LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Azizulhasni tebus kegagalan Keirin dengan meraih emas pecut di New Delhi

 

Jaguh berbasikal trek Malaysia, Mohd Azizulhasni Awang menebus kegagalan pada acara keirin selepas meraih pingat emas acara pecut individu elit lelaki pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) ke 35 di New Delhi, India.

Azizul yang juga pemenang pingat gangsa Olimpik Rio 2016 itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas pelumba Jepun, Tomoyuki Kawabata dari Jepun selepas mencatat masa 10.451 saat dan 10.562 saat manakala pelumba Jepun itu mencatat masa 10.543 saat dan 10.623 saat,

Ini merupakan emas keempat yang pernah dimenangi oleh pelumba yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman selepas pernah menguasai acara ini pada tahun 2008, 2009 dan 2014.

Tahniah Ligakampung ucapkan kepada Azizulhasni yang masih boleh dinobatkan sebagai yang terbaik di Asia. Walaupun gagal pada acara kegemarannya, Keirin namun beliau masih mampu menyinar dalam acara pecut.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Azizulhasni tebus kegagalan Keirin dengan meraih emas pecut di New Delhi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)