Assalamualaikum… Nampaknya hari ini agak sibuk di tempat kerja.. Almaklumlah selain sibuk dengan sistem yang sedikit bermasalah, nampaknya ada seminar yang perlu diselesaikan. Nampaknya hari Sabtu ni masih kena bekerja lagi.. Apa nak buatkan dah tanggungjawab.. Dan nampaknya setiap hari Khamis semua kakitangan Jabatan Kerajaan akan memakai batik.. HUhuhuhuhuhu.. Pokai gamaknya nak kena beli baju batik….
Mula-mula saya ingin mengucapkan selamat berblog kembali kepada ktom, almaklumlah beliau agak sibuk terutamanya mengenai kesihatan anak beliau.. Namun nampaknya masalah itu telah pun selesai.. Nampaknya topik blog beliau yang terbaru adalah mengenai bagaimana mengetahui samada sidia menyanyangi anda …
Sudah pastinya ramai yang berminat membaca berkenaan topik ini. Dan sebagai seorang yang cukup berpengalaman sudah pastinya apa yang dinyatakan adalah berdasarkan pengalaman beliau… Mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita semua..

Sambil-sambil mentopupkan prepaid member-member secara online saya juga menyemak akaun bank saya… Nampaknya sejumlah duit telah dikeluarkan untuk pembayaran duit ansuran rumah dan pembayaran untuk insurans.. Mudah sekali dengan menggunakan pemotongan automatik melalui bank… Tak perlu untuk bersesak-sesak untuk membayar ansuran rumah dan membayar bulanan insuran..
Mungkin ada di antara anda yang menggunakan kaedah ini untuk membayar ansuran bulanan.. Selain mudah ia juga membantu kita dari terlupa untuk membayar hutang-hutang sekaligus dapat melangsaikan hutang tersebut mengikut jadual ditetapkan. Saya juga bercadang untuk menggunakan kaedah ini untuk membayar pinjaman PTPTN memandangkan selalunya terlupa untuk membayar hutang tersebut..
Bagaimana pula dengan anda?? Adakah anda menggunakan kaedah auto debit ini untuk membayar ansuran bulanan anda?? Jika tidak bagaimana pula anda mendisiplinkan diri untuk membayar ansuran bulanan?? Apa kata dibincang dan difikirkan.. Mungkin buah fikiran anda mampu memberikan kesan yang baik untuk pembaca..
Tags: , bank









January 17th, 2008 at 2:39 pm
Salam zool, maaf lama tak singgah. Tak sempat ler.
Ktom pun memang buat bayaran melalui Maybank2u. Senang. Tak payah susah2 keluar, kena bayar parking lagi, minyak kereta lagi dan masa pun terbuang begitu saja jika tersekat dalam kesesakan jalanraya. Lagipun semua bil dapat dijelaskan sebelum tarikhnya terutama sekali jika pakai kad kredit. Jika terlambat bayar maknanya kena bayar lebih ler…
[Reply]
January 17th, 2008 at 3:43 pm
Bagi yang celik IT kehadiran sistem online banking ini amat menyenangkan tetapi bagi yang buta IT sistem ini seolah2 tidak wujud dan disebabkan itulah masih ramai yg sanggup bersesak untuk membuat pembayaran di mana2 kaunter
[Reply]
January 17th, 2008 at 3:52 pm
tul2.mudah dan cepat.tp make sure internet tgh smooth.kalau x mesti blur ape yg jd.
[Reply]