LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Badminton Terbuka India 2019 : Mei Kuan/ Meng Yean gagal di akhir

Impian untuk memenangi kejuaraan Terbuka kedua berkecai bagi pasangan beregu Chow Mei Kuan/ Lee Meng Yean.
Pasangan beregu wanita negara yang menduduki ranking ke 17 dunia itu terpaksa akur kepada kehebatan beregu wanita dari Indonesia Apriyani Rahayu/ Greysia Polii yang kini menduduki ranking kelima dunia.
Dalam perlawanan yang berlangsung selama 51 minit itu, Mei Kuan/Meng Yean tunduk dengan keputusan 11-21, 23-25.


Menduduki tangga kedua, Mei Kuan/Meng yean yang berjaya memenangi terbuka Syed Modi pada November tahun lepas itu membawa pulang wang tunai US$13,300 (RM54,300).
Ia masih boleh dibanggakan bagi pasangan beregu negara yang akan bertanding di kejohanan Terbuka Malaysia yang akan bermula pada hari Selasa ini (2 April 2019).
Semoga mereka dapat meneruskan dan memperbaiki prestasi terutama untuk mendapatkan mata penting bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020.

Keputusan Kejohanan Terbuka India 2019
Beregu Campuran
WANG Yilyu [1] China/ HUANG Dongping China – Indonesia Praveen JORDAN [5]/Melati Daeva OKTAVIANTI Indonesia 21-13 21-11 0:34

Beregu Wanita
Greysia POLII [1] Indonesia/ Apriyani RAHAYU Indonesia – Malaysia CHOW Mei Kuan [3]/ Malaysia LEE Meng Yean 21-11 25-23 0:51

Perseorangan Wanita
Ratchanok INTANON [4] Thailand – China HE Bingjiao [3] 21-15 21-14 0:46

Perseorangan Lelaki
Viktor AXELSEN [2] Denmark – India KIDAMBI Srikanth [3] 21-7 22-20 0:36

Beregu Lelaki
LEE Yang Chinese Taipei/WANG Chi-Lin Chinese Taipei – Indonesia Ricky KARANDASUWARDI/Indonesia Angga PRATAMA 21-14 21-14 0:29

Keputusan Pemain Malaysia Lain (tidak termasuk pusingan kelayakan)

Perseorangan Lelaki
Goh Giap Cin (Pusingan Pertama)

Perseorangan Wanita
** Tiada**

Beregu Lelaki
Goh Sze Fei/ Nur Izzudin (Pusingan Kedua)
Chooi Kah Ming/ Low Juan Shen (Pusingan Kedua)
Arif Latif/ Nur Mohd Azryn (Suku Akhir)

Beregu Wanita
Vivian Hoo/ Yap Cheng Wen (Suku Akhir)
Chow Mei Kuan/ Lee Meng Yean (Naib Juara)

Beregu Campuran
Tiada

Sumber :-BWF Badminton Software

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.