Baja dijual di internet ? Relevankah??

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni agak penat.. Almaklumlah kali pertama mengasingkan baja vermikompos ngan cacing. Lebih 3 jam menyelesaikan masalah tersebut… Penat tapi bangga dan tak sabar-sabar nak tengok keputusannya.. Buat masa ini insyaallah saya akan memberi sampel kepada rakan-rakan terdekat tapi kalau ada rakan-rakan cyber yang ingin mencuba baja tersebut dipersilakan.. ( Maklumkan di ruangan komen dan saya akan menghubungi anda melalui emel.. Tapi tertakluk kepada kos dan material sebab baja terhad)..

Untuk permulaan pengaga di ‘rumah saya’ menjadi bahan eksperimen.. Jika sebelum ini kadar pertumbuhan agak menyedihkan mungkin dengan penggunaan baja vermikompos ini akan berlaku perubahan positif ( malang sebab tak bawa kamera untuk tengok perubahannya nanti)..

Hari ini juga saya mempelajari beberapa kaedah penternakan dari salah seorang petani jaya di kampung saya ( dah pakai Sorento tu).. Dan nampaknya masalah untuk menghasilkan media cacing mungkin dapat diatasi kerana telah mendapat supplier untuk tahi kambing,…Selain itu ada satu perkara yang menarik perhatian saya melalui penerangan petani yang memiliki banyak sekali sumber pendapatan.. Cukup banyak sekali penternakan yang dilakukan.. Selain kambing, beliau menternak lembu, ayam, itik, angsa, ikan.. Walaupun tidak menjalankan secara ber’syarikat’ namun usahanya berbakti kepada tanah berbaloi.. Eh Zool apa perkara yang menarik perhatian ko tu?? Hm.. kita tunggu dulu.. Saya hanya akan memberitahu sekiranya ianya menjadi kenyataan…

Ops agak melalut mukadimah.. Sebelum ianya tersasar baik kiranya saya terus kepada tajuk di atas.. Sebenarnya memang saya bercita-cita untuk menggunakan medium internet sebagai bahan jualan baja vermikompos saya.. Setelah mencuba buku , mungkin selepas ini pasaran baja vermikompos pula diluaskan ke internet.. Setakat ini saya belum lagi menjual baja lagi memandangkan hasil tuaian masih terlalu sedikit.. Walau bagaimanapun mungkin dalam 3-4 bulan akan datang saya akan pasarkan baja-baja tersebut.. Jadi apa pendapat anda semua?? Sesuaikah baja di jual di internet??

p/s :- Mungkin maklumbalas anda memberikan sedikit panduan untuk saya..


Gambar pengasas ParkMan.. Salah seorang saudagar cacing berjaya di Malaysia…

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1648
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

26 Responses to “Baja dijual di internet ? Relevankah??”

  1. lindoshNo Gravatar says:

    teringin nak jadik petani moden. tapi cacing pon saya takottt hahaha

    Reply

  2. CD PEG BELIANo Gravatar says:

    Tak sabar gua nak labur modal cacing ngan lu ni.Raya lg 4 bulan.Banyak tu nak pakai modal.Dalm perut bini dah ngandung 2 bulan anak ke-2.lg gua kene kerja kuat.Harap-harap bro lu tak berenti bisnes ni tgh jalan.

    Reply

  3. abdfatahNo Gravatar says:

    kalo jersi bolasepak tu relevan laa sebab ada permintaan. baju t-shirt pun okeh jugak… kalo baju laib tak tau laaa…

    Reply

  4. syiaNo Gravatar says:

    bg syia kalau nk jual secara online ni bagus tapikan awk maybe awk gune medium online ni cam ‘store’ atau ‘kedai’ awk je.. meaning jgn tinggal terus promosi dan menjual secara offline.

