post

Badminton sumbang tiga pingat emas : S Kisona lakar kejutan

Nampaknya kontijen badminton negara melakar sejarah menarik dalam kejohanan Sukan SEA 2019 kali ini. Sasaran satu pingat emas berjaya ditambah dengan dua lagi butir pingat emas.
Menariknya dua pemain perseorangan lelaki dan wanita berjaya menjuarai acara masing-masing. Pastinya kejutan terarah kepada pemain wanita berusia 21 tahun, S Kisona yang berjaya memungut pingat emas dalam penyertaan kali ini.
Ketiadaan juara 2 tahun lepas iaitu, Goh Jin Wei ditebus dengan persembahan baik oleh pemain negara itu dengan melakukan beberapa kejutan terutama menumpaskan pemain Thailand Nitchaon Jindapol di separuh akhir.


Meskipun tidak diangkat sebagai pemain yang akan mendapat pingat susulan beliau sebagai pemain gantian namun pencapaian ini cukup manis. Sudah pasti, BAM boleh memberikan ruang yang lebih kepada Kisona pada tahun 2020 untuk beraksi di kejohanan utama.
Untuk layak ke Olimpik mungkin sudah tiada memandangkan beliau kini di ranking ke 104 namun usaha masih boleh dilakukan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Bagi Lee Zii Jia pula diharapkan kemenangan di Sukan SEA bukan petanda cukup memandangkan masih banyak perlu dilakukan untuk layak ke Sukan Olimpik 2020. Begitu juga beregu lelaki negara, Aron Chia dan Soh Wooi Yik yang perlu kembali untuk berada dalam prestasi terbaik memandangkan ranking no 12 bukanlah jaminan untuk layak ke Olimpik.
Beregu campuran, Goh Soon Huat/ Shevon Lai pula perlu menambahkan usaha untuk terus bersaing pada masa hadapan. Meskipun terpaksa akur pada lawan yang lebih tinggi ranking namun mereka telah mencapai matlamat mereka untuk memungut pingat di Manila.

OO ada satu fakta menarik iaitu rekod emas berganda acara perseorangan SUkan SEA berjaya dipecahkan dimana kali terakhir Malaysia berjaya membawa pulang dua emas dalam acara lelaki dan wanita dalam temasya Sukan SEA adalah pada tahun 1973 yang dilakukan oleh Datuk Punch Gunalan dan Sylvia Ng.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.