post

Malaysia bakal jadi tuan rumah Piala Dunia 2034?

Jangan terkejut pula. Ni tajuk propa je dari Jamal sebab nak kasi panas sikit Hari Raya ni.
Tapi tak mustahil kalau Malaysia mampu menjadi penganjur bagi kejohanan bola sepak Piala Dunia.
Ini dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA, Tengku Abdullah Sultan AHmad Shah kerana peluang terbuka jika terdapat kesepakatan antara tiga negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara(ASEAN) untuk membida bagi menganjurkan pusingan akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia 2034.
Ini berikutan kejayaan pasukan Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada yang berjaya memenangi bidaan sebagai tuan rumah bersama pada edisi 2026.

Memang hakikatnya sudah sampai masa negara rantau Asia Tenggara diberi peluang dan masih mempunyai masa yang cukup mempertingkatkan infrastruktur dan memperkuatkan pasukan kebangsaan masing-masing,” katanya.

Tengku Abdullah yang baru pulang dari menyertai Kongres FIFA di Moscow semalam yakin Malaysia juga mampu menjadi salah sebuah negara tuan rumah berdasarkan kelengkapan infrastruktur yang ada.

Mengenai peluang pasukan-pasukan pakatan negara Asia Tenggara memperoleh slot istimewa selaku tuan rumah tanpa mengharapkan kuota Asia, Tengku Abdullah berkata, perkara berkenaan akan dibincangkan selaras dengan cadangan pertambahan pasukan yang menyertai Piala Dunia kepada 48 pasukan pada 2026. – Bernama

Jamal rasa ini satu peluang untuk menyertai Piala Dunia dengan lebih mudah. Lagipun fasiliti di Malaysia memang dah mampu capai tahap Piala Dunia tu. Tengok je Stadium Bukit Jalil yang mampu mengisi lebih 100,000 penonton. Ditambah dengan beberapa lokasi stadium lain yang semakin mencapai tahap antarabangsa. Jadi dari segi fasiliti memang Malaysia mampu untuk menganjurkan kejohanan sebesar itu.

Tapi tak mustahil juga dalam tempoh 10 tahun lagi skuad bola sepak Malaysia mampu beraksi secara merit di Piala Dunia. Ini dengan perkembangan baik dari program NFDP yang mempunyai misi untuk layak ke Piala Dunia dalam tempoh tersebut.
Harap-harap tercapailah nak tengok skuad bola sepak Malaysia ke Piala Dunia.

Please follow and like us:
error0
post

Iskandar Zulkarnain akan dikenakan tindakan akibat merokok ketika saingan Piala Thomas

Patutlah nampak pancit je. Rupa-rupanya pemain badminton negara, Iskandar Zulkarnain Zainudin mempunyai tabiat merokok.
Isu ini diketengahkan selepas hotel rasmi lokasi ketika saingan Piala Thomas di Bangkok tempohari telah menghantar bil menuntut bayaran disebabkan kerosakan kecil di bilik angkara mereka merokok.
Iskandar dan Arif Latif (yang baharu sahaja dibuang dari BAM) dijangka akan dikenakan tindakan berat selepas isu ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa latihan dan kejurulatihan (C&T) BAM minggu lalu.

Pengerusi C&T, Datuk Ng Chin Chai memaklumkan bahawa keputusan isu merokok akan dilakukan selepas Hari Raya dan BAM amat tegas mengenai pendirian terhadap aktiviti merokok dan perjudian.
Antara hukuman yang bakal dikenakan adalah amaran, pengantungan atau dibuang daripada BAM. Arif yang telahpun keluar dari BAM mungkin juga akan dikenakan tindakan.
Iskandar pula sedang menjalani proses rehabilitasi dan akan menerima keputusan BAM.

Jamal menjangkakan hukuman yang berat dan tidak mustahil Iskandar boleh mengucapkan selamat tinggal kepada BAM. Apatah lagi dengan prestasinya yang tidak ke mana, mungkin isu ini akan memudahkan lagi pengurusan BAM untuk menolak pemain yang bermain sebagai perseorangan ketiga dalam kejohanan Piala Thomas lalu.
Dengan usia yang dah nak ke 30-an, Jamal rasa elok Iskandar beralih arah ke era professional. Mungkin kalau main professional boleh senang nak hisap rokok. Jangan marah ye.. Nasihat je dari Jamal supaya takde budak-budak muda terikut kalau nak berjaya sebagai atlet.


