post

Cerita Sukan : Berat 331 pound tapi power main badminton

Jamal ditugaskan oleh boss untuk buat artikel yang orang teringin nak baca. Jamal terjumpa artikel mengenai lelaki gemuk yang handal main badminton di Indonesia ni.
Hanri Yustanto dengan berat 331 pound atau 150 kilogram berjaya membuktikan beliau mampu bersukan. Yustanto yang dilahirkan dan dibesarkan di Samarinda, Indonesia memulakan aktiviti badminton seawal usia 5 tahun dan memulakan latihan di kelab ketika usia sembilan tahun.
Walaupun dengan berat 150 kg namun skill Yusanto dalam badminton memang hebat sehingga beliau pernah menyertai kelab profesional Pusdiklat Sumber Mas Samarinda dari tahun 2000 hingga 2007.
Jamal memang kagum dengan Hanri Yustanto ni. Dari segi skill memang terbaik. Cuma mungkin dari segi pergerakan agak terbantas.Cuba korang tengok video ni

Terbaik dia nganjing pihak lawan tu. Skill pergelangan tangan dia memang superb. Memang nampak dia ayam-ayamkan pihak lawan tu. Rasa pihak lawan mesti ingat boleh makan je dia ni, sekali diaorang yang kena.

 

Kalau tak silap Jamal banyak juga pemain badminton professional yang agak gempal badannya. OOo.. sebelum kena kecam, Jamal maksudkan GEMPAL ye bukan GEMUK.

Macam Akane Yamaguchi, pemain badminton Jepun yang fizikal sedikit gempal dan rendah tapi bila beraksi di gelanggang memang kita yang tengok pun penat. Jamal walaupun minat dengan Tai Tzu Ying tapi bila tengok game Akane ni memang salute habis. Bola hantar kat mana mesti dia boleh ambil punya. Rasanya kalau Jamal nak bertarung dengan Akane pun belum tentu menang ni..

Kalau dalam Malaysia ni, bekas beregu wanita negara, Chin Eei Hui juga boleh dijadikan contoh. Walaupun berbadan gempal namun pernah dinobatkan sebagai beregu no 1 dunia satu ketika dulu dan pernah mengondol pelbagai kejuaraan bersama pasangannya Wong Pei Ty. Sekarang ni dah jadi jurulatih pasukan badminton negara.

Ia membuktikan fizikal bukanlah halangan untuk bermain badminton. Main badminton ni kena banyak berlari dan perlukan pergerak hampir setiap anggota badan.

Tetapi, Jamal tetap menyarankan agar anda yang bermain sukan untuk mengurangkan berat badan bagi mengelakkan kesan di kemudian hari terutama pada lutut anda. Kalau tengok semula kebanyakan pemain badminton yang berbadan gempal ni akan bersara lebih awal berbanding pemain bertubuh sederhana. Jamal takde buat kajian cuma berdasarkan pengamatan rambang je ni. Kalau ada yang mempunyai fakta boleh lah kongsikan dengan kami di sini ye.


Sumber :-Shuttlers

Kalau korang nak follow Hanri Yusanto ni boleh tengok link di bawah

https://www.instagram.com/yonglee15/

https://www.facebook.com/yonglee15

Pergh!! Siap mampu Half Marathon tu.. Ko mampu?

Please follow and like us:
error0
post

Olahraga : Jurulatih Asing atau Berlatih di Luar Negara

Baru-baru ini Jamal terbaca tentang cadangan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk membawa masuk jurulatih dari Amerika Syarikat (AS) bagi melatih atlet pecut negara.
Calon yang dicadangkan oleh pihak KOM iaitu David Patrick yang merupakan bekas atlet lompat pagar AS bagi menyandang jawatan ketua jurulatih negara.
Jamal baca biodata David Patrick ni dimana beliau pernah beraksi dalam acara 400 meter berpagar ketika pada Sukan Olimpik 1992.
Kalau ikut portfolio sebagai atlet, memang nampak Patrick ni agak berjaya. Dari segi kejurulatihan pla diberitakan beliau mempunyai 16 tahun pengalaman.
Bukan calang-calang pengalaman tu tapi nampaknya ia kurang dipersetujui terutama oleh jurulatih tempatan.

