LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Azizulhasni Awang raih pingat emas berganda di kejohanan berbasikal Piala Trek China 1

Pelumba berbasikal negara, Azizulhasni Awang membuktikan bahawa beliau masih berbisa apabila meraih pingat emas berganda dalam acara keirin dan pecut pada kejohanan berbasikal Piala Trek China 1 di Taiyuan sebentar tadi.
Ia merupakan kemenangan pertama yang diraih Azizulhasni dalam perlumbaan di luar Malaysia sejak meraih kejuaraan keirin pada Kejohanan Dunia di Hong Kong , tahun lepas.

Dalam acara keirin, pelumba kelahiran Terengganu berusia 30 tahun itu berjaya mengetepikan dua peserta tuan rumah, Xu Chao dan Wang Yibo dengan mencatat masa 13.569 saat.
Dalam acara pecut yang berlangsung semalam, Azizulhasni turut menumpaskan Xu Chao selepas mencatat masa 9.895s di Velodrome Taiyuan.
Pelumba muda berbakat, Muhd Shah Firdaus Sahrom berjaya meraih pingat gangsa selepas menumpaskan peserta Kazakhstan, Pavel Vorzhev.

– UTUSAN ONLINE

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)