LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Badrul Hisyam pecah rekod 17 tahun Watson Nyambek

Sudah lama sukan olahraga negara menantikan rekod 100 meter kebangsaan yang dicatatkan oleh Watson Nyambek 17 tahun lalu mampu dipecahkan.
Rekod Watson iaitu 10.30 saat itu dicatat oleh lagenda pelari pecut negara sebelum Kejohanan Sukan Komanwel 1998. Satu jangkamasa yang lama walaupun terdapat beberapa pelari pecut silih berganti namun catatan tersebut masih kekal.

AppleMark
AppleMark

Catatan itu akhirnya berjaya dipecahkan oleh seorang pelari muda berasal dari Melaka iaitu Badrul Hisyam Manap. Beliau mencatat 10.29 saat ketika memenangi pingat emas dalam kejohanan Sekolah ASEAN di Bandar Sri Begaran, Brunei pada Isnin lalu.
Beliau meninggalkan jauh pesaingnya iaitu Asnawi Hashim ditempat kedua dengan catatan 10.71 saat. Kemenangan ini bermakna beliau berjaya mempertahankan pingat yang dimenangi pada tahun lepas di Marikina City, Filipina.

Potensi beliau telah terbukti malahan pada bulan lepas beliau berjaya mencatat 20.88 saat dalam acara 200 meter di Kejohanan Terbuka Unimap, Arau. Catatan itu melepasi rekod 200 meter yang dicatatkan oleh Tan Sri Dr M.Jegathesan pada tahun 1968.
Namun rekod itu tidak dapat dicatatkan kerana kekuatan angin melebihi 2.0 m/s.

Ini pastinya merupakan petanda yang baik untuk sukan olahraga negara yang ketandusan pelari pecut selepas era Nazmizam, Watson dan Azmi Ibrahim. Mungkin selepas ini Badrul mampu bersaing di peringkat Sukan SEA dan seterusnya melonjak ke Sukan Asia.
Ini tidak mustahil kerana beliau masih muda dan mempunyai masa untuk mempertingkatkan diri. Diharap beliau mampu meningkatkan lagi imej sukan olahraga di persada dunia.

Sumber :- NST

Sukan Olahraga sekarang di pandang sepi. Mungkin sebab tiada promosi dan ramai yang pelari muda tidak yakin dengan potensi sukan ini untuk dijadikan kerjaya.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Badrul Hisyam pecah rekod 17 tahun Watson Nyambek

  1. Tahniah Badrul Hisyam… Semoga bakat beliau dapat digilap supaya dapat mengharumkan nama negara pada masa akan datang..

  2. kena ada pesaing macam watson dan azmi dulu.

    baru ada feel nak lari lagi laju.

    kalau takde pesaing..dia akan bosan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)