post

Belajar Lipat Gulung dalam Sepak Takraw

Hari ni Jamal nak kongsi sikit pasal libasan gulung. Teknik libasan gulung ni memang Jamal cukup suka gunakan bila main jadi killer. Bukan nak cakap besar tapi memang Jamal lagi suka main lipat gulung dari guna lipat Pari tu.
Lagi feel bila landing lepas buat gulung. Tapi silap landing boleh patang tulang rusuk. Jangan main-main kalau takde skill dan keberanian yang tinggi. Sebelum Jamal kongsi teknik, kita tengok dulu sejarah sikit tentang lipat gulung ni.
Menurut pembacaan Jamal, teknik ni mula dipopularkan oleh Allahyarham Mohd. Nor Othman yang dikenali sebagai ‘Non Pekang’ pada awal tahun 1960-an dulu.

Kemahiran melakukan aksi gulung ini juga memerlukan lompatan yang tinggi sebab korang perlu melayangkan badan di udara sambil melibaskan kaki. Korang kena betul-betul aim bola takraw tu betul-betul sebab tujahan tepat kat kaki memang boleh menghasilkan rejaman yang laju.
Cuma kalau nasib tak baik bola tu menjunam kena net je. Dari saintifiknya, ukuran yang sesuai adalah 1.6m dari paras gelanggang. Gulungan yang baik dibuat dari arah belakang ke hadapan namun pemain perlu mempunyai tangan yang kuat. Untuk lagi baik, korang perlu meluruskan badan supaya tujahan itu lebih tepat dan dapat menyokong badan ketika mendarat.

Kalau korang baru nak belajar elok buat gulungan sisi dahulu dan lakukan latihan. Letak bola takraw tu dan ikat dimana-mana pokok dan korang boleh cuba praktiskannya.
Macam Jamal praktis kat pokok mangga belakang rumah. Buat sehari dalam 100 kali. Selain itu, Jamal juga buat skipping sehari 100 kali untuk menguatkan bahagian kaki sebab ia penting untuk kaki gulung ni.

Lakukan secara berperingkat dan jangan terjah je. Jamal masa mula-mula dulu pernah buat gila-gila sampai kaki cramp dan pernah masuk hospital. Berehat dekat 6 bulan dari main takraw.
Yang penting korang praktis sampai jadi dan terbiasa. Bila dah pandai, secara automatik korang dah boleh merasai bola tersebut berada dimana. Ketika itulah gulungan korang akan terhasil dan menghasilkan tolakan yang cukup laju.
Sekiranya rejaman tepat, bola tersebut pasti akan memberikan mata berharga kepada anda.

Gian pula Jamal nak main takraw hari ni. Selamat mencuba semua.

Ni Video Antara Pelipat Gulung Terbaik yang Jamal minat

Zabidi Sharif

Thaweesak Thongsai

Pornchai Kaokaew

Please follow and like us:
error0
post

Safawi Rasid hero kemenangan skuad Malaysia ke atas Korea Selatan

Lupakanlah K-Pop atau drama Korea yang korang minat tu tapi ingatlah Safawi Rasid selaku hero Malaysia. Pemain JDT kelahiran Terengganu ini telah memberikan kegembiraan kepada peminat bola sepak Malaysia termasuklah Jamal.
Malam ini selepas berpuluh tahun, akhirnya Malaysia berjaya menewaskan pasukan Korea Selatan di gelanggang bola sepak. Dalam aksi sebentar tadi, Korea Selatan yang juga juara bertahan seakan memperlekehkan Malaysia sebab tak menyenaraikan pemain bintang SOn Hyung Min.
Ditambah pula memberikan peluang kepada penjaga gol gantian ketika menentang pasukan bimbingan Ong Kim Swee ni. Safawi Rasid menjadi pemusnah berganda untuk pasukan Korea Selatan selepas berjaya menghasilkan dua gol. Gol pertama mungkin merupakan hadiah dari penjaga gol yang menangkap bola dengan agak lucu.
Walaupun Safawi dah kena kepung dengan pertahanan dan bola dah sampai ke penjaga gol tapi entah apa mimpinya, gol terlepas dari dakapan. Safawi tidak melepaskan peluang terhidang untuk menjadikan gol pada minit ke 5.
Ketika perlawanan separuh masa pertama sampai ke penghujung satu percubaan Safawi Rasid melalui outside foot berjaya menewaskan penjaga gol selepas beliau berjaya melepaskan diri dari seorang pertahanan lawan.

