LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Azeem dipantau ISN

Pelari pecut muda berbakat, Muhammad Azeem yang baru berusia 15 tahun kini menjalani Program Sains Sukan Khas dan dipantau oleh Institut Sukan Negara(ISN).
Saintis ISN sudah mengadakan ujian sains sukan kepada Azeem bagi memantau perkembangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, Ipoh, Perak itu.

“Langkah seterusnya adalah berbincang dengan jurulatih Azeem mengenai hasil analisa bagi meningkatkan pemahaman secara saintifik akan keadaan fizikal, tahap prestasi serta potensi sebenar Azeem,” kata Faedzal.

Faedzal menjelaskan langkah itu penting bagi membolehkan jurulatih membuat penyesuaian atau penambahbaikan terhadap elemen dan program latihan Azeem.

Katanya, ISN akan terus memantau dan menyokong perkembangan Azeem, sekali gus menyeru sokongan semua pihak selain mengharapkan komunikasi berterusan dibina antara Azeem dan jurulatih bersama saintis sukan di ISN.

[ Azeem Fahmi : Adakah Terlalu Awal Diangkat ]

Pencapaian Azeem yang mencatat 21.24 saat dalam acara 200m Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), Johor, April lalu meletakkannya sebagai pelari bawah usia 16 tahun terpantas dunia ketika itu dan terbaik sepanjang zaman dalam kategori usia 14 tahun.

Sumber :- BHarian
Ligakampung.com berharap agar ISN dapat meneruskan pemantauan kepada Azeem. Ini penting bagi melihat kesinambungan kemampuan beliau supaya dapat pergi lebih jauh lagi.
Dengan pelan dan perancangan yang teliti tidak mustahil permata olahraga ini mampu mencapai tahap antarabangsa sekaligus mampu bersaing di peringkat Olimpik tidak lama lagi.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)