LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Azizulhasni huni tangga kedua keirin

Pelumba trak basikal negara, Azizulhasni Awang menerima berita gembira dalam menuju ke Olimpik 2020 di Tokyo selepas berjaya meningkatkan ranking Persatuan Basikal Antarabangsa (UCl) . Dalam ranking terbaru yang dikeluarkan dalam website UCL www.uci.org  pemenang pingat gansa Olimpik 2016 ini telah mengumpul 2,560 mata untuk berada di tangga kedua di belakang penunggang dari Jepun, Nitta Yudai dalam acara keirin. Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula berjaya meningkatkan tiga tangga ke kedudukan 20 dengan pungutan 1,581 mata.

Dalam acara pecut pula Azizulhasni menduduki tangga ke 20 dengan 1,596 mata manakala Shah Firdaus pula di tanga ke 26 dengan 1,357 mata.

Keputusan ini juga mengambil kira persembahan mantap kedua-dua pelumba ketika Kejohanan Trek Kebangsaan, SEA Cup GP di Velodrom Nilai dan Kejohanan Trek China di Beijing minggu lalu.

Ranking UCI

Keirin:

1. Nitta Yudai (JPN) 2,740 pts

2. Mohd Azizulhasni Awang (MAS) 2,560 pts

3. Yuta Wakimoto (JPN) 2,528.5 pts

74. Mohamad Shahriz Efendi Mohd Shahrin 630 pts

82. Muhammad Fadhil Mohd Zonis 570 pts

Sprint:

1. Harrie Lavreysen (NED) 3,410 pts

2. Jeffrey Hoogland (NED) 3,235 pts

3. Matthew Glaetzer (AUS) 3,062.5 pts           ..

20. Mohd Azizulhasni Awang 1,596 pts

26. Muhammad Shah Firdaus Sahrom 1,357 pts  

112. Muhammad Fadhil Mohd Zonis 432 pts

132. Mohammad Shahriz Efendi Mohd Shahrin 350 pts — Bernama

Semoga pencapaian mereka akan terus meningkat. Begitu juga diharapkan pelumba wanita seperti Fatehan Mustapha dan Anis Amira Rosdi.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)