Ayer Molek

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebelum ni saya pernah menulis mengenai kampung saya iaitu Kampung Kesang Tua jadi elok kiranya bergerak jauh sedikit ke area Melaka Tengah.
Photobucket
Dan antara tempat yang masih ada sedikit kekampungannya di daerah Melaka Tengah adalah kawasan Kampung Ayer Molek . Kawasan tempat tinggal blogger UTEM, chokilala.

Kampung Ayer Molek ni terletak antara jalan dari Jasin ke bandar Melaka (salah satu jalan alternatif, sebenarnya banyak jalan nak ke bandar Melaka dari Jasin ni). Terdapat beberapa kampung berdekatan seperti Kampung Tambak Paya, Solok Gaung, Bukit Lintang, DUyung dan Kandang (chokilala tolong tambah kalau kurang). Sebenarnya tiada yang menarik sangat mengenai kampung ini. Memandangkan ianya terletak di pinggir bandar Melaka ianya memang agak sibuk. Kerana itu terdapat sebuah bulatan ’roundabout’ yang cukup besar di bina di kawasan itu. Malahan seorang rakan yang tinggal berhampiran di kawasan itu menasihati saya agar berhati-hati di ’roundabout’ tersebut memandangkan terdapat beberapa penunggang yang kurang memahami peraturan ’roundabout’.

Kalau dulunya kawasan ini dikenali dengan pekan koboinya dimana kedai papan masih beroperasi namun kini ia telah mula berubah wajah. Ini agar menjadikan kawasan ini selari dengan kemajuan kawasan Duyong yang berhampiran.

Rasanya cukuplah setakat ini. Minta maaf info tak berapa lengkap tapi dah tertulis. Alang-alang jadikan je satu artikel. Insyaallah saya akan cuba menyelongkar sedikit maklumat kalau ada…

Ada sedikit maklumat mengenai kampung-kampung yang berhampiran dengan kampung AYer Molek.. Boleh semak di website travelingluck

p/s :- Sebenarnya teringin nak menulis info mengenai kampung lain di Malaysia tapi kekurangan info. Cari kat internet pun susah. Kalau anda ada nak promo kampung anda jangan malu jangan segan berikan hubungi saya untuk tindakan selanjutnya,

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1850
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

4 Responses to “Ayer Molek”

  1. beliamudaNo Gravatar says:

    betul tu, maklumat tentang kampung2 yang terdapat di malaysia sangat susah nak dicari.. mungkinkah sebab di kampung2 ni biasanya penduduk melayu dan kita kurang berminat untuk memberitahu kepada orang lain tentang kampung kita?

    Reply

  2. safarNo Gravatar says:

    saya dan sekeluarga hampir-hampir nak
    kemalangan dalam bulatan.nasib baik selamat.
    biasalah tu kali pertama datang.tak berapa tahu.

    Reply

  3. fieznurNo Gravatar says:

    Salam, tuan tanah. Ada satu lagi Kampung Ayer Molek di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, Melaka. Tau tak sejarah nama kampung ni?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang tau kat kuala sg baru ada kg ayer molek tu.. sori tak tau sejarah nama kampung tu

    Reply

Leave a Reply