. Saya juga adalah ejen marketing untuk cacing merah. Boleh hubungi saya untuk membeli cacing. InsyaAllah harganya pun menarik.
Dr Azwan
012-9597074
http://www.drazwan.blogspot.com
July 22nd, 2008 at 7:26 am
hai averybody boleh tolong saya sapa-sapa yang tahu kat Sarawak ni dah ada orang ternak cacingkah? mana nak dapatkan anak benih dan sapa yang membeli hasil tuaiannya?
August 6th, 2008 at 2:55 pm
asmkum..sy telah mnemui satu formula yg baik untuk trnakan cacing.tempoh tuaian sngat singkat.hanya 1 bulan 25 hari sudah boleh mengeluarkan kompos.saya telah membuat pemantauan yg rapi sejak dari permulaan lagi.hasilnya sangat memuaskan.SILAKAN KE RASA AGROTEK,SIMPANG TIGA PUNCAK ALAM,KUALA SELANGOR.BELAKANG RESTORAN ENAK RASA SEAFOOD.SALAM………….
August 12th, 2008 at 12:36 am
ade sesape yang nak beli cacik untuk ternakan dengan harga murah boleh menghubungi saya. sy jual sekilo hanya dengan rm 300. kalau ambil melebihi 10 kg harga boleh runding. harga pasaran sekarang 450 ke 500 sekilo. cepat sementara stok masih ada… 0175043308
August 31st, 2008 at 5:15 pm
Saya merupakan pengusaha baja kompos dan juga pembekal cacing bagi tujuan vermikompos. Sila layari blog yang tertera untuk maklumat lanjut.
http://bajakomposcacing.blogspot.com/
(Market survey)
P/S: Jika ada pengusaha2 yang menyediakan medium untuk tujuan vermikompos sila reply saya di EVO3023@yahoo.com
. Diharap dapat disertakan sekali nisbah bahan dlm medium berserta harga untuk sekilo medium.