Kemaskini terkini : Iskandar Zulkarnain dikenakan denda elaun bulanan dipotong 50%.

Please follow and like us:
error0
post

Rufino Segovia hatrik pastikan Selangor tumbangkan Kelantan

Pasukan Selangor memastikan pasukan Kelantan terus dirundung malang. Selepas isu pengurusan menjadi topik perbualan, skuad Kelantan semakin rapuh dan pada perlawanan Jumaat malam skuad The Red Warrior dimalukan oleh Red Giant di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Dalam perlawanan tersebut Rufino Segovia berjaya menjaringkan hatrik pada minit ke 31, 36 dan 82. Pemain import Selangor dari Indonesia dijaringkan oleh Evan Dimas pada minit ke 38 bagi memastikan pasukan selangor memungut 3 mata penuh.
Tahniah kepada pasukan Selangor dengan kemenangan tersebut manakala pasukan Kelantan pula perlu mencari formula terbaik bagi memastikan kekal di Liga Super pada musim hadapan.

Please follow and like us:
error0
post

Melaka United kejutkan Kedah di gelanggang lawan

Pasukan Melaka United melakar kemenangan manis di Stadium Darul Aman pada perlawanan yang berlangsung pada hari Jumaat.
Walaupun beraksi di tempat lawan serta berada di kedudukan yang agak bawah namun pasukan Melaka United berjaya beraksi baik di bawah bimbingan jurulatih E Elavarasan.
Dengan kemasukan beberapa pemain baharu seperti Syahrul Azwari, S Venood barisan Melaka memulakan aksi dengan baik.
Gol pertama dihasilkan oleh Yahor Zubovich pada minit ke 42 selepas mendapat tolakan dari pemain import baharu Melaka dari Korea Selatan, Lee Changhoon.
Melaka berjaya menguasai perlawanan pada separuh masa pertama namun pasukan Kedah juga mencuba untuk menembusi gawang Melaka yang dikawal oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Pada separuh masa kedua, pasukan Kedah memasukkan pemain muda sensasi, Akhyar Rasid. Kemasukan pemain ini menambah sengat pasukan Kedah namun gol tidak kunjung tiba.
Jaringan oleh pemain import baharu Kedah, Paulo Rangel tidak disahkan selepas berada dalam kedudukan offside. Ketika Kedah cuba untuk mendapatkan gol penyamaan, pemain import baharu Lee Changhoon berjaya mendapat ruang terbuka hasil gerakan ‘counter attack’.
Berhadapan dengan penjaga gol, Lee Changhoon berjaya menjaringkan gol pada minit 90 walaupun cuba dihalang pemain pertahanan Kedah, Syawal. Perlawanan berakhir dengan kemenangan bagi pasukan Melaka United dengan keputusan 2-0.
Kemenangan pertama pasukan Melaka United selepas kali terakhir menang pada bulan Mac 2018 menentang PKNP dan merupakan kemenangan pertama di gelanggang lawan. Memang Jamal tabiklah dengan E Elavarasan kali ini. Nanti kalau ada pemain cedera boleh panggil Jamal main ye.

Cayalah lee Chang Hoon.. Kejutan terbaru dari Melaka United

Please follow and like us:
error0
post

Sports Arena beri potongan sempena GST sifar

Satu berita baik buat para pengemar sukan yang sering mengunjungi pusat sukan Sports Arena apabila syarikat yang menawarkan fasiliti sukan memberiken potongan harga.
Potongan harga sehingga 30 peratus itu diberikan mulai esok bagi meraikan pengumuman kerajaan yang menetapkan GST sifar bermula 1 Jun 2018.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jack Koh berkata kekerapan pelanggan yang sering meluangkan masa beriadah di pusat sukan itu semakin berkurangan berikutan kenaikan kadar sewaan gelanggang setelah GST diperkenalkan sejak April 2015.

“Sebagai menghargai pelanggan, kami berbincang dan bersetuju mengumumkan kadar baharu penyewaan kemudahan sukan dengan potongan harga sehingga 30 peratus bermula 1 Jun ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sports Arena merupakan antara pusat sukan serba moden, terkini dan selesa yang bukan sahaja menyediakan kemudahan sukan, malah turut menawarkan aktiviti berkaitan kesihatan dan pendidikan.

