Assalamualaikum..
Nampaknya kita telah melangkah ke tahun baru, tahun 2008 Masihi. Bagaimana agaknya pencapaian kita pada tahun 2007 dan berjayakan matlamat dicapai… Hanya anda yang dapat menilainya…
Memang diakui banyak kenangan dalam tahun 2007 ni namun ianya kini tinggal kenangan.. Menuju ke tahun 2008 sudah pastinya terdapat azam-azam yang dilakar dan seterusnya menjadi sebagai penanda aras untuk berjaya..
Azam merupakan sesuatu yang memang perlu untuk kita menjana kehidupan kita menjadi lebih baik.. Tanpa azam kita tiada arah tuju yang tepat dalam memulakan sesuatu tahun baru ini.. Memang terdapat insan-insan yang sering memperlekehkan apabila kita mencipta azam setiap tahun..
Tapi saya mensarankan agar anda semua mencipta azam masing-masing dan membuat perancangan untuk melaksanakannya.. Saya akui kelewatan saya membina azam menyebabkan banyak perkara yang saya tidak tercapai sedang rakan-rakan lain menjana kehidupan masing-masing..
Okaylah secara jujurnya saya mula menetapkan beberapa matlamat pada tahun 2007 di mana ketika saya merasakan bahawa kehidupan saya mula stabil dengan memiliki pekerjaan tetap.. Tetapi masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dan azam saya untuk tahun 2008 adalah:-
i) Menjana pendapatan sampingan online.. Saya telah mensasarkan jangkaan pendapatan dari bulan Februari hingga Disember .. Ini bagi memberikan motivasi untuk saya lebih memberi tumpuan terhadap peluang di internet sambil mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah sekaligus mengurangkan tumpuan terhadap tidur dan angan-angan yang tidak bermakna..
Dan jangkaan pendapatan itu adalah rahsia dan hanya berhak diketahui oleh diri sendiri.. He he he..
ii) Mencurahkan idea dan pengalaman melalui penulisan-penulisan di blog-blogz dan ebookz.. Bagaimana?? Saya telah menetapkan agar menulis di blog ligakampung sekurang-kurangnya 5 kali seminggu dengan penulisan yang lebih mencengkam dan menggoda ( huhuhuhuhuhuhu)… Selain itu saya juga menetapkan sasaran untuk mendapatkan pengunjung mengikut angka yang ditetapkan setiap bulan… Hm angka ini juga hanya boleh diketahui oleh diri sendiri…
iii) Mengurangkan kadar kebuncitan dengan mendapatkan berat badan yang ideal…( __ kg) serta memastikan kadar melakukan senaman sekurang-kurangnya 4 jam seminggu.. Sukar tapi perlu mendisiplinkan diri bagi menjaga kesihatan…
iv) Membayar pinjaman PTPTN dan ansuran rumah mengikut tempoh yang tetap..
v) Mencari sesuatu…
Sebenarnya kalau diikutkan memang banyak azam yang ingin dibuat tapi walaubagaimanapun setiap azam perlu realistik agar ianya tidak menekan diri sendiri.. Bagaimana pula dengan anda di sana?? Sudah pastinya ada azam yang tersendiri.. Bagaimanakah anda menyusun azam anda untuk dicapai tahun ini?? Adakah perancangan yang teliti dan bagaimana pula dengan matlamat tersebut?? Diharap azam yang ingin dilaksanakan mampu dicapai… AMIN..
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU.. SEMOGA SEGALA APA YANG DICITAKAN AKAN DAPAT DICAPAI PADA TAHUN BARU YANG MENDATANG..
RSS Feed
Twitter




December 31st, 2007
zool 






Posted in 






selamat tahun baru zool, semoga azam tahun ini tercapai
Reply
bagus pabila hidup ada sasaran. good luck!
Reply
selamat tahun baru semua… zool, thanks for come to my blog.. actually adsense ni buat arbitrage kalau kita dah tahu ada potensi bagi sesebuah site kita.. that all..
Reply
Selamat Tahun Baru 2008. Semoga kau sentiasa ceria dan semoga azam untuk mengurangkan boroi itu tercapai
Reply
banyak kenangan manis pada am sepanjang tahun 2007 ni… the best so far… btw this year i will make it more manis…hehe… selamat tahun baru zool…
Reply
Selamat Tahun Baru.. Tunggu tulisan yang menggoda tu…
Reply
Selamat tahun baru zool.
azam yg no v tu apa ya? hehehe…share ler dik….
Reply
shutterspeaks —> Insyaallah,,,
ryan –> hidup mesti ada sasaran…
suhail —<> ye saya masih tercari idea untuk adsense nie..
azwan —> takde lah boroi sgt tapi kena kurangkan juga.. Lebih2 lagi aku ni spesies kecil… Berat badan 60 kg ni kira dah tak berapa sesuai dengan ketinggian ni..
am –> samalah selamat tahun baru..
kasyah —> tunggu sajalah tulisan yang menggoda tu…
He he he
ktom —> nak kongsi ke ?? tak yah lah … ramai boleh teka tu…
Reply
Selamat tahun baru Zool (walupun agak lambat)
Lagi satu, yg last tu cari apa eh. Mcm bleh agak je.
v) Mencari sesuatu…
Reply