LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

AZizul kandas di Kejohanan DUnia 2019

Pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang gagal untuk memungut pingat pada Kejohanan Dunia kali ini selepas kandas di pusingan kelayakan acara pecut.
Beliau hanya menduduki tangga ke 30 daripada keseluruhan 34 pelumba selepas hanya mencatat masa 10.022 saat.
Prestasi ini juga mungkin akibat kemalangan yang berlaku ketika dalam acara keirin pada Jumaat lalu sekaligus memberikan kesan kepada keputusan.

“Sejujurnya memang terkilan, tetapi setakat itu sahaja yang mampu saya berikan dengan keadaan kondisi badan, selepas terlibat di dalam kemalangan semalam (Jumaat).

“Seperti biasa, selepas tamat kejohanan besar saya dan pasukan, akan duduk semeja melakukan post-mortem dan memperbaiki mana-mana ruang yang perlu, dan merencana perancangan untuk musim hadapan,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook awal pagi ini.
“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia khususnya yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya dan pasukan.

“Kalah sekali bukan bermaksud kalah selamanya, yang penting kita terus mencuba dan bangkit dari kekalahan ini. Insyaallah,” katanya.

Pelumba lain iaitu Mohd Shah Firdaus pula hanya menduduki tangga ke 31 dengan masa 10.090 saat manakala Muhammad Firdaus Mohd Zonis di tangga ke 34 dengan catatan 10.24s.
– BERNAMA

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)