Azizulhasni, Fatehah raih gangsa ACC 2018

Hari ini dua jaguh berbasikal negara meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2018 yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai.
Pelumba wanita negara, Fatehah Mustapha berjaya meraih tempat ketiga dalam acara 500m ujian masa selepas mencatat masa 34.632s iaitu hampir menyamai rekod kebangsaan yang dilakukan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 iaitu 34.542 s.
Pada peringkat kelayakan, Fatehah hanya menduduki tempat keempat namun berjaya meraih podium dalam perlumbaan akhir.
Keputusan ini menambah keyakinan pelumba kelahiran Terengganu itu untuk mendapatkan pingat bagi acara pecut dan keirin.
Acara tersebut dimenangi oleh pelumba dari Hong Kong, Lee Wai Sze, dengan 33.395s, diikuti pelumba dari China, Song Chaorui, yang mencatat 34.114s untuk perak.

Juara keirin dunia, Azizulhasni Awang pula terpaksa berpuas hati menduduki tempat ketiga dalam acara keirin. Biarpun gagal menjuarai acara itu namun beliau telah memberikan persembahan terbaik dalam acara kegemarannya itu.
Pingat emas dimenangi oleh pelumba Jepun, Tomoyuki Kawabata manakala pelumba Korea Selatan, Im Chaebin menduduki tempat kedua.
Seorang lagi pelumba negara, Mohd Shah Firdaus Sahrom pula menduduki tempat keempat.
Sumber – Stadium ASTRO

2 thoughts on “Azizulhasni, Fatehah raih gangsa ACC 2018

  1. 843s milik pelumba Jepun, Nitta Yudai yang dilakukannya pada Piala Trek Jepun tahun lalu. Catatan itu bukan sahaja rekod baharu kebangsaan tetapi turut memadamkan catatan peribadi terbaik dilakukan Azizulhasni 10.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.