Bintang Korea Selatan yang mewakili SPurs hilang punca menghadapi barisan benteng Malaysia

Separuh masa kedua seperti yang diduga, barisan pemain Malaysia bermain secara bertahan. Jamal setuju dengan pendekatan ni sebab bukan mudah kalau nak main ‘pressing’ lawan pasukan Korea Selatan. Walaupun barisan pemain bawah 23 tahun tapi ramai juga pemain mereka yang mempunyai pengalaman bermain di Liga ternama.
Ditambah pula pada separuh masa kedua bintang Spurs, Son Hyung Min dah dimasukkan maka pemain kena lebih fokus. Terdapat beberapa percubaan barisan pemain Korea Selatan tapi mereka hanya mendapat satu gol pada minit ke 87 melalui Hwang Ui Jo.
Kemenangan ini menyaksikan barisan pemain Malaysia berjaya mengumpul 6 mata dan hampir pasti akan melangkah ke peringkat 16 pasukan. Harap-harap mampu lepas jauh.
Jamal memang respek habis dengan semua pemain yang berjuang berhabis-habisan sampai nampak ada beberapa pemain yang ‘cramp’ dalam bertahan ni. Walaupun main ‘parking bus’ tapi Jamal tetap suka. Hampir nak luruh jantung tunggu sampai minit terakhir tu. Korang camne pula?

Please follow and like us:
error0
post

Kim Swee telah menjangka pergaduhan

Pergh!! Macam Nujum Pak Belalang pula Pak Ong Kim Swee ni bila telah menjangkakan pergaduhan ketika friendly antara pemain Bawah 23 negara dengan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berlangsung di Stadium Shah Alam, malam Jumaat lepas.
Kenyataan Ong Kim Swee ini dipetik ketika sidang media selepas perlawanan tersebut. Ong Kim Swee selaku ketua jurulatih B-23 telah menjangkakan keadaan itu berlaku kerana kebiasaannya pasukan dari Timur Tengah sering melakukan provokasi terhadap lawan selepas ketinggalan.
Apa lagi ranking Malaysia lagi rendah dari team diorang lagilah hangin bila kena tinggal.

Jamal sempat tengok game di separuh masa kedua tapi memang tak dinafikan banyak aksi kasar yang berlaku antara kedua-dua pasukan. Jamal ada nampak satu situasi dimana Safawi Rasid memang macam nak cari pasal je dengan pemain UAE. Tapi pemain UAE lagi ganas sampai reff pun di tolaknya.

Mamat UAE, Mohamed Khalfan Al Harasi telahpun digugurkan dari aksi di Sukan Asia akibat perbuatan kasarnya

Game memang menarik terutama gol dari anak Pak Rasid (lain bapa) iaitu Safawi Rasid dan Akhyar Rasid. Jamal cukup salute dengan Akhyar yang memang lincah dan sering mengucar kacirkan pertahanan lawan. OO sambung balik pasal pergaduhan tu, Jamal rasa reff perlawanan memang lembik.
Patutnya dah bagi kad merah pada pemain UAE yang menolak dia. Sebab ikut undang-undang FIFA memang tak boleh sentuh. Siapa ingat dulu penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias pernah dapat kad merah tolak reff..
Tapi nak buat camne, mungkin reff ingat ni game biasa-biasa je. Diharap lain kali reff kenalah bertegas sikit sebab barulah pemain ada takut sikit.

Jamal tengok game akhir tu memang nampak cam Royal Rumble WWE je. Rasa macam nak join je. Jamal harap pemain kita jangan cepat berpuas hati dengan keputusan ini sebab lepas ni nak lawan team K-Pop kat Sukan Asia. Kena buktikan team Harimau Malaya lagi gempak dari diorang tau. Jangan ada pula yang sengal-sengal badan sebab baru berentap dengan pemain UAE semalam ni. Risau plak Jamal .

Korang yang tak sempat tengok game tu boleh tengok video pemain Malaysia berentap dengan pemain UAE. Gempak kan?

Please follow and like us:
error0
post

Ratu Tisha Destria beri jaminan pemain bola sepak Malaysia diberi keselamatan maksimum

Mesti ramai yang tertanya siapa pula Ratu Tisha Destria ni? Jangan kata korang, Jamal pun kagen dengan nama cewek ini. Rupa-rupanya Ratu Tisha Destria ini merupakan Setiausaha Agung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI). (Baca profil Ratu Tisha Destria di viva.co.id)
Kiranya kalau di Malaysia ini tarafnya seperti Setiausaha Agung FAM yang baharu Stuart Ramalingam.
Berbalik kepada kenyataan dari Setiausaha Agung PSSI yang baru berusia 33 tahun ini memberikan jaminan bahawa kawalan ketat akan dilakukan bukan sahaja untuk skuad Harimau Malaya tetapi untuk semua skuad yang bertanding dalam Sukan Asia yang berlangsung di Jakarta-Palembang pada Ogos ini.