Beliau berkata langkah menawarkan kadar baharu lebih rendah itu juga adalah salah satu kempen untuk menggalakkan masyarakat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.
Untuk keterangan lanjut sila ke laman web Sports Arena

– BERNAMA

Harap-harap kompleks sukan swasta yang lain juga menawarkan potongan yang sama. Jamal pun tengah kumpul duit nak buka gelanggang futsal ni. Korang sambil derma kat Tabung Harapan tu boleh juga derma kat tabung Jamal nanti ye…

Please follow and like us:
error0
post

Format kiraan 11 mata bakal dilaksanakan

Siapa yang follow Purple League mesti dah terbiasa dengan format sistem kiraan 11 mata dalam badminton. Jamal pun kadang-kadang kalau main dengan kawan-kawan sePAKATan ada juga guna format ni.
Macam biasa, Jamal mesti menang punya. Berbalik kepada isu mengenai kiraan 11 mata yang akan dilaksanakan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas mesyuarat agung BWF yang akan berlangsung esok.
Format seperti yang Jamal bagitau tadi, kiraan 11 mata menerusi lima set terbaik akan digunakan. Sistem ini bakal mengantikan kiraan sedia ada 21 mata menerusi tiga set terbaik yang mula diperkenalkan pada tahun 2006.

Seandainya mesyuarat agung BWF bersetuju dengan sistem ini, perubahan dijangka berkuatkuasa pada hujung tahun ini bagi kitaran mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Jamal rasa ada pro dan kontranya menggunakan kaedah 11 mata ni. Antaranya ialah :-

1) Permainan akan lebih laju dan cepat. Berbanding guna 21 mata, menggunakan 11 mata mempercepatkan sesuatu perlawanan.Pemain akan lebih pantas untuk mendapatkan mata kerana ia lebih rapat.
2) Perlawanan akan lebih rapat dan peluang bangkit itu masih ada. Kalau bermain dengan sistem 21, mungkin ketinggalan 5 mata adalah satu yang sukar untuk dikejar tapi dalam 11 mata untuk melebihi dari 5 mata adalah satu cabaran.
3) Mempercepatkan perlawanan akan memberi ruang kepada penaja. Berhenti seketika walaupun 1 minit dapat membantu mempromosikan syarikat korporat secara tidak langsung. Ramai lah penaja nak mendekati sukan badminton ni. ( Ligakampung pun ada niat tapi duit je takde).

4) Bulu tangkis dapat dijimatkan sebab permainan tak lama sangat . Jadi kurang rosak bulu tangkis tu. Kalau tak, kejap-kejap nak ganti. Satu game je mau dekat 3 tabung bulu tangksi digunakan nanti.
5) Dari segi kontra pula, pemain yang lambat panas mungkin sukar untuk menyesuaikan diri.
6) Pemain akan bermain terlalu gopoh dan kurang bermain rally. Ini mengurangkan juga skil-skil individu menarik dapat ditampilkan oleh pemain

Walaubagaimanapun, Jamal menyokong tindakan BWF ni untuk menggunakan kaedah 11 mata. Korang kalau rasa tak puas hati, jom celen Jamal kat gelanggang.

Please follow and like us:
error0
post

Apa Yang Perlu di Lakukan Oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu

Salam semua. Jamal kembali bersiaran selepas lama menyepi diri. sibuk terlibat dengan kempen PRU 14 sampai boss suruh update blog ni pun tak terbuat.
Kali ini, Jamal nak tulis pasal Kementerian Belia dan Sukan yang akan menerima Menteri yang baru. Jamal belum tau lagi siapa bakal menggantikan Khairy Jamaluddin tapi mestilah seorang yang muda belia dan fit setanding dengan KJ.
Jamal rasa nak beri pendapat apa yang perlu dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan baharu bagi program=program sukan. Di sini Jamal listkan beberapa cadangan :-

1) Meneruskan program baik yang telah diatur oleh Kementerian sebelum ini. Antaranya seperti Program Jelajah FitMalaysia, Program Hari Sukan Negara, Program Podium dan sebagainya. Cuma perlu ditambahbaik dari segi pelaksanaan sahaja.


Yang tu Menteri baharu kena buat ‘study’ dulu. Kalau boleh bincang juga dengan Menteri yang lama. Mungkin boleh bekerjasama dengan beliau bagi memantapkan sukan Malaysia ni.

2) Persediaan menghadapi temasya Sukan Asia yang bakal berlangsung pada 18 Ogos – 2 September 2018 di Jakarta dan Palembang. Mungkin ada KPI yang boleh disusun dengan lebih cemerlang bagi memastikan persembahan atlet Malaysia bukan sekadar hanya bercuti beli kain batik je.


