LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Azizulhasni Awang raih gangsa Olimpik 2016

Prospek pingat di Olimpik 2016, pelumba basikal negara Azizulhasni Awang terpaksa berpuas hati apabila meraih pingat gangsa untuk negara. Azizul yang merupakan harapan untuk mendapatkan pingat emas di Rio berhadapan dengan tekanan oleh pelumba-pelumba yang lebih besar fizikal.

Perjuangan beliau bukanlah mudah apabila terpaksa bersaing sengit dalam acara kegemarannya, keirin. Pada pusingan pertama beliau hampir terkeluar apabila menduduki tempat kelima sebelum bertarung dalam aksi ‘repechage’ yang menyaksikan beliau mampu mengorak langkah ke perlawanan akhir.Emas bagi acara itu dimenangi oleh pelumba dari Britain,Jason Kenny dan Matthijs Buchli dari Belanda.

Pada kejohanan Olimpik 2012 lalu, Azizulhasni hanya menduduki tangga kelima pada ketika itu. Tahniah kepada Azizulhasni yang juga digelar Pocket Rocketman. Semoga ianya memberikan inspirasi kepada para atlet lain untuk mengejar pingat.

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Azizulhasni Awang raih gangsa Olimpik 2016

  1. Tahniah… Azizul Hasni… Sememangnya diakui bukan mudah untuk bersaing dengan pelumba-pelumba Eropah yang mempunyai bentuk fizikal yang besar…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)