Jurulatih pecut negara yang melatih Khairul Hafiz Jantan, Mohd Poad Md Kassim antara yang lantang dengan keputusan itu. Beliau menyifatkan cadangan itu kurang bersesuaian sebaliknya menyifatkan lebih baik menghantar atlet berlatih di AS.
Jamal sememangnya antara yang bersetuju dengan pendapat Mohd Poad. Ini kerana kalau kita lihat kembali, bayaran gaji jurulatih mungkin lebih tinggi berbanding menghantar pemain ke AS. Selain itu jika berlatih di luar negara ia akan menghasilkan persaingan yang lebih kompetitif berbanding di Malaysia.
Tengok sahaja prestasi atlet Indonesia yang dihantar ke AS seperti Lalu Zohri yang kini bergelar juara dunia Remaja. Bukan sahaja datang dari bakat tapi juga kesungguhan persatuan olahraga Indonesia yang ingin menghasilkan bakat-bakat olahraga mereka.
Dengan fasiliti dan kaedah pemakanan yang ketat di AS pastinya mengubah persepsi atlet olahraga negara yang sering menjamah makanan yang tidak sesuai untuk sukan olahraga.

Ia juga memberikan pengalaman yang berguna sekiranya jurulatih tempatan juga terlibat dalam program ke AS. Pengalaman melatih di sana akan memberikan impak positif berbanding beraksi di arena tempatan. Lagipun sebelum ini banyak jurulatih luar yang memberikan tunjuk ajar kepada atlet Malaysia namun pencapaian mereka menjadi statik.
Kita lihat juga sebelum ini kita mempunyai atlet seperti Watson Nyambek, Azmi Ibrahim dan Nazmizam satu ketika dahulu. Pada ketika itu persaingan antara mereka pada usia muda menyebabkan ramai menjangkakan atlet pecut mampu bersaing di peringkat Asia namun ia tidak menjadi kenyataan dan hanya setakat di peringkat ASEAN sahaja.
Kenapa? Adakah mereka tidak berbakat? Jamal rasa mereka mempunyai bakat namun persaingan hanya antara mereka dan tidak di peringkat yang lebih kompetitif lagi.

Jamal nak tengok apa pilihan yang dilakukan oleh KOM. Semoga pilihan akan memberikan keutamaan terhadap prestasi atlet dan bukan pada benda lain ye…

Please follow and like us:
error0
post

Ulat Tiket : Kenapa masih tak selesai ?

Jamal tak dapat nak hadir ke Stadium hari Selasa ni sebab ada kerja yang lebih penting. Jamal tengok berita betapa susahnya penyokong bola sepak nak dapatkan tiket perlawanan akhir di Bukit Jalil. Sampai beratur panjang-panjang awal pagi semata-mata nak dapatkan tiket.
Hari ni dekat Berita pun isu ni diketengahkan terutama pasal Ulat Tiket ni. Jamal pun ada member-member tawarkan tiket dengan harga lebih sikit tapi tak nak la. Jamal takkan beli dari Ulat Tiket ni sebab Jamal rasa ia adalah penipuan. Menipu harga sebenar dan umpama kapitalis tak berlesen.
Jamal tengok kat laman web pun ramai dengan tanpa segan silu menjual tiket sampai ada tu dijual sampai RM500. Memang gila mahal kalau berbanding harga biasa.

Jamal rasa isu ulat tiket ni dah terlalu lama. Semenjak zaman internet belum popular lagi tapi sampai sekarang tak dibendung. Ni dah jadi makin teruk ni. Sebagai salah seorang penyokong yang kadangkala pergi beli tiket di Stadium, Jamal nak beri cadangan :-

1) Pastikan pembeli hanya boleh beli maksimum 3 tiket sahaja dan mesti daftar IC. Manipulasi tiket boleh berlaku jika tiada kawalan dari segi pembelian ni.

2) FAM perlu menggunakan kaedah teknologi terkini. Mungkin boleh scan guna IC atau barcode untuk masuk. Jualan tiket fizikal perlu dikurangkan kerana kat sini yang selalu berlaku ketirisan. Mungkin penggunaan pembelian secara online perlu diperkemaskan lagi. Dengar cerita kat Vietnam pun dah guna belian online je tanpa ada fizikal. Tak tau le betul ke tak..