    awk boleh buat 1 page/ blog br khas khusus utk penjualan baja tu.. awk ambik order melalui blog atau site tu.. kalau boleh sesape nk beli offline awk galakkan buat order melalui site baja tu nanti.. awk boleh letakkan link url site tu dekat card business awk :)

    selain drpd awk dpt jual ikut 2 jalan..offline dan online.. ianye memudahkan record awk bile org beli/order melalui online je.. sebab duit masuk melalui bank in dan awk ada bukti hitam putih email yg mereke order :)

    Reply

  5. abdfatahNo Gravatar says:

    kalo baju lain tak tak laa nak kata apo…

    apo baju pun kena pilih dan pilih dahulu baru puas hati. itupun lama duk menunggu dan duk mikir nak pilih yang mana satu…

    Reply

  6. abdfatahNo Gravatar says:

    adesh… silap taip laa pulak. kehkehkeh… apohal tertukau gitu rupa punya komen? hahahahaha…

    kalo tak silap ada jugak website yang jual baja online. bleh try cari aaaa…

    kalo order online bagus jugak mana2 baja sekalipun. mudah dan senang.

    lepas tu kena buat servey laa dulu dan kajian alam sekitar berkenaan permintaan baja online.

    sms aje lepas tu baja sampai ke rumah.

    Reply

  7. botakNo Gravatar says:

    Lepas nih aku leh carik ko buat guide nak bela cacing.Leh ar aku beli benih dari ko kalo nak start pasnih.Kena tunggu aku abeh belajor dolu ler..

    Reply

  8. zoolNo Gravatar says:

    lindosh –> petani moden tak semestinya cacing.. kalau geli ngan cacing boleh bertani.. tanam sayur. bela ikan. banyak sebenarnya yang masih belum diterokai.. mungkin ulat gonggok pun ada khasiatnya yang belum kita tau..
    CD PEG BELIA –> belajar yang penting.. duit no 2.. dah pandai insyaallah rezeki akan ada.. tak perlu nak kejar cam Parkman.. yang penting terus mempelajari teknik2… bukan mudah nak senang dan bukan susah nak susah..
    syia –> thanks 4 tip..
    abd fatah –> buat masa ni cuba online dulu.. SMS tu nanti lah bila dah banyak produknya..
    botak –> boleh je.. aku pun still belajar n carik market.. doakan aku berjaya …

    Reply

  9. bantingboyNo Gravatar says:

    Aku memang minat bab2 macam nih. Tapi kene belajar dlu. Selalunya, benda2 macam nih kita nak rujuk kat bahagian mana?

    Reply

  10. acaiNo Gravatar says:

    slm bro, aku kenalla orang dalam surat khabar tu,hehee..:) tahniah bro sudah melangkah satu tapak kehadapan lagi..:) aku skrangpun ngah buat baja gak..cuma skrang ni aku ngah uruskan permintaan untuk media..:) ada masa aku cerita kat blog..

    kalau nak buat packaging dan pasarkan kena bagi kat SIRIM untuk test kandungan dsb..sbb nak pastikan bernda tu betul2 kualiti dan betul2 baja..bukan kit ajual tanah,hehehe..:) kalau dah ada sijil SIRIM tu mmg kita nak jual kat mana2 pun senang..:)

    Reply

  11. abdfatahNo Gravatar says:

    hohohoho… cop sirim jangan lupa… kang ada yang tanya pulak. cop sirim ada ke?

    Reply

  12. zoolNo Gravatar says:

    bantingboy –> boleh belajar kat internet.. tanya jabatan pertanian.. kursus-kursus… pengalaman penternak lama.. banyak woo nak belajar.. antara nak dengan tak je..
    acai –> ko kenal.?? Pakcik ko ker?? Otai tu… Media aku dah jumpa tahi kambing tinggal nak buat je bercinta sikit.. almaklumlah buat sorang2… nanti aku emel nak tanya macam2..
    abdfatah –> terlupa plak.. nanti saya tepon pengarah SIRIM..

