LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Azizulhasni, Amy Kwan dinobat Olimpian Majlis Olimpik Malaysia 2018

Azizulhasni Awang, jaguh berbasikal trek negara dan gimnas berirama negara, Amy Kwan Dict Weng dinobatkan sebagai Olimpian Majlis Olimpik Malaysia (MOM) 2018 pada Rabu lalu.
Kedua-dua atlet itu berjaya dinobatkan sebagai Olimpian berdasarkan prestasi terutama ketika Sukan Asia Jakarta-Palembang dan Sukan Komanwel Gold Coast tahun ini.

Azizulhasni yang berjaya pingat emas, perak dan gangsa dalam SUkan Asia pada Ogos lalu merupakan harapan untuk membawa pingat di Sukan Olimpik 2020 ini muncul atlet lelaki berbasikal kedua meraih anugerah tersebut selepas Josiah Ng menerima anugerah sama pada tahun 2004.
Bagi kategori wanita pula, Amy Kwan mencatat keputusan membanggakan pada Sukan Komanwell April lalu selepas memungut emas melalui acara riben, perak acara berpasukan dan gangsa keseluruhan individu dan gelung.
Beliau juga menjadi atlet gimnas wanita kedua memenangi anugerah itu selepas Au Li Yen menerima pada 1997.

 

Instagram Amy Kwan Dict Weng

 

Kedua-dua pemenang itu membawa pulang ganjaran wang tunai berjumlah RM10,000 beserta pingat, dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyerahkannya pada majlis Malam Anugerah MOM hari ini.

Pada majlis tersebut juga menyaksikan Anugerah Khas MOM dimenangi oleh dua pemenang emas Sukan Olimpik Belia 2018 Buenos Aires pada Oktober lalu iaitu bekas juara badminton remaja dunia Goh Jin Wei dan skuad hoki lima sebelah.
Sumber :-Utusan

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)