post

B Sathianathan dipecat

Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan telah dipecat serta merta selepas kekalahan memalukan ke atas pasukan terulung abad ini, Johor Darul Ta’zim.
Pasukan Selangor diayam-ayamkan oleh JDT dengan keputusan 1-6 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin.

Pasukan Selangor yang dijangka memberikan saingan pada pasukan JDT terpaksa akur dengan kekalahan teruk ini yang membuatkan barisan pengurusan Persatuan BolaSepak Selangor(FAS) mengambil keputusan memecat jurulatih berpengalaman ini.
B. Sathianathan yang telah melatih skuad Gergasi Merah telah mengucapkan terima kasih kepada barisan pengurusan Selangor.

Selangor yang menampilkan aksi buruk dalam Liga Super selepas hanya mencatat satu kemenangan dua seri dan satu kekalahan selepas saingan tertangguh berikutan penularan pandemik COVID-19.
Beliau yang memiliki kontrak sehingga akhir musim ini terkilan apabila tak berjaya menyempurnakan saingan Liga Super musim ini.

“Musim belum berakhir, kita masih ada Piala Malaysia selepas ini, apa-apa boleh berlaku. Saya percaya dengan baki tiga perlawanan Liga Super mudah buat Selangor untuk menang kesemuanya, dan tamatkan saingan liga di kedudukan kedua atau ketiga.
“Saya harap Selangor mencapai matlamat itu bersama jurulatih baharu. Saya tahu barisan pemain sedia ada cukup baik untuk Selangor,” katanya.

  • BERNAMA

Takpe boss, banyak lagi pasukan yang menanti khidmat boss..

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.