LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Baddrol Bakhtiar bakal ke Indonesia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Sekarang ni bertiup kencang gossip mengenai pemain perancang Kedah yang di khabarkan mendapat perhatian kelab bolasepak dari Indonesia iaitu Arema FC.
Baddrol sebelum ini pernah diintai oleh Pelita Jaya sebelum beliau memutuskan untuk kekal bermain di Liga Perdana Malaysia bersama skuad Kedah.
Adakah Baddrol patut bermain di Liga Super Indonesia? Pasti ada pro dan kontra seandainya beliau bersetuju untuk mengikat kontrak dengan Arema Indonesia itu.
Dari segi pro, pasti pendapatan beliau akan lebih berbanding apa yang dimiliki sekarang. Selain itu beliau juga pasti bertemu cabaran baru berbanding ketika beraksi di Liga Malaysia. Pasti cabaran baru mampu menjadikan beliau matang seterusnya memberi impak yang baik pada bolasepak negara.
Dari segi kontra pula pasti konflik yang melanda bolasepak Indonesia akan merisaukan sekiranya khidmat Baddrol Bakhtiar diperlukan oleh skuad kebangsaan. Walaupun Arema berada dalam liga yang sah tapi masalah konflik dalam Persatuan Bolasepak Indonesia masih belum selesai dan pasti menggusarkan.

Apapun, kita tunggu dan lihat samada ia menjadi kenyataan atau sebaliknya..

Sekian.

Please follow and like us:
error0

14 thoughts on “Baddrol Bakhtiar bakal ke Indonesia

  1. bila sesuatu tak di duga itu berlaku kit akena sabar,,bila tak pasti akan dtg kita doakan semoga semua akan berjln dg lancar. baik buruk insyallah ada kelebihan.keburukan…

  2. satu perkembangan menarik untuk diikuti dan perkara ini boleh mengharumkan nama Malaysia..

  3. kalau aku, x setuju dia pegi sana..pasal liga kat sana pun ada banyak amsalah lagi..baik stay dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)