    Reply

  13. emmeNo Gravatar says:

    Hehe “Pakman” orang Kanchong, umah dia depan umah Keluarga sidekkan? :)

    Aku rasa jual baja adalah “niche” yang baik, cuma perlu bekerja lebih keras untuk promosi…

    Aku rasa untuk permulaan nanti promosikan dengan “gila-gila”…

    Reply

  14. ixoraNo Gravatar says:

    ParkMan tu pegang cacing selamba badak je mcm pegang mee.. kui3. Saya plak yg kembang tekak skang ni.. huu..

    Reply

  15. ktomNo Gravatar says:

    memang relevan……

    Reply

  16. yunsNo Gravatar says:

    Salam buat semua.

    nak minta bantuan dan panduan.
    sekarang ni saya dah buat projek ternak cacing.Baru 7 bulan. saya ringkaskan cite, dimana boleh saya pasarkan semua baja-baja ni?

    Reply

  17. zoolNo Gravatar says:

    yuns –> cuba pasarkan pada nurseri2 berdekatan di kawasan anda.. Kebiasaan ada yang ambil terutamanya dalam kuantiti yang besar..

    Reply

  18. raymondNo Gravatar says:

    dear all, i hv now or i can get about 2tan of baja organik dr cacing merah. if anyone interest plz contac me 0162098595.i also can supply ikan keli for big quantity.

    Reply

  19. fyqNo Gravatar says:

    zool…nk tengok tempat bley x??

    Reply

  20. lynnNo Gravatar says:

    Salam zool…

    Saya baru 3 bulan ternak cacing n sekarang ni tak tahu nak jual kat mana…ada jugak pegi kat nursery2 berdekatan tapi semua tak nak ambik baja ni…diaorg kata baja cacing ada masalah…kalo lebih sebulan terperap dalam beg plastik nanti ada tumbuh cendawan….adoiiii…saya buntu jugak ni sebab kerana baja org lain yang tak berkualiti saya pulak kena tempias…kesian la kat saya….ada sesapa nak beli baja kompos ni ke????

    Reply

  21. linaNo Gravatar says:

    saya dah ternak cacing 3bln dan dah ada hasil baja.tapi masih tak terjual sebab tak tau nak pasarkan mcm ne. saya hanya mula ternak cacing dengan 2kg je.lps 3bln, cacing mcm dah kurang.tak tau sbb pe.blh bg tip2 yg berguna tuk sy????

    Reply

  22. linaNo Gravatar says:

    kalau saya nak jual,bape harga baja tuk sekilogram???
    saya nak mula jual pun tak brani sebab takut harga yang ditawarkan tidak bersesuaian.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    cuba jual dengan orang2 di taman perumahan..
    Cuba dengan harga RM4.00 sekilo..
    Anda perlu berani… Ada usahawan baja yang sanggup menanggung risiko dengan sponsor baja dengan Majlis Perbandaran…

    Kalau masih takut, cuba cari penternak cacing yang besar dan bincang dengan mereka.. Perlu ada network.. Mungkin mereka sanggup ambil sebab kebiasaan mereka perlu bekal baja kepada syarikat dalam kuantiti besar-besaran.. Mungkin harga baja yang diambil dari anda kecil..

    Reply

  23. fidzzNo Gravatar says:

    saya perternak dan mengeluar baja cacing .sekarang saya mengelur baja sebanyak 1 ton.di manakah saya boleh menjualnya

    Reply

  24. rosliNo Gravatar says:

    Bro, saya dah ternak cacing dah 1 tahun….. ada respon dari kwn2 yang dah test baja saya tu, memang ckp bagus! Saya sanggup ambil risiko letak barang dulu. Tapi dgn syaratla… skarang ni mmg takder masa nak jual kat tmpt yg macm lu ckp tu…

    Reply

  25. mohd jamilNo Gravatar says:

    salam..nak cuba baja boleh tak?

    Reply

Leave a Reply