LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Azeem Fahmi : Adakah terlalu awal untuk diangkat?

Sekarang ni agak kecoh dengan atlet pecut muda berusia 15 tahun ini. Apa taknya catatan masa yang dilakukan dalam kejohanan Olahraga Majlis Sukan-sukan Malaysia (MSSM) ke 61 di Johor minggu lalu merupakan catatan berkelas dunia bagi atlet seusianya. Catatan 10.63 saat dalam acara 100 meter berada dalam kelompok terbaik dunia manakala catatan 21.24 saat merupakan catatan terbaik dunia pada tahun ini untuk kelas usianya. Ia pasti membuatkan ramai pemerhati sukan memberikan pendapat masing-masing tentang kemampuan Azeem ini.

Ligakampung.com agak kagum dengan catatan masa yang dilakukan oleh Azeem. Cuma persoalannya adakah Azeem sudah bersedia untuk menjadi atlet pecut ? Ia bukan tugas yang mudah kerana pengorbanan usia remaja perlu dilakukan jika beliau ingin menjadi pelari pecut berkelas dunia. Perlu diingatkan catatan masa yang hebat ini belum menjamin prestasi beliau akan terus berkekalan sebegini.

Sukan lari pecut ini agak berisiko untuk hilang sebegitu sahaja sekiranya tiada keinginan kuat dan sanggup berkorban. Kita agak risau situasi yang melanda Badrol Hisyam, Khairul Hafiz yang kini agak terumbang ambing. Meskipun Khairul Hafiz berjaya merangkul pingat emas 100 meter di Sukan SEA 2017 namun selepas itu prestasinya merudum dimana beliau gagal memecahkan tembok 10.30 saat selepas itu. Malahan rekod 200 meternya juga telah dipecahkan oleh Russel Alexander Nasir tatkala tiada tanda-tanda untuk beliau bangkit kembali dalam masa terdekat ini. Mungkin kecederaan adalah puncanya tetapi harapan penyokong sukan olahraga Malaysia amat besar dan sudah pasti emas 2017 itu hampir terlepas dari gengaman pada Sukan SEA 2019 di Manila ini. Apatah lagi pelari Indonesia, Lalu Zohri semakin konsisten dengan catatan masa yang lebih baik sudah pasti peluang semakin tipis.

Adakah Azeem patut diketengahkan dalam Sukan SEA ? Pada pendapat Ligakampung.com, adalah terlalu awal untuk acara pecut 100 meter. Ini kerana dalam acara 100 meter tekanan lebih tinggi. Mungkin beliau perlu diberikan peluang beraksi dalam acara 4x 100 meter bagi memberikan suasana pertandingan di Sukan SEA. Mungkin 2 tahun lagi beliau sudah mula matang dan peluang boleh diberikan tapi adakah beliau sudah bersedia kini?

Itu antara aspek yang perlu dititikberatkan terutama oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) . Perbincangan perlu dilakukan dengan Azeem dan keluarga. Adakah beliau sudah bersedia untuk pergi lebih jauh berbanding sekarang ni yang berlatih di Sekolah Sukan Gunung Rapat, Perak itu? Bersediakah beliau untuk beraksi di luar yang pastinya menampilkan saingan yang lebih sengit berbanding berhadapan pelari tempatan. Ini perlu diperhalusi dengan lebih teliti oleh pihak berkaitan kerana ia adalah mengenai masa depan atlet muda ini.

Kita tak mau nanti potensi Azeem akan tersekat setakat ini sahaja kerana tiada jaminan masa depannya di kemudian hari. Perlu ada bantuan dari agensi berkaitan dalam mengembangkan bakat pelari ini. Pihak media pula tidak perlu terlalu mengagungkan beliau kerana tekanan juga boleh membantutkan kemampuan seseorang atlet itu sendiri. Semoga Azeem mampu maju jaya dan pergi lebih jauh lagi. Kita mengharapkan beliau mampu untuk menjadi pelari yang mampu mencatatkan masa di bawah 10 saat selepas ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)