3) Perlu belajar dengan negara luar yang menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa. Kita boleh tengok camne kelab bola sepak Eropah handle perlawanan yang menjadi tumpuan. Bagaimanakah kaedah penjualan tiket yang dilaksanakan.

4) Kawalan keselamatan perlu diperketatkan. Kalau tiada petugas memang isu bergaduh dan berebut berlaku. Dan bila ini berlaku, ulat tiket pun ambil kesempatan.

5) Tindakan undang-undang kepada penjual perlu dilakukan. Setiap tahun isu ini berulang menandakan ulat tiket tak takut untuk melakukan kerja-kerja ni..

6) Kurangkan pemberian kepada tiket percuma kepada yang berkenaan sebaliknya berikan kepada yang sememangnya ingin MEMBELI.

Jamal rasa, banyak lagi yang perlu diperbaiki oleh FAM dalam kaedah menjual tiket. Semoga dapat diperbaiki di masa hadapan.

Ni antara Ulat Tiket yang mempromosikan tiket di media sosial

Ni Jamal kongsikan cadangan dari penyokong tentang isu penjualan tiket

Please follow and like us:
error0
post

Iskandar Zulkarnain keluar BAM : Adakah keputusan bijak ?

Jamal terbaca berita mengenai satu-satu pemain badminton berbangsa Melayu yang dikenali dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) iaitu Iskandar Zulkarnain.
Berita itu memaparkan kenyataan Iskandar Zulkarnain yang akhirnya mengambil keputusan meninggalkan BAM selepas bersama-sama dalam tempoh 15 tahun.
Pemain berusia 28 tahun itu mengambil keputusan tersebut untuk meneruskan impian ke Olimpik 2020 dengan bergelar pemain professional.
Iskandar yang pernah digantung 3 bulan akibat merokok di hotel ketika Kejohanan Piala Thomas di Bangkok pada Mei lalu.

Jamal berpendapat keputusan Iskandar adalah bijak kerana :-

1) Pencapaian beliau di dalam BAM tidak konsisten dan beliau sentiasa gagal dalam kejohanan besar. Kejayaan secara individu hanya pada kejohanan kecil seperti Siri Antarabangsa Singapura dan Poland pada 2015 selain Cabaran Antarabangsa Switzerland 2015 dan Cabaran Antarabangsa Malaysia 2017.
Ia menunjukkan peningkatan tidak berlaku. Keputusan terbaru tersingkir di Terbuka Macau menunjukkan betapa lemahnya prestasi beliau di kejohanan yang besar.
Aksi tersebut menyebabkan ketua jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Mishun Sidek menarik penyertaan Iskandar pada saingan Terbuka Hong Kong minggu depan.

2) Saranan dari bekas pemain lagenda Malaysia iaitu Rashid Sidek selepas kegagalan demi kegagalan Iskandar. Rashid sendiri memberi nasihat terbuka agar Iskandar terus membawa haluan sendiri sebelum dibuang terus oleh BAM.

[ Nasihat Rashid Sidek kepada Iskandar Zulkarnain ]

3) Mengurangkan tekanan yang dipikul oleh beliau sebelum ini sebagai pemain BAM. Harapan yang diletakkan oleh peminat dan juga pengurusan BAM juga tinggi. Mungkin ia sedikit sebanyak menganggu prestasi beliau yang dilihat lemah dari segi mental.
Mungkin beraksi sebagai pemain professional, tekanan yang diterima rendah berbanding di dalam BAM.

4) Membentuk displin. Kita semua maklum, masalah Iskandar adalah dari segi displin. Mungkin dengan berhaluan sendiri beliau perlu mendisplinkan diri. Semua kena cari sendiri termasuk penaja. Nak tingkatkan prestasi pun kena lebih displin. Tiada lagi elaun bulanan sebaliknya kalau tiada penaja maka tidaklah bergaji.
Beliau kena survive untuk meneruskan karier beliau dalam badminton professional.

5) BAM dapat menonjolkan pemain lain yang lebih muda. Dengan keluarnya Iskandar telah terbuka peluang bagi pemain muda untuk menyertai kejohanan yang sebelum ini reserve untuk Iskandar. Pemain seperti Leong Jun Hao, Lee Zii Jia mempunyai peluang yang lebih untuk menonjolkan diri.

