LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Azizulhasni gagal tamatkan perlumbaan keirin siri pertama Piala Dunia di Poland

Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang gagal menamatkan perlumbaan keirin dalam siri pertama Piala Dunia di Poland semalam kerana terlibat dalam pelanggaran dengan pelumba Jepun, Kazunari Watanabe.

Insiden berlaku pada selekoh terakhir menuju ke garisan penamat ketika pelumba yang digelar The Pocketrocketman itu beraksi dalam pusingan penyisihan (repecharge) di Velodrom BGZ Arena, Pruszkow.

Dia perlu menang pusingan itu untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

Azizulhasni menerusi laman Instagram miliknya menulis beliau bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius dan bakal beraksi dalam acara pecut individu awal pagi nanti.

“Malangnya perkara berlaku tidak menurut seperti yang dirancang kerana saya terlibat dalam pelanggaran semasa repecharge dengan pelumba Jepun, Kazunari Watanabe.

“Saya hanya alami cedera pada permukaan dan terseliuh buku lali. Diharap esok saya boleh menunggang semula bagi acara pecut individu. Terima kasih kepada setiap orang atas sokongan dan doa,” katanya menerusi Instagram azizulawangofficial. – BERNAMA

Sumber:-Utusan

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)