Ratu juga memaklumkan sukar untuk PSSI mengawal emosi penyokong yang dahagakan kejayaan dalam arena bola sepak apatah lagi beberapa tahun yang lalu sukan bola sepak pernah digantung sehingga menyebabkan terlepas menyertai beberapa kejohanan utama.
Kebimbangan dengan keselamatan skuad negara timbul kembali susualan keganasan penyokong Indonesia ketika aksi skuad bawah 19 tahun negara dalam kejohanan separuh akhir AFF B-19 di Surabaya pada 12 Julai lalu.

Jamal selaku penyokong skuad Harimau Malaya mengharapkan Ratu serta barisan kepimpinan PSSI mengambil perhatian serius tentang isu ini. Walaupun peluang skuad negara untuk layak jauh agak sukar tapi tidak mustahil kejutan boleh dilakar.
Mungkin isu ketidakcukupan pemain ada hikmah disebaliknya. Semoga Harimau Malaya mampu melakukan sesuatu yang mustahil di Sukan Asia. Jadikan kemampuan pasukan Croatia melangkah ke akhir Piala Dunia 2018 sebagai inspirasi.

Bila agaknya FAM nak ada wakil wanita ye? Ataupun boleh ke agaknya Jamal atau boss Ligakampung pegang jawatan kat FAM ?

Please follow and like us:
error0
post

Sah ! Negeri Sembilan terjun ke Liga Premier musim depan

Nampaknya pasukan Negeri Sembilan hanya mampu bertahan selama semusim di Liga Super selepas gagal mendapatkan mata ketika perlawanan pada malam Ahad tempoh hari.
Skuad yang dibimbing jurulatih import dari Portugal Mario Licinio Guerreiro Lemos itu disingkirkan dari Liga Utama bola sepak Malaysia, Liga Super selepas hanya mampu mengutip 15 mata selepas beraksi 21 perlawanan.

Kegagalan ini menyaksikan pasukan Hoben Jang Hoben ini akan beraksi lagi di Liga Premier musim depan selepas sebelum ini mendapat peluang beraksi di Liga Super selepas pasukan Felda United terpaksa beraksi di Liga Premier akibat masalah teknikal.
Agak menyedihkan bagi penyokong pasukan Negeri Sembilan pada musim ini. Tapi takpe, tahun depan boleh cuba lagi. Jamal pasti kalau Negeri Sembilan ada pemain-pemain terbaik dengan kadar kewangan yang mencukupi boleh kembali ke Liga Super pada tahun depan.
Tapi buat masa ni, harap Presiden baru kena betul-betul pastikan semua tu dapat diperolehi. Zaman Tok Mat Hasan dulu pun pernah naik tapi lepas tu jatuh. Ni sekarang siapa Pengerusi PBNS ye? Menteri Besar yang baharu ni nampak kurang berminat kot..

Teringat lagi Jamal masa zaman-zaman pasukan Negeri Sembilan jaguh kat Liga Malaysia. Zaman Shukor Adan, Aidil, Zaquan dengan Hairudin Omar. Gempak kuat time tu..

Please follow and like us:
error0
post

Yazid Kamaruzuan kembali beraksi di Australia

Korang minat main Futsall? Kalau korang selalu main dalam kejohanan tempatan mungkin korang pernah terserempak dengan pemain yang berwajah macam ‘mat saleh’ ni. Walaupun paras rupanya saling tak tumpah macam pelakon Hollywood tapi sebenarnya dia merupakan anak tempatan dan boleh bercakap Melayu.

Pemain futsal berdarah kacukan itu adalah Yazid Kamaruzuan bakal mendapat peluang beraksi di kelab futsal di Australia. Kelab Vic Vipers FC menjadi lokasi persinggahan pemain yang pernah menyarung jersi pasukan futsal kebangsaan ini.
Yazid yang baru berusia 26 tahun ini beraksi bersama pasukan Kuantan Rangers dan pernah membantu Melaka United menjuarai liga pada musim lalu.