Jamal harap Iskandar perlu membuktikan kemampuan beliau selepas beraksi sebagai pemain professional. Displin kena perbaiki dan kena lebih banyak berkorban. Dengan umurnya yang semakin meningkat usia karier beliau juga tak panjang. Mungkin Olimpik 2020 adalah penentu samada beliau boleh MEMBANGGAKAN diri atau tidak. Buat masa ini beliau perlu mencari penaja dan beraksi dalam kejohanan-kejohanan kecil untuk memungut mata sebelum mendapat ranking lebih baik untuk beraksi dalam Kejohanan seperti Super Series. Sekarang ni beliau berada dalam ranking ke 74 dan perlu meningkat dalam 20 terbaik dalam tempoh 1-2 tahun ini untuk mengapai impian ke Olimpik.

[ Profil dan ranking Iskandar ]

Kita doakan kejayaan Iskandar.  Cuma lepas ni tak nampak lagi le nama pemain Melayu kat dalam BAM. Atau ada ke pemain-pemain Melayu muda kat sana yang bakal bernaung di BAM?

Please follow and like us:
error0
post

Isu Tiket : Kenapa masih tiada jalan penyelesaian ?

Hari ni Jamal nak berkongsi sedikit tentang isu yang sentiasa dibangkitkan apabila tiba perlawanan akhir bola sepak. Lebih-lebih lagi bila kejohanan Piala Malaysia yang merupakan penamat musim bagi Liga Malaysia.
Mesti ada je isu penyokong terpaksa bersesak-sesak untuk mendapatkan tiket tapi pulang hampa. Kenapa ye ? Jamal pun kadangkala bingung bila jadi macam ni. Sebab tu kadangkala Jamal malas nak pergi ke stadium kalau perlawanan akhir walaupun team Jamal masuk akhir.
Bukan tak nak menyokong tapi isu ni menyebabkan jelak ke sana.

Jamal rasa banyak perkara yang MESTI diperbetulkan oleh pihak berkaitan. Antaranya ialah :-

1) Agihan tiket di Stadium. Berapa sebenarnya yang dinyatakan penjualan di STADIUM perlu dibentangkan dengan jujur. Dalam media dibagitau hanya 2,000 unit sahaja diberikan pada penyokong yang membeli di stadium. Adakah itu mencukupi ? Memang tak cukup memandangkan ramai penyokong ternantikan detik sejarah ni.
Jika ada diagihkan kepada persatuan penyokong, nilai sebenar perlu dinyatakan. Persatuan juga perlu lebih ADIL untuk mengagihkan kepada penyokong. Jamal rasa elok agihan tiket di stadium dilebihkan sedikit dan agihan kepada persatuan. Maaf kalau Jamal katakan agihan di persatuan pasti tiada audit dan mana mungkin serahan itu boleh dilakukan secara adil.

2) Persediaan untuk hari penjualan tiket. Bagi pasukan yang mempunyai penyokong tegar, puluhan ribuan penyokong akan membanjiri stadium untuk mendapatkan tiket. Jadi pihak stadium kena bersedia dengan situasi ini. Membuka hanya 2-3 kaunter penjualan tiket akan menyebabkan kesesakan dan pasti berlaku masalah lain yang berbangkit.
Mungkin juga penjualan boleh dilakukan mengikut daerah-daerah tertentu berbanding berpusat di stadium utama. Sedikit sebanyak pengagihan lebih adil berbanding menggunakan persatuan penyokong.

3) Promosikan penjualan online. Kita dah masuk abad digital tapi masih ramai yang sanggup beratur panjang berbanding menggunakan kaedah online. Kenapa ye mereka tak sanggup guna online? Bukan semuanya tak celik IT tapi ramai yang mungkin tak percaya lagi dengan kaedah ini. Mungkin promosi berterusan perlu dilakukan bagi mengelakkan pembaziran yang berlaku ketika ini.
Selain bazir kertas mencetak tiket, bazir juga duit menggaji penjaga kaunter dan pekerja. Lepas tu bazir masa lagi. Mungkin era digital perlu diperkenalkan kepada penyokong semua.

4) Kalau ada VIP dapat tiket percuma tu , eloklah pulangkan. Ambil je tiket untuk diri sendiri sahaja. Kalau ada kawan-kawan nak tengok tu minta diorang beli samada di online atau di stadium. Anda mencuri hak penyokong yang bermati-matian beratur tapi akhirnya pulang kosong. Ada tu sanggup tidur di stadium untuk mendapatkan sekeping tiket yang berharga RM50. Bukan murah tu.
Tapi sanggup demi pasukan tersayang.

