LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Baddrol, Rizal dan Aidil bakal anggotai skuad bawah 23 Tahun ke Sukan Asia

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee memilih dua pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali serta Aidil Zafuan Abdul Radzak dari Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengisi tiga kuota pemain lebih umur untuk menghadapi Sukan Asia 2018.

Berdasarkan senarai 24 pemain diumumkan jurulatih kelahiran Melaka itu, 17 pemain skuad B-23 yang mencipta sejarah mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China pada Januari lalu, dikekalkan untuk temasya empat tahun sekali itu, dengan acara bola sepak dijadual bermula 14 Ogos hingga 1 Sept.

Dalam pada itu, Kim Swee menyenaraikan empat pemain baharu – Syafiq Ahmad (JDT), Faisal Abdul Halim (Pahang), Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC) dan penjaga gol Khatul Anuar Md Jalil (Kuala Lumpur) bagi kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 30 Julai ini, sebelum memilih 20 pemain terbaik untuk Sukan Asia.

Rodney Akwensivie

Mengulas mengenai pemilihan tersebut, Kim Swee berkata selepas kesemua pemain melapor diri di Wisma FAM, skuad itu akan berlepas ke Changzhou, China pada 2 Ogos bagi menghadapi perlawanan persahabatan bertemu pasukan China B-23 pada 5 Ogos dan kembali ke tanah air, sehari kemudian.

“Kemudian kita akan meneruskan kem latihan di Wisma FAM dan mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi B-23 di Kuala Lumpur pada 9 Ogos. Jika mengikut jadual asal Sukan Asia 2018, kita akan berlepas ke Indonesia pada 12 Ogos sebelum perlawanan pertama dijadual 14 Ogos.
– BERNAMA

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)