LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Azizulhasni , Anis rangkul emas di China

Hadiah Hari Merdeka untuk rakyat Malaysia apabila pelumba basikan trek negara Azizulhasni Awang dan ANis Amira Rosidi menyumbang emas dalam Kejohanan Berbasikal Trek ANtarabangsa China 2019.
Kejohanan yang berlangsung di Velodrom Laoshan, Beijing, China pada Sabtu menyaksikan Azizul mengondol dua pingat emas dalam acara keirin dan pecut manakala pelumba wanita yang meningkat naik, Anis AMira berjaya mengunguli acara keirin wanita menumpaskan pelumba Jepun dan Indonesia.

Azizulhasni yang diberi julukan The PocketRocketman meraih emas acara pecut dengan menewaskan pelumba Kazakhstan, AndreyChugay, yang meraih perak manakala pelumba tuan rumah Zhou Yu terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

Dua lagi pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Zonis yang mewakili Yayasan Sime Darby (YSD) masing-masing menamatkan saingan di tempat keempat dan ke-12.

Dalam acara kegemarannya pula, Azizulhansi yang mewakili Team Azizul mengetepikan pelumba Taiwan, Kah Shing Fen yang meraih perak manakala Muhammad Fadhil di tempat ketiga.

Anis Amira turut cemerlang apabila mengungguli acara keirin wanita menewaskan pelumba Jepun, Ohta Riyu dan Crismonita Dwi Putri dari Indonesia di tempat ketiga. – BERNAMA 

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)