5) Ulat tiket masih berleluasa. Kenapa berlaku? Penjualan tiket yang tak terkawal pun menjadi punca. Bila dah ada orang boleh beli banyak-banyak memang cepatlah tiket tu habis. Kesian kat penjaga kaunter kena maki hamun tapi mereka mungkin tak dapat nak kawal sampai ada yang beli lebih dari had.
Lebih menyedihkan mereka mencari untung dengan menjual kembali dengan harga lebih tinggi. Cuba anda pergi ke laman webMudah.my dan taip perkataan tiket Piala Malaysia. Dah ada orang tanpa segan silu menjual tiket tersebut di sana. Itu belum lagi ulat yang jual secara offline. Lagilah banyak.

Antara tiket yang telah dijual di Mudah

Jadi Jamal rasa pihak terlibat perlu bersedia awal selepas ini. Kita mahu menyokong bola sepak tempatan tapi isu lapuk ini masih berlaku tanpa penyelesaian.

Please follow and like us:
error0
post

Apa itu Hoki 5S ?

Skuad hoki remaja negara berjaya memenangi emas dalam Kejohanan Hoki 5S di Kejohanan Olimpik Belia 2018. Tapi tahukah korang semua apa itu Hoki 5S? Kebiasaannya hoki dimainkan oleh 11 pemain sama seperti sukan bola sepak. Untuk perlawanan hoki 5S ini ia dimainkan di dalam padang yang lebih kecil.

Sambil tu, Ligakampung.com nak berkongsi sedikit apa itu Hoki 5S atau Hoki 5 Sebelah. Hoki 5S ini mula diperkenalkan secara komersial pada Sukan Olimpik Belia 2014. Walaupun ianya telah dimainkan lebih lama namun ia hanya mula mengambil bahagian dalam kejohanan berprestij pada Kejohanan Olimpik Belia 4 tahun lalu.
Padang bagi Hoki 5S berbentuk segiempat tepat dimana hanya sepanjang 55 meter dan 41.70 meter lebar iaitu setengah dari keluasan padang hoki biasa. Berbeza dalam perlawanan hoki biasa dimana untuk menjaringkan gol pemain perlu masuk dalam kotak penalti sebaliknya dalam hoki 5S ini pemain boleh menjaringkan bola dimana-mana.

Ia mula menjadi perlawanan kompetitif pada Kejohanan Belia Olimpik 2010 di Singapura dimana ianya dimenangi oleh jaguh dunia iaitu Australia bagi acara lelaki manakala Belanda pula menguasai acara wanita.
Pada tahun 2014, FIH telah melakukan perubahan apabile menukar format Hoki 5S termasuk dari segi kaedah padang, peraturan dan format perlawanan. Pada Kejohanan Belia Dunia 2018 di Nanjing China, sekali lagi Australia menguasai emas manakala China pula berjaya menguasi bahagian wanita.


Perlawanan ini menjadi lebih menarik dan pantas dimana kecergasan pemain dituntut. Macam perlawanan futsal tetapi menggunakan kayu untuk menjaringkan gol. Dengan versi yang lebih pendek, mungkin Hoki 5S mungkin akan lebih dikenali serta banyak pasukan boleh menyertai kejohanan yang dianjurkan serta boleh menarik lebih ramai penonton.

Antara beberapa ciri permainan Hoki 5S adalah :-

1) Maksimum 5 pemain bagi setiap pasukan dalam sesuatu perlawanan.
2) Setiap pasukan dibenarkan melakukan 4 pertukaran dimana

  • Pertukaran boleh dilakukan pada bila-bila masa
  • Tiada had pemain boleh ditukarkan
  • Pemain yang masuk hanya dibenarkan selepas pemain yang digantikan keluar dari padang
  • Pertukaran tidak boleh dilakukan bagi pemain yang sedang digantung (seperti permainan hoki) masa
  • Selepas masa gantung tamat, pemain boleh ditukarkan tanpa pemain yang digantung masuk ke dalam padang.
  • Masa tidak akan diberhentikan ketika penggantian kecuali tidak cukup pemain atau penjaga gol yang digantung