3) Menyatupadukan kaum dalam sukan. Sekarang ni kalau ikutkan sukan banyak dimonopoli oleh kaum=kaum tertentu. Contoh ketara adalah sukan no 1 dunia iaitu bola sepak.
Sukar untuk kita lihat pemain berbangsa Cina dalam liga bola sepak tempatan apatah lagi skuad kebangsaan. Memang sukar. Dalam 5 tahun kebelakangan ini nama Yong Kuong Yong. sahaja yang pernah mewakili Malaysia bagi kaum China.

Yong Kuong Yong, antara atlet kaum Cina yang beraksi di Liga Malaysia

Itu belum lagi tengok kaum Sikh yang tiada wakilnya. Malahan nak cari pemain asal dari Sarawak dan Sabah pun sukar. Adakah mereka memang sudah tak berminat dengan sukan bola sepak? Amat mustahil.
Bukan sahaja bola sepak, sukan-sukan yang didominasi oleh sesetengah kaum juga perlu dilakukan transformasi terutama sukan yang mempunyai potensi di arena antarabangsa seperti hoki, badminton, bola keranjang dan sebagainya.

4) Sukan di peringkat sekolah perlu diperkasakan. Tidak semesti sekolah sukan je yang mementingkan sukan sebaliknya perlu juga pada sekolah biasa. Kes matapelajaran Pendidikan Jasmani ditukar kepada matapelajaran kelas merupakan isu yang melambatkan usaha untuk menjadikan sukan sebagai keperluan di sekolah.
Teringat masa Jamal sekolah dulu, cikgu yang ditugaskan mengajar PJ asyik batalkan aktiviti luar dengan alasan pelbagai. Asik kena buat Matematik je bila ada PJ. Nasib baik Jamal ada bakat dalam sukan jadi bolehlah bersukan lepas sekolah. Yang nerd tu memang asik mengadap buku je la sampai pakai speks yang tebal bila masuk Universiti.

5) Kemaskan Persatuan Sukan di seluruh Malaysia. Banyak Persatuan Sukan di Malaysia ni hidup segan je.. Bila ada acara baru nak setup Jawatankuasa. Habis je event 2 tahun lepas tu baru ada mesyuarat. Tak tau le kalau tak cukup peruntukan tapi boleh la Menteri turun padang tengok benda ni.

6) Peruntukan kena lebih telus. Kalau boleh janganlah Persatuan popular je dapat duit banyak tapi prestasi di takuk lama je. Sukan hoki misalnya tak dapat peruntukan yang sepatutnya walaupun prestasi mereka cukup baik di peringkat antarabangsa. Tak ramai pemain hoki sanggup jadi professional sebab tak yakin dengan pendapatan mereka.

7) Kebajikan atlet perlu dijaga terutama yang telah bersara serta yang mengalami musibah. Mungkin atlet-atlet ini perlu ada perlindungan macam KWSP, SOCSO. Jamal dengar ada cadangan nak mewujudkan skim ni tapi tak tau le samada berjalan atau tidak. Sekarang ni kebanyakan skim yang ada ketika atlet beraksi yang diperkenalkan oleh Majlis Sukan Negara . Kalau ada Skim Persaraan mungkin atlet akan lebih yakin dengan masa depan. Yelah, bukan semua atlet boleh jadi jutawan macam Lee Chong Wei, Nicol David. Atlet yang biasa-biasa pun perlu juga meneruskan kehidupan selepas menghabiskan usia remaja dalam acara sukan ni. Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan perlu mendapat perhatian Menteri baharu lepas ni.

Jamal rasa cukuplah 7 perkara yang boleh dicadangkan. Kalau ada masa lagi Jamal cuba kongsikan lagi ye.. ADIOS..

Please follow and like us:
error0
post

Maklumat Ringkas Sukan Komanwel 2018

Sukan Komanwel merupakan antara temasya sukan terbesar dunia. Ia melibatkan pelbagai acara sukan dan kebanyakannya sukan yang bertanding terlibat dalam temasya sukan terbesar, Sukan Olimpik. Seperti juga temasya sukan besar yang lain, Sukan Komanwel berlangsung empat tahun sekali.
Sukan ini melibatkan negara-negara yang telah termasuk dalam negara yang pernah dijajah atau ditadbir oleh British termasuklah Malaysia. Sukan Komanwel telah bermula pada tahun 1930 di Kanada yang dinamakan British Empire Games. Sehingga 2018, sebanyak 21 temasya telah berlangsung dimana Malaysia telah menjadi tuan rumah pada tahun 1998 selaku penganjur yang ke enambelas.
Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel itu selama 12 hari iaitu pada bermula dari 11 September 1998 sehingga 21 September 1998. Sebanyak 15 acara sukan dipertandingkan pada ketika itu yang melibatkan 213 pertandingan dimana Australia menjuarai temasya tersebut.

