Badminton Perseorangan Wanita Sah Pingat Emas

Kejutan dalam badminton Sukan SEA apabila kedua-dua pemain perseorangan wanita negara mara ke akhir.
Tatkala barisan pemain lelaki negara seperti Iskandar Zulkarnain dan Lee Zii Jia masih tercari rentak kejuaraan, barisan pemain perseorangan wanita negara menunjukkan kegarangan.
Pemain no 1 Malaysia Sonia cheah berjaya menumpaskan pemain Indonesia Gregoria Mariska Tunjung dengan keputusan 22-20, 21-13.

Pemain muda berbakat, Goh Jin Wei pula berjaya menumpaskan pemain pilihan ketiga dari Thailand, Pornpawee Chochuwong dengan keputusan sengit 21-9,10-21,21-18. Sekali lagi pemain berusia 17 tahun ini menunjukkan kesungguhan beliau untuk mencipta sejarah.
Tahniah kepada kedua pemain perseorangan wanita yang membuktikan kemampuan untuk merebut emas dalam acara yang tidak dijangkakan.
Semoga emas dan perak Sukan SEA ini akan menjadi pemangkin untuk mereka berjaya dalam kejohanan yang lebih besar nanti.
Siapakah pilihan anda? Adakah Goh Jin Wei ataupun Sonia Cheah untuk merangkul emas ?

Admin pilih Goh Jin Wei tapi harap-harap Sonia Cheah dapat buat kejutan untuk menumbangkan Goh Jin Wei. Pasti akan ada pertarungan yang menarik antara kedua-dua pemain perseorangan wanita ini.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “Badminton Perseorangan Wanita Sah Pingat Emas

Leave a Reply