Hoki 5S juga dimainkan di dalam dewan

3) Setiap pemain mesti mempunyai ketua pasukan dimana pengganti ketua pasukan perlu berada di gelanggang sekiranya ketua pasukan digantung.
4) Ketua pasukan bertanggungjawab terhadap kelakukan para pemain dan memastikan penggantikan mengikut prosedur ditetapkan.
5) Perlawanan berlangsung dalam 3 tempoh dimana 15 minit bagi setiap tempoh dan 2 minit rehat .
6) Pasukan menjaringkan lebih gol dari pihak lawan merupakan pemenang .
7) Tiada pukulan sudut penalti sebaliknya penalti satu lawan satu bagi kesalahan tertentu.
8) Tiada keputusan seri. Setiap perlawanan perlu mempunyai pemenang. Sekiranya masih seri selepas tamat masa perlawanan :-

a) Masa tambahan akan diadakan selama dua minit dimana setiap pemain akan dikurangkan satu pemain.
b) Jika masih seri , satu lagi pemain akan dikeluarkan selepas dua minit
c) Jika masih seri pasukan akan bermain dengan seorang pemain padang dan seorang penjaga gol.
d) Masa tambahan akan ditamatkan sekiranya terdapat pasukan yang menjaringkan gol. Kiranya macam gol emas dalam perlawanan bola sepak.

9) Cara menjaringkan gol :-
– Gol dikira sekiranya bola melepasi penuh gawang gol
– Gol dikira sekiranya bola disentuh oleh pemain (termasuk penjaga gol) dimana-mana kawasan padang
– Penjaga gol tidak boleh menjaringkan gol menggunakan badan, tangan, kaki atau tumit

Untuk maklumat lanjut korang boleh baca undang-undang di laman web FIH ni.

Panjang sangat pula kalau Jamal nak tulis kat sini.

 

Korang boleh baca juga komen-komen pemain handalan yang pernah beraksi dalam Kejohanan Hoki 5S ni.

https://www.theepochtimes.com/hockey-5s-a-new-game-in-the-making_8853.html

Jamal nak merasa juga bermain Hoki 5S ni tapi kat tempat Jamal ni sukan hoki tak berapa popular. Nak cari pemain-pemain memang susah. Jamal nak tengok kalau Menteri Belia dan Sukan perhatikan sukan hoki 5S ni. Selain dari berpeluang mencari pemain-pemain muda dapat juga menambahkan lagi koleksi pingat pasukan Malaysia. Mungkin selepas ini hoki 5S boleh diperkenalkan di peringkat akar umbi bagi memastikan ianya

Please follow and like us:
error0
post

Lee Zii Jia juarai Terbuka Taiwan : Adakah bakal pengganti Chong Wei ?

Hari ni Jamal berkesempatan untuk menulis jadi lepas je menonton Terbuka Taiwan di tv, Jamal tidur sekejap bagi mencari idea. Sementara nak menunggu game Manchester City lawan Liverpool malam nanti Jamal terus di hadapan laptop untuk menulis pasal kemenangan pemain badminton perseorangan lelaki negara.
Jamal melihat aksi Lee Zii Jia ketika menentang Chou Tien pada hari semalam. Potensi bagi Zii Jia memang besar untuk pergi lebih jauh. Dengan kemenangan menentang pemain Jepun, Riichi Takeshiti dengan keputusan 21-17,16-21, 21-11 pada perlawanan akhir tumpuan pasti mula terarah kepada pemuda berusia 20 tahun berasal dari Alor Setar, Kedah ini.


Ada yang mengatakan kita sudah menemui pengganti Datuk Lee Chong Wei. Tapi adakah ianya boleh menjadi kenyataan atau sekadar satu lagi harapan? Jamal memang kagum dengan corak pemainan Zii Jia ni. Tapi Jamal tak mau kita semua menaruh harapan yang terlalu tinggi pada beliau.
Jamal rasakan beliau perlu diberikan beberapa peluang untuk membuktikan kemampuan diri bagi mencapai top 10 pemain dunia. Selepas itu barulah kita boleh melabel beliau sebagai pemain yang boleh dinobatkan sebagai pemain no 1 Malaysia.