Beliau juga bakal mencipta sejarah untuk beraksi dalam kejohanan kelab AFC 2018 yang akan berlangsung di Indonesia pada awal Ogos depan bersama kelab barunya itu.
Ini juga akan menobatkan beliau selaku pemain Malaysia pertama yang akan beraksi dalam kejohanan berprestij itu.
Sebelum berlepas ke Australia beliau sempat beraksi 2 perlawanan bersama pasukan Kuantan Rangers untuk memungut 4 mata.
Semoga berjaya Yazid. Jamal pernah main futsal lawan team diorang ni dulu. Memang power dia ni. Tapi sepower-power Yazid ni, Jamal lebih tabik spring dengan idola Jamal iaitu Abang Jamal Bertam Ulu (Melaka United). Memang class… Nama pun dah serupa.

Please follow and like us:
error0
post

Syed Saddiq Menteri Belia dan Sukan Yang Baharu

Hari ni Jamal pula nak tulis lepas berehat panjang makan kuih raya ni. Perut pun dah mula ke depan dan kenalah kembali aktifkan diri.
Korang semua dah tau kan siapa yang telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu bagi menggantikan YB Khairy Jamaluddin yang partinya kalah di pilihanraya.
Jamal terkejut juga dengan pelantikan Syed Saddiq ni walaupun dah banyak baca rumor kat internet. Masih tak yakin dengan keupayaan YB Muar ni. Tapi dah dipilih maka terimalah seadanya.
Bukan apa, kalau tengokkan profil pun belum nampak ketokohan dalam bidang sukan ni. Kita tengok camne kemampuan Menteri Belia dan Sukan yang paling muda dalam sejarah iaitu baru berumur 26 tahun.
Jamal harapkan perubahan boleh dilakukan oleh Menteri baharu ni. Bukan portfolio yang mudah apatah lagi Sukan merupakan antara yang mendapat kontroversi di media akhbar. Sebab tu Sukan biasanya berada di muka belakang akhbar sebab ramai yang membaca tu.

Tak berapa lama lagi Sukan Asia, jadi YB Syed Saddiq kena cepat-cepat bekerja. Persiapan ke Sukan Asia perlu diperkemaskan. Elakkan isu-isu displin samada atlet mahupun pegawai kerana mereka ni membawa nama negara di peringkat Asia.
Isu yang tak elok didengari boleh mencacatkan persaingan Malaysia dalam sukan terbesar Asia itu. Selain itu, visi untuk mencapai emas Pertama dalam Sukan Olimpik juga perlu diperhalusi. YB perlu mendapatkan input serta memberikan idea-idea bernas serta membuat keputusan yang tepat.
Sukan berpotensi untuk dimajukan boleh dititikberatkan bagi menjadikan Malaysia negara Bersukan.

Jamal rasa cukuplah sedikit celoteh ni. Jamal mendoakan semoga YB Syed Saddiq menjalankan tugas dengan lebih baik. Kurang-kurangkan mencari publisiti sebaliknya bekerja untuk memajukan Sukan Negara.

Please follow and like us:
error0
post

Connie keluarkan duit sendiri untuk berlatih

Sanggup tak korang keluarkan duit sendiri semata-mata untuk berlatih ? Bukan RM100 atau RM1,000 tapi RM10,000 terpaksa dikeluarkan oleh atlet lempar cakera wanita negara Choo Kang Ni.
Jamal memang respek lah kat Choo Kang Ni atau lebih dikenali dengan Connie ni. Bukan sikit perbelanjaan yang dikeluarkan semata-mata mahu berlatih dan bertanding di Eropah dalam tempoh sebulan.

Atlet berasal dari Muar ini merupakan pemegang rekod kebangsaan iaitu dengan catatan 47.91 meter ingin meningkatkan lagi prestasi bagi melepasi catatan 50 meter. Kesanggupan atlet berusia 24 tahun ini bagi merasai sendiri bertarung dengan jaguh-jaguh yang lebih handal.
Beliau yang juga merupakan pemenang pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu kini berlatih di Nitra, Slovakia bersama jurulatihnya, Frantisek Petrovic dan jaguh lempar cakera lelaki, Muhammad Irfan Shamsuddin. Connie akan beraksi pada kejohanan pertama di Belgium, Sabtu ini sebelum menyertai dua lagi kejohanan sebelum pulang ke tanah air pada 23 Julai depan.
Sumber :- KOsmo

Jamal rasa pengorbanan yang tidak dilakukan oleh Connie ini berbaloi.Betapa kuatnya semangat beliau dalam berkorban untuk maju ke hadapan bagi memastikan prestasi dapat dipertingkatkan. Kalau Jamal lah, belum tentu sanggup nak keluarkan duit sendiri.

Please follow and like us:
error0