Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Jarang sekali tulis mengenai cinta.. Almaklumlah si Zool memang lemah dalam bab-bab percintaan ni. Walaubagaimanapun ‘dalam hati ada taman’ juga tu. Mungkin ada antara anda yang sedang dan pernah bercinta. Dalam situasi percintaan pastinya ada pelbagai ragam dan kata-kata. Kadangkala perkataan yang dituturkan oleh pasangan bercinta ni tidak logik diakal.Antaranya ialah :-
1. ‘ Tiada siapa yang dapat memisahkan cinta kita ‘ – Wah.. Cam tuk nujum plak diorang ni kan. Boleh tahu bahawa tiada halangan untuk terus bersama. Tapi kebiasaannya yang berlaku tak sampai 2-3 tahun kahwin , habis.. Jadi janganlah takbur sangat , sebab masa depan bukan kita nak tentukan. Mungkin kita mampu merancang tapi Tuhan jua yang menentukan..
2. ‘ Akan kubina mahligai indah untukmu ‘ – Ayat ni pun tak boleh blah gak.. Kalau diri tu jutawan cam Mark Zuckenberg takpe gak. Ini masih bersekolah lagi. Seluar dalam pun mak bapak belikan. Ada hati nak buat mahligai konon. Dah besar nanti, rumah kos rendah pun belum tentu mampu terbeli. Janganlah berkata sesuatu yang tak logik dik oit…
3. ‘ Kita akan bersama hingga ke syurga’ – Ni pun kelakar juga sebab yang menuturkan kata-kata tu sembahyang pun jarang-jarang. Dah tu time ber’couple’ tangan merayap sana sini.. Camne nak masuk syurga tu, tapi mungkin lah kot kalau sempat bertaubat tapi kalau mati masa tengah lari ditangkap khalwat camne plak ye?? Wallahualam.. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.
4. ‘ Keranamu lautan api sanggup ku renangi ‘ – Pergh cukup hebat penangan cinta. Sanggup berkorban nyawa pada cinta tu.. Tapi bila kena tahan polis/ penguatkuasa lain pula ceritanya.. Kononnya tak kenal dengan pasangan tersebut.. Baru kenallah, jumpa tepi jalan.. Macam-macam alasan diberi. Tu belum lagi pasangan kena musibah dengan penyakit.. Memang kena tinggalla gamaknya..
Okay cukuplah untuk entri kali ini.Kalau diperhatikan ayat tersebut memang manis sekali tapi kebiasannya hanya sekadar hiasan. Jarang sekali yang mampu melaksanakan.
Mungkin ada banyak lagi lain-lain ayat-ayat cinta yang agak kelakar. Kalau anda mempunyai idea, silalah kongsikan bersama..




those are for puppy love! =P
Reply
zool
Reply:
April 26th, 2010 at 21:26
ha hahaa… sometimes funny
Reply
Hurm. Kalo Ikhlas xpe..
Kalo x ikhlas, Buat menyampah…
Reply
zool
Reply:
April 26th, 2010 at 21:27
kalau ikhlas dia takkan berkata-kata ayat manis camtu….
biasa hanya berlandaskan nafsu je..
Reply
hahahaha kelakar, eh masa bercinta semuanya manis.
Reply
zool
Reply:
April 27th, 2010 at 10:10
realiti tu.. rajin singgah sini ek.. tq
Reply
tak kuasa nak dengar semua itu..hehe
Reply
zool
Reply:
April 27th, 2010 at 16:27
he hehe.. meluat ek
Reply
ko bila plak nak cakap ayat mcm tuh??? Hehehe
Reply
zool
Reply:
April 27th, 2010 at 16:27
hohohoho..
hanya Tuhan yang maha mengetahuinya
Reply
arini cakap i luv u forever sayang..esok, i hate u forever and ever..hoho
Reply
zool
Reply:
April 28th, 2010 at 14:14
biasalah.. dunia.. bahaya kalau berjanji gila2 tu
Reply
nice….haha…
menarik giler
Reply
zool
Reply:
April 28th, 2010 at 14:13
menarik tapi takkan sampai gile kot
Reply
bila polis datang.senang je si laki tu nak lari/nyorok.
perempuan gak kena tangkap.’Lautan api’ konon boleh blah lah…………
Reply
alau seseowng lelaki tu telah memilih kita sebagai teman istamewa dalam idup dye,,tiba2 dye lebih kan kawan perempuan dari awek dye??? alau layan biasa2 xper,, tpy nie cara layannye macam sepasang kekasih..eemm…
alau macam nie kita nak buat apa??
Reply
panggung khayalan
Reply:
March 27th, 2011 at 21:28
law cam 2 . . . tnya dialh . . .yg dia 2 ada apa ngan dia . . ???p tnya dngn sbaik2nya . . .
Reply
[...] datang telah bosan dengan entri-entri yang dihasilkan. Ye lah, si Zool bukan pandai sangat nak buat ayat-ayat manis. 2. Dalam beberapa entri sebelum ini ada ditunjukkan gambar baharu si Zool. Mungkin mereka nampak [...]