Perjalanan beliau masih jauh dan banyak liku yang perlu ditempohi oleh beliau. Displin adalah perkara paling penting untuk beliau maju ke hadapan. Bukan sahaja beliau , pemain lain seperti Leong Jun Hao juga perlu melangkah lebih jauh dan menjadikan ianya sebagai cabaran. Bagi pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pula, sekarang adalah masa untuk mereka mengenalpasti potensi Zii Jia.
Tinggalkan pemain yang dah tepu dan tidak memberikan sebarang kejayaan lagi. Mulakan dengan membantu Zii Jia dan berikan tumpuan bagi meningkatkan kualiti dari segi fizikal dan mentalnya.

Kejayaan beliau membawa pulang wang kemenangan USD 37,500 serta mencatat sejarah memenangi terbuka ini selepas 14 tahun pemain Malaysia buntu untuk memenangi Terbuka Taiwan ini boleh menjadi pendorong untuknya mara lebih lagi.
Untuk makluman, pemain Malaysia yang pernah memenangi kejohanan Terbuka Taiwan ini adalah Datuk Lee Chong Wei pada tahun 2004, Wong Choong Hann (2003) dan Datuk Misbun Sidek (1987). Ia boleh menjadi catatan sejarah buat Zii Jia.
Jangan lupa diri dan sentiasa berusaha untuk maju ke hadapan bagi menaikkan nama negara yang kini ketandusan pemain perseorangan lelaki selepas ketiadaan Datuk Lee Chong Wei.
Mungkin selepas ini Lee Chong Wei sudah mula boleh berasa lega dengan perkembangan ini.

??zii jia .

Bagi acara lain pula, diharap Soniia Cheah perlu mencari idea untuk meningkatkan kemampuan diri. Sungguhpun beliau berjaya melayakkan diri di separuh akhir dan tumpas kepada juara kejohanan yang juga pemain no 1 dunia, Tai Tzu Ying tapi beliau tidak boleh berpuas hati dengan keputusan ini.
Walaupun dari segi fizikal, nampak beliau mempunyai kelebihan namun dari segi fitness dan mental masih banyak yang perlu diperbaiki bagi bersaing dengan top 10 pemain perseorangan wanita. Beliau perlu mempunyai sasaran untuk layak ke Sukan Olimpik 2020 secara merit dan ia bukanlah sesuatu yang mustahil jika usaha lebih dilakukan oleh beliau dan barisan kejurulatihan.
Jamal harap sukan badminton Malaysia akan bertambah baik selepas ini.

Keputusan Terbuka Taiwan 2018

Beregu Campuran
Alfian Eko PRASETYA [8] Indonesia Marsheilla Gischa ISLAMI Indonesia – Chinese Taipei YANG Po-Hsuan Chinese Taipei WU Ti Jung
21-15 21-11

Beregu Wanita
Nami MATSUYAMA [4] Japan Chiharu SHIDA Japan – Japan Ayane KURIHARA Japan Naru SHINOYA
21-10 21-17

Perseorangan Lelaki
LEE Zii Jia Malaysia – Japan Riichi TAKESHITA
21-17 16-21 21-11

Beregu Lelaki
CHEN Hung Ling [1] Chinese Taipei WANG Chi-Lin Chinese Taipei – Chinese Taipei LIAO Min Chun [3] Chinese Taipei SU Ching Heng
22-20 21-9

Perseorangan wanita
TAI Tzu Ying [1] Chinese Taipei – Denmark Line Højmark KJAERSFELDT [3]
17-21 21-10 21-13

Please follow and like us:
error0
post

Patutkah Lim Teong Kim dipecat ?

Selepas tumpas kepada Jepun pada pagi tadi, boss meminta Jamal untuk menulis pendapat mengenai isu jurulatih bawah 16 Tahun yang dipecat.
Lim Teong Kim dipecat selepas anak didiknya gagal merebut tempat untuk beraksi ke Piala Dunia Bawah 17 Tahun di Peru tahun depan.
Bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich itu sah ditamatkan kontrak selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan tiga jam selepas skuad remaja negara itu menamatkan saingan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018 tadi.
Arahan tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingan yang berkuat kuasa serta merta.
Walaubagaimanapun, status Teong Kim selaku Pengarah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) adalah tertakluk kepada keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Kuasa FAM terhad kepada pelantikan bekas pemain tengah kebangsaan itu selaku ketua jurulatih dan penal penolongnya sahaja.

