LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Badminton jadi sukan nombor satu negara

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataannya menyifatkan badminton sebagai sukan nombor satu negara.
Ini berdasarkan prestasi di peringkat antarabangsa sama ada di peringkat senior atau remaja.

Beliau yang menerima hakikat bola sepak sebagai sukan paling popular di Malaysia namun pencapaian sukan badminton lebih positif.
Walaupun dalam acara perseorangan lelaki, hanya Lee Chong Wei sahaja yang mengunguli di peringkat antarabangsa namun bagi kategori lain, seperti beregu mula menampakkan kemampuan.
goh jin wei

Selain itu pemain perseorang wanita junior, Goh Jin Wei juga berpotensi untuk menjadi jaguh dunia di masa hadapan.
Beliau juga berharap Chong Wei akan dapat meneruskan khidmat terutama dalam pembangunan sukan badminton negara walaupun selepas aksi di temasya Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos tahun depan.

Beliau juga memuji prinsip displin tinggi yang diamalkan oleh Chong Wei untuk berjaya dalam sukan badminton.
Dalam pada itu, Lee Chong Wei juga berharap agar sukan badminton tidak tertumpu pada pemain perseorangan lelaki sahaja.
Beliau merasakan badminton negara mempunyai perseorangan wanita serta beregu campuran yang menunjukkan peningkatan dalam beberapa kejohanan antarabangsa.

Chong Wei berharap semua pihak tidak memberi tekanan terhadap pemain muda seperti Jin Wei, sebaliknya membantu beliau bagi menghadapi kejohanan akan datang.
Beliau mengatakan seseorang atlet itu perlu bergantung kepada sikap dan disiplin dalam latihan dan rutin harian masing-masing untuk berjaya.
– BERNAMA

Sesuatu yang mungkin boleh diberikan perhatian terutama untuk menghasilkan atlet badminton berkualiti. Walaupun kita nampak ada sinar pada perseorangan wanita melalui Goh Jin Wei namun pemain muda lain jangan diabaikan.
Perseorangan lelaki juga perlu diberikan perhatian. Mungkin pemain sediada yang seringkali gagal tidak perlu dibimbing lagi oleh BAM sebaliknya biarlah mereka berdikari dengan kelab professional. Cari pemain yang berumur lingkungan 15-20 untuk dikembangkan bakat mereka.
Semoga badminton negara mampu melahirkan ramai pemain pelapis di masa akan datang.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Badminton jadi sukan nombor satu negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)