LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Badminton Korea Masters 2019 : Pasangan beregu lelaki dan campuran raih naib johan

Harapan untuk melihat pasangan beregu lelaki dan campuran menjulang kejuaraan pada Kejohanan Korea Masters tidak kesampaian.
Kejohanan yang tidak disertai oleh pemain bertaraf dunia ini menyaksikan hanya dua wakil negara ke peringkat akhir.
Pemain beregu professional negara yang juga sedang dalam pemburuan untuk layak ke Olimpik 2020, Tan Wee Kiong/ Goh V Shem terpaksa berpuas hati tumpas di perlawanan akhir kepada pasangan dari Taiwan Lee Yang/ Wang Chi Lin.
Pasangan negara itu terpaksa bertarung hampir sejam sebelum akur dengan kehebatan pasangan pilihan keenam kejohanan dengan keputusan 19-21,22-20,19-21.
Aksi yang memberangsangkan dari pasangan professional ini namun masih banyak perlu diperbaiki kerana bukan bertemu pasangan terbaik dunia.

Bagi aksi akhir pasangan campuran pula. Goh Soon Huat/Shevon Lai mudah ditumpaskan pasangan dari Hong Kong , Tang Chun Man/Tse Ying Suet dengan keputusan 14-21, 15-21.
Nampak masih jauh lagi untuk mereka mengempur pasangan terbaik dunia apatah lagi untuk mengharapkan kalungan pingat di Olimpik 2020 di Tokyo nanti.

Dalam perlawanan lain, iaitu perseorangan lelaki dimenangi oleh pemain Jepun, Kanta Tsuneyama yang menumpaskan pemain veteran China Lin Dan dengan keputusan 21-22,21-12.
Kategori perseorangan wanita pula dikuasai oleh pemain tuan rumah selepas AN Se Young menumbangkan SUng Ji Hyun dengan keputusan 21-13,21-17.

Beregu wanita pula dikuasai oleh pasangan Jepun apabila Nami Matsuyama/Chiharu Shida menumpaskan pasangan Misaki Matsutomoto/Ayaka Takahasi dengan keputusan 15-21,21-17,21-18.

Agak mengecewakan bila pemain-pemain lain masih berada di takuk lama dan kebanyakan tewas di peringkat awal lagi.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)