Okay cukup info berkenaan isu Teong Kim, Jamal nak berikan pendapat tentang pemecatan beliau pula. Jamal memang amat bersetuju dengan pemecatan yang dilakukan FAM. Dibawah ni Jamal berikan beberapa poin yang dirasakan sesuai :-

1) Lim Teong Kim menerima gaji yang tinggi iaitu RM175,000 sebulan tanpa dikenakan cukai. Walaupun gaji itu mungkin termasuk tanggung jawab sebagai jurulatih dan juga Pengarah program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) tetapi angka itu masih tinggi.
Jadi kalau dengan gaji yang tinggi itu masih tak dapat keputusan positif maka eloklah dilepaskan sahaja untuk beri peluang orang lain memegang jawatan tersebut dengan harga yang lebih murah. Kalau nak tawarkan Jamal pun boleh juga. Kalau bagi RM100,000 sebulan pun cukup lah tu.
Cukup setahun boleh jadi Jamal si Jutawan tu.

2) Kegagalan melepasi KPI. Sasaran utama Program NFDP di bawah Teong Kim adalah untuk melayakkan diri ke Piala Dunia Belia 2019 di Peru dan sekarang ni tak layak. Bila tak lepas sasaran elok sepatutnya berundur dan ambil tanggungjawab tu.

3) Tidak nampak pemain bertaraf bintang di hasilkan. Mungkin ramai kata usia 16 tahun ni terlalu muda nak jumpa bintang tapi sepatutnya sudah ada produk dari sini yang telah berjaya diserap ke kelab bola sepak Eropah atau paling koman pun di belah Asia ni.
Tengok pemain seperti Lionel Messi dan Kylian Mbappe, pada usia 16 tahun mereka telah berada di kelab ternama.Messi mula beraksi di La Liga ketika usia 16 tahun dan Mbappe pun mula mendapat perhatian skuad remaja Monaco pada usia itu. Pemai sensasi Korea Selatan, Son Heung Min telah mula berkelana di Hamburger SV seawal usia 16 tahun.
Ia menunjukkan usia 16 tahun adalah waktu untuk mereka mula mengubah pandangan bolasepak sebagai sumber pendapatan masa hadapan dan bukan sebagai permainan sahaja. Tapi pemain remaja Malaysia masih tercari-cari langkah di liga tempatan sahaja. Kalau ada pun hanya sekadar menjalani trial sahaja lepas tu takde khabar berita.
Mungkin ada yang kata Akhyar Rasid, Hadi Fayyah mendapat perhatian kelab luar tapi mereka bukan dari pasukan bawah 16 tahun ni. Jamal tak tau kalau ada pemain-pemain seperti Lukman Haqim diintai oleh kelab luar, tapi patutnya dah ada pemain dalam usia ni dah dipancing kelab luar.

4) Gagal di tempat sendiri amatlah pedih. Bermula garang menumbangkan Tajikistan pada perlawanan pembukaan memberikan gambaran yang cukup gah bagi skuad bawah 16 tahun tapi perlawanan seterusnya menjadi longlai. Jamal sempat tengok perlawanan dengan Thailand. Memang pemain beraksi baik tapi level mula ke laut lepas seorang pemain penyerang dibuang padang.
Selaku jurulatih berpengalaman, Teong Kim perlu ada pelan B bila berlaku situasi ini tapi langkahnya gagal pada perlawanan tersebut. Dalam aksi menentang Jepun pun skuad negara beraksi baik pada awal separuh pertama, tapi gagal menghasilkan gol dan akhirnya kesilapan asas sekali lagi menyebabkan mereka gagal sekaligus menoktahkan peranan boss mereka yang tidak melatih mereka lagi.

Serba sedikit pendapat Jamal mengenai isu ini. Apa yang Jamal rasa perlu diambil perhatian oleh FAM ialah mencari jurulatih lain secepat mungkin. Berikan mereka KPI yang spesifik dan sekiranya gagal teruskan sahaja proses pemecatan. Gaji juga perlu setimpal agar tidaklah membazir berjuta-juta duit rakyat mahupun duit penaja.
Keputusan perlu strict agar jurulatih akan buat kerja sehabis mungkin untuk mencapai KPI tersebut.
Auf Wiedersehen , Lim Teong Kim. Cuba lagi di masa hadapan ye.

Please follow and like us:
error0