Pada tahun 2018, Sukan Komanwel diadakan di Australia dan temasya ini dijenamakan dengan nama Gold Coast 2018 sempena bandar tuan rumah penganjur. Kejohanan ini bermula dari 4 hingga 15 April 2018. Ini merupakan kali kelima Australia mendapat hak penganjuran sebagai tuan rumah temasya sukan ini.
Sebanyak 71 negara mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Sebanyak 26 acara sukan telah disahkan untuk dipertandingkan termasuk :-

Pasukan yang terlibat (bilangan acara disertai)
Anguilla (12)
Antigua and Barbuda (18)
Australia (474) (host)
Bahamas (31)
Bangladesh (26)
Barbados (45)
Belize (12)
Bermuda (8)
Botswana (27)
British Virgin Islands (10)
Brunei (8)
Cameroon (41)
Canada (282)
Cayman Islands (22)
Cook Islands (18)
Cyprus (47)
Dominica (13)
England (396)
Falkland Islands (15)
Fiji (97)
The Gambia (6)
Ghana (71)
Gibraltar (22)
Grenada (15)
Guernsey (31)
Guyana (23)
India (218)
Isle of Man (32)
Jamaica (115)
Jersey (33)
Kenya (138)
Kiribati (16)
Lesotho (20)
Malawi (20)
Malaysia (178)
Malta (25)
Mauritius (54)
Montserrat (7)
Mozambique (28)
Namibia (28)
Nauru (16)
New Zealand (253)
Nigeria (90)
Niue (19)
Norfolk Island (18)
Northern Ireland (90)
Pakistan (56)
Papua New Guinea (56)
Rwanda (17)
Saint Helena (9)
Saint Kitts and Nevis (10)
Saint Lucia (13)
Saint Vincent and the Grenadines (20)
Samoa (38)
Scotland (224)
Seychelles (25)
Sierra Leone (25)
Singapore (60)
Solomon Islands (14)
South Africa (196)
Sri Lanka (80)
Swaziland (10)
Tanzania (19)
Tonga (13)
Trinidad and Tobago (51)
Turks and Caicos Islands (9)
Tuvalu (7)
Uganda (70)
Vanuatu (18)
Wales (214)
Zambia (38)

Kategori Sukan Yang Dipertandingkan (Jumlah Acara Dipertandingkan)

Akuatik
– Terjun (10)
– Renang (50)
Olahraga (58)
Badminton (6)
Bola Keranjang (2)
Bola Tampar Pantai (2)
Tinju (16)
Berbasikal
– Basikal Bukit (2)
– Basikal Jalanraya (4)
– Basikal Trek (20)
Gimnastik
– Artistik (14)
– Berirama (6)
Hoki (2)
Lawn Bowl (10)
Bola Jaring (1)
Ragbi 7 Sebelah (2)
Menembak 919)
Skuasy (5)
Ping Pong (9)
Triathlon (5)
Angkat Berat (16)
– Powerlifting (4)
Gusti (12)

| 9 Fakta Menarik Kontinjen Malaysia di Sukan Komanwel |

Moto bagi Sukan Komanwel 2018 adalah ‘Share the Dream ‘ (Kongsi Impian). Ia dipilih untuk mengetengahkan impian dan pengalaman masing-masing yang dikongsikan melalui perlawanan.
Maskot yang dipilih adalah sejenis koala biru yang dinamakan Borobi.


Website Rasmi bagi Sukan Komanwel 2018 adalah di https://thecgf.com/
Facebook Rasmi Sukan Komanwel 2018
Youtube Rasmi Sukan Komanwel

Bagi pasukan Malaysia, dijangkakan pasukan badminton, skuasy serta terjun menjadi acara yang mampu membawa pulang pingat. Sasaran yang ditetapkan melalui kenyataan media Menteri Belia dan Sukan adalah melepasi pencapaian 4 tahun lalu iaitu enam pingat emas. Semoga skuad negara mampu mencapainya.

Sumber :-Wikipedia

Please follow and like us:
error0