LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Badminton Terbuka Thailand : Koo Kien Keat/Tan Boon Heong berpuas hati selaku naib juara

Wakil tunggal perlawanan akhir badminton negara dalam kejohanan badminton Terbuka Thailand 2015, pasangan beregu negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong tumpas kepada pasangan dari Indonesia, Wahyu Nayaka Arya/ Ade Yusof.
Pasangan beregu negara yang baru memulakan kembali aksi bersama pada pertengahan tahun ini bertemu dengan pasangan pilihan ke 5 kejohanan.

Perlawanan yang cukup hebat antara kedua-dua regu ini. Walaupun berjaya menang set pertama dengan keputusan 22-20 namun set kedua, tuah tidak menyebelahi pasangan negara apabila beregu dari Indonesia berjaya mencuri set tersebut dengan keputusan 21-23 memihak lawan.
Perlawanan set ketiga, kesilapan berturut-turut beregu negara menghadiahkan mata kepada pasangan Indonesia menyukarkan untuk mereka kembali apabila akhirnya tumpas dengan keputusan 16-21. Perlawanan selama 1 jam 12 minit itu menunjukkan bahawa pasangan beregu negara masih mempunyai stamina untuk bertarung dengan pasangan ya ang lebih muda.
Walaubagaimanapun ia merupakan satu kejayaan kepada pemain beregu veteran negara yang terpaksa menentang beregu Indonesia yang lebih muda.
Lagipun, mereka baru kembali bersama semula. Mungkin ‘comeback’ yang dilakukan ini boleh memberikan peluang dan ruang kepada mereka untuk mendapatkan banyak lagi kejuaraan dalam koleksi mereka dan mungkin juga untuk beraksi di Sukan Olimpik di Rio Janerio pada tahun hadapan.

Tan Boon Heong/ Koo Kien Keat
Tan Boon Heong/ Koo Kien Keat

Bagi prestasi pemain lain pula, agak mengecewakan terutama pada pemain perseorangan lelaki negara dimana hanya sekadar di peringkat kelayakan sahaja. Semoga dengan persembahan beregu negara ini membuktikan bahawa pemain yang beraksi di bawah bumbung kelab professional mampu pergi lebih jauh sekaligus menjadi pemangkin agar pemain tidak terlalu bergantung harap pada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terutama pemain senior yang umur sudah melebihi 25 tahun dan masih ditakuk lama.
Kalau dilihatkan, pemain perseorangan lelaki yang mara ke akhir adalah dari Indonesia iaitu Ihsan Maulana yang menentang pemain veteran Korea Selatan, Lee Hyun Ill. Pemain berumur 19 tahun yang ketika ini berada diranking ke 42 dan pastinya akan meningkat selepas keputusan dalam kejohanan ini.

ihsan-maulana
Pemain muda Indonesia ke akhir Terbuka Thailand 2015

Keputusan Penuh Kejohanan Badminton Siri Emas Terbuka Thailand 2015

Beregu Wanita
Huang Dongping/ Li Yinhui vs Chang Ye Naa/ Lee So Hee 20-22, 21-11, 21-15

Perseorangan Wanita
Sung Ji Hyun vs Llian Xiaoyu 21-14, 21-14

Arya Pankaryanira/Ade Yusof vs Koo Kien Keat/Tan Boon Heong 20-22, 23-21, 21-16

Praveen Jordan/ Debby Susanto vs Solgyu Cho/ Eom Hye Won 19-21, 21-17, 16-21

Ihsan Maulana Mustofa vs Lee Hyun Ill 17-21, 24-22, 8-21

Please follow and like us:
error0

One thought on “Badminton Terbuka Thailand : Koo Kien Keat/Tan Boon Heong berpuas hati selaku naib juara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)