LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Azizulhasni raih emas Kejohanan Trek Asia ke-39

Selepas Shah Firdaus meraih perak dalam acara keirin dan Azizul sekadar di tempat kelima, The Pocket Rocketman menceriakan kem negara apabila meraih emas dalam acara pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia ke 39.
Kejohanan yang berlangsung di Velodrom Antarabangsa Jakarta Indonesia menyaksikan pelumba kelahiran Terengganu itu berjaya menambah koleksi emasnya dalam Kejohanan ini. Sebelum ini Azizulhasni pernah meraih empat pingat emas dalam Kejohanan Trek Asia dalam acara berkenaan pada edisi 2008,2009,2014 dan 2017.

Pada aksi akhir, Azizulhasni berjaya melakukan kayuhan bertenaga bagi mengetepikan pelumba China , Xu Chao dengan catatan masa 10.154 saat, meninggalkan pelumba China itu 0.004s.
Shah Firdaus juga berjya menambah koleksi pingat selepas memungut gangsa selepas menumpaskan pelumba Jepun, Kaunari Watanabe pada aksi penentuan pingat gangsa.
– BERNAMA

Tahniah kepada kedua-dua pelumba yang berjaya mendapatkan pingat seterusnya memberikan petanda positif untuk mendapat tempat dalam Sukan Olimpik 2020 nanti.

Sumber gambar :Instagram Azizulhasni

Please follow and like us:
error0

One thought on “Azizulhasni raih emas Kejohanan Trek Asia ke-39

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)