Bagus ke Kahwin awal ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tengah-tengah nak membaca akhbar Melaka Hari Ini terpandang tajuk utama di bawah ni,

Uploaded with ImageShack.us

Sekali tajuk yang sememangnya hangat iaitu tentang kahwin muda. Lihatlah betapa kahwin muda menjadi sesuatu isu sehinggakan Ketua Menteri Melaka memberikan ulasan dan tiada halangan mengenai pasangan muda berkahwin sekiranya ia dapat menyelesaikan masalah gejala sosial di kalangan remaja. Malahan Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memberikan bantuan insentif (untuk rakyat Melaka sahaja ye.) sebanyak RM500 kepada pasangan muda (umur tak pasti, sila rujuk MAIM) untuk melangsungkan perkahwinan. Memang sesuatu yang menjadi tarikan kepada remaja yang kemaruk nak kahwin.

Pada pendapat si Zool memang terdapat pro dan kontra bagi mereka yang kahwin awal. Antaranya ialah :-

Pro

1. Cepat dapat cahayamata. Jadi masa tua nanti mungkin anak boleh membantu. Silap haribulan kalau berjalan dengan anak orang tak sangka anak. Diingatkan adik beradik…
2. Mengurangkan maksiat sebab telah mempunyai isteri di masa muda. Kuranglah masa berfoya-foya.

Kontra
1. Belum cukup matang untuk memahami erti kehidupan. Itu yang sering berlaku cerai berai diusia muda.
2. Tidak cukup kewangan. Duit belum cukup sehingga terpaksa meminjam ibubapa. Lebih memeritkan bila anak berderet dikala baru nak bertapak.

Sikit je idea. Bukan apa, si Zool tak dapat nak seimbangkan pro dan kontra. Jadi ambil pendekatan, 2 pro dan 2 kontra. Mungkin anda di luar sana yang lebih bijak untuk menambahkan lagi samada bagus atau tidak kahwin di usia muda

Sebenarnya si Zool tak layak untuk membincangkan tentang perkara diatas. Almaklumlah, kahwin awal memang tak pernah, kahwin lambat pun belum pasti lagi. Tapi tak salah kalau nak memberi pendapat. Betul tak??

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2874
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

24 Responses to “Bagus ke Kahwin awal ?”

  1. JadyCloudNo Gravatar says:

    Kahwin awal ROCKS!

    Reply

  2. ery fariehaNo Gravatar says:

    mmg ade pro n kontra pon
    sbb tu la kawen bukan senang
    huhuhuh

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang tak senang ..

    Reply

  3. azlina azizNo Gravatar says:

    Salam ziarah Zool. Hahaha…nice. Pro dan kontra yang Zool tulis tu ada benarnya.

    Actually, saya pun ada buat entri pasal kawin awal ni, tapi dari perspektif diri sendiri sebagai individu yang kawin awal. Umur 24 tahun, dan pasangan 25 tahun.

    Memamng agak mencabar dari segi kewangannya, tapi jika dilihat dari satu sudut yang lain, ia sangat2 membantu, terutama sesama pasangan. Susah, senang bersama. Jatuh, bangun bersama. Mungkin dengan ni, hubungan tu lebih kukuh. Lagipun, usia percintaan tak lama, terus kawin, jadi masih berbunga2 lagi perasaan tu.

    Semoga tak layu di tengah jalan. amin… :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ooo. tak awal sgt tu kot kalau 24 tahun.. kira ok kot waktu tu sebab dah ada keje yg sesuai dan dah matang.

    Reply

    xavier lertNo Gravatar Reply:

    24 awal bro…grad 22/23…23 baru keje…

    Reply

  4. ailylNo Gravatar says:

    nak kahwin esok! jemput la dtg. hahaha ;-P

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    huhuhuhu.. tak tau nak kawin ngan sapa lagi..
    pass2 la member kat sini sorang. huhuh

    Reply

  5. menteilNo Gravatar says:

    bagus kahwin awal..
    tak caya gi carik entry ‘kahwin awal’ kat blog aku.. hehe..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    aku tak leh kawin awal dah.. dah terlepas zone tu lama..

    Reply

  6. eyriqazzNo Gravatar says:

    bagus,tapi masalah bagi kaum lelaki adalah biasanya kewangan..saya kahwin umur 25 dan terpaksa berhutang dan buat pinjaman peribadi untuk kahwin…adat yang menyusahkan….

    tapi, cam bro ni dah layak kahwin kot…hik3…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    erk.. baru nak layak kot.. sebelum ni belum cukup stabil.. tapi tu le, orgnya takde plak

    Reply

  7. BbHussainNo Gravatar says:

    agreed..ada pro n cons..
    eh dah tukar layout ek..nice..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ye, ada pro dan cons…
    ok tak layout nie?

    Reply

    BbHussainNo Gravatar Reply:

    canteks ;)

    Reply

  8. mijieNo Gravatar says:

    ada pro n kontra nya, tapi saya lebih suka mengambil yang pro iaitu kalau kahwin awal boleh mengelakkan berlakunya maksiat

    jadi selepas kahwin, hubungan adalah halal, dari segi kewangan kalau niat kita adalah baik, yakin dan percaya Allah akan sentiasa bersama kita

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ye betul sekali tu.. thanks walaupun tak blh nak ikut.

    Reply

    mijieNo Gravatar Reply:

    bergantung kepada indvidu…so kita tak leh nak ikut orang, pendirian masing2 kan..

    takpe zool, kn fikir juga jodoh mungkin belum sampai

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    bukan tak setuju .. cuma dah lepas tahap muda tu je..

  9. wanmusNo Gravatar says:

    sebelum kahwin, tak tahu rasa mampu ke tak..lepas kahwin, nak ke tak nak, kita terpaksa memampukan diri..tulah yg mendorong kita ke arah kebaikan :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ok.. bagus pendapat ko..

    Reply

  10. wah. sudah tukar design baru.

    kahwin dan jodoh tu di tangan tuhan. so yang penting kedua-dua berkahwin atas sebab agama, pasti akan bahagia.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    sesekali tukar selera tukar le theme…
    AMIN

    Reply

  11. TumpangNo Gravatar says:

    Bagus kalau Zool bincang lagi hal ni walaupun peluang kawin awal tu dah terlepas hihi

    Reply

Leave a Reply