Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Agak lama tidak menulis mengenai hal-hal makanan yang terdapat di pasar malam. Bagi mereka yang sering mengunjungi pasar malam, ayam rangka pasti dijual .
Rangka ayam ini biasa diambil sebagai hasil sampingan kepada industri lain seperti sate, soto dan sebagainya yang menggunakan isi daging ayam tersebut sebagai ramuannya. Rangka ayam yang tinggal akan digunakan untuk dijual dengan menggunakan adunan tepung dan digoreng.
Bercerita tentang ayam rangka ni, nama sebenarnya bagi makanan ini berbeza-beza. Ada yang memanggilnya ‘ayam tulang’, ‘rangka ayam’ dan sebagainya tapi kaedahnya hampir serupa. Kalau diperhatikan tiada perbezaan ketara makanan ini 10 tahun yang lalu. Cuma yang berbeza dari segi harga. Jika dahulu harga sekitar RM1.50 tapi kini dah mencecah RM2.50 pula..
Walaupun hanya sekadar rangka ayam dan tepung namun ianya tetap menyelerakan. Cuba layan gambar di bawah.

Beginilah rupabentuk ayam rangka yang boleh dibeli di pasar malam

Ayam rangka yang telah berjaya diselesaikan dengan jayanya.. Yang tinggal hanya tulang temulang untuk diberikan kepada kucing-kucing di rumah..
Adakah anda pernah makan ayam rangka ini?? Bagi kaki pasar malam mesti pernahkan??
Okay cukup setakat ini. Cerita banyak pun tak guna.. Jom pergi pasar malam dan dapatkan ia di pasar berhampiran…
RSS Feed
Twitter



February 27th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


suke makan ayam rangka jugak.. tapi panggil dinosour..
Reply
zool
Reply:
February 27th, 2010 at 12:51
oooo.. area mana panggil dinosour tu?? Nak buat list la.. nama dia mesti berbeza antara satu tempat
Reply
syia
Reply:
February 27th, 2010 at 13:09
x pernah lak dengar nama dinosour ni?? salu dgr milo dinosour.. klau dlu mase dkt melake.. suke beli time bln pose..
Reply
zool
Reply:
February 27th, 2010 at 13:25
tu le ni first time dengo dinosour.. milo dinosour tu mende plak??
hohoho.. rasa cam nak beli kat Pasar Malam je jap lagi.. haha..
Reply
zool
Reply:
February 27th, 2010 at 15:02
belikan aku sekali la…
bukan selalu belanja..
Reply
walaupun harga dah berbeza berbanding dulu,pada aku lagi sedap layan ayam rangka ni dari makan ayam goreng berjenama luar tu……kucing sihat?:)
Reply
zool
Reply:
February 27th, 2010 at 17:11
yup sedap… layan sorang diri pun blh kan…
setakat ni kucing-kucing masih dlm keadaan sihat.. ni ada lagi sekor kucing pendatang.. huhuhuhuhuhu.
Reply
Biasa juga nampak kalau sesekali ke pasar malam tu tapi belum pernah pulak beli.
Baca entri ni, teringin pulak nak cuba.
Reply
zool
Reply:
February 27th, 2010 at 17:13
beli je la kak long ..
sesekali rasa.. takkan asyik layan KFC je kan..
Reply
saya pun suka rangka ayam..makan tulang2 best..jarang pergi pasar malam..tp kalau pergi pasti beli rangka ayam..
Reply
zool
Reply:
February 28th, 2010 at 16:15
oo memang best kan.
Reply
ayam rangka terbaik, besar murah.. cicah sos.. best oo.. dhla rangup..
krap krap bunyinya..
Reply
hahaha.. kalu bab meratah ney aq lah peminatnyer… perghhh rangup beb rangke2 ney…
Reply
Rangka ayam ni buat sup sedap juga. yang goreng2 ni selalu dulu makan tapi sekarang dah jarang. Dah mahal memcecah RM3 kat pasar malam padahal tepung je banyak.
Reply
wah…
ayam goreng
Reply