Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Okay, hari ni entri santai je. Tak mau fikir banyak-banyak sampai menggugurkan helaian-helaian rambut. Ini antara ayat-ayat yang diterima oleh si Zool baru-baru ni.. Memang tak boleh blah je..

1. Tengah bayar melalui online banking mengenai projek bayaran rumah secara online. Sekali seorang pegawai yang menemani terlihat baki duit dalam akaun si ZOol. Ayatnya lebih kurang ‘cenggini (sesekali guna ayat slanga..)’, ‘ Eh banyaknya duit ko Zool’. Pelik gak, sebab tengok dalam akaun adalah dalam RM1K lebih je. Lagipun baru je berapa hari gaji jadi tak peliklah kalau ada duit banyak tu kan. Nasib baik le ada RM1K je.. Kalau ada RM 2 Juta? Mesti diorang kenalkan adik perempuan dia kat si ZOol kot.. Hahahhaha..
2. Order makan kat warung. Nak makan apa bang?? Er… terkujat jap sebab yang minta order tu rupanya cam umur 40-an. Er tua sangat ke muka si ZOol ni??
3. Pak Long buat makan-makan sikit kat kampung. Sebenarnya malas nak pergi.. Memang ayat tak boleh blah akan terpacul.. Kali ni ‘Dengar Zool nak menikah tahun ni kan?’ . Terkulat-kulat senyum je mampu terjawab. Nak jawab bulan 12 je rasa ( tanpa tahun)..
4. Ayat yang hampir sama. Kat kedai makan, jumpa member lama. ‘ Zool, ko bila lagi’ ? Jawapan ‘Entahlah’.. Bila lagi apa ek?? Bila lagi nak sambung belajar silat ke ?? (yang bertanya tu merupakan antara orang kuat Silat Cekak Malaysia. Si Zool pun penah belajar sekerat jalan je..)
5. Ajak pergi makan-makan rumah . ‘ Encik Zool bawak le orang rumah’.. Eh perli nampak.. Bawak kucing dari rumah boleh??
6. Ayat biasa ‘ baik boss’.. Bila masa pula si Zool jadi boss ni?? Dia penolong pegawai cabuk je.. Tapi takpe, tu kira doa tu.. Mana tau, si Zool berjaya dengan projek-projek akan datang dan boleh jadi boss. Sapa tau..

Okay cukuplah entri simple untuk hari ini. Semoga terhibur.. Hahahah terhibur ke?