Fakri sah beraksi untuk Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Nampaknya harapan untuk menyaksikan Ahmad Fakri Saarani untuk berkelana di luar nampaknya terhenti. Pemain yang bermain untuk kelab Liga Divisyen 3 Portugal, Atletico SC ini dikatakan akan kembali ke Liga Malaysia untuk beraksi dengan pasukan Kelantan bagi saingan Liga Super musim ini.

s_56fakri
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Keputusan Perlawanan Bolasepak Liga Super & Liga Perdana 22 Februari 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ini penyokong bolasepak tempatan meriah dengan perlawanan bolasepak. Terdapat 6 perlawanan Liga Perdana manakala 3 perlawanan Liga Super berlangsung pada hari ini. 5 daripada 9 perlawanan dilangsungkan pada sebelah petang manakala 4 lagi perlawanan membabitkan waktu malam.
Perlawanan sebelah petang dalam Liga Super membabitkan pasukan Felda Utd menentang Johor Darul Takzim yang berkesudahan seri 0-0. Perlawanan Liga Perdana pada waktu petang pula membabitkan PDRM menentang Sabah yang menyaksikan kedua pasukan terikat 3-3. Pasukan tuan rumah, UiTM pula berputih mata selepas tumbang dengan pasukan SPA FC dengan keputusan 1-2.
Pasukan Pos Malaysia pula tumbang dengan pasukan Perlis dengan jaringan 0-1 manakala pasukan Kuala Lumpur hanya mampu mendapat satu mata apabila seri 1-1 dengan pasukan N.S Betaria.
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Datuk Seri Shahidan Kassim digantung 30 bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim digantung 30 bulan dan dikenakan denda keseluruhan RM39,000 gara-gara kenyataan beliau yang menyentuh pentadbiran FAM sebelum ini. Hukuman itu berkuatkuasa selepas surat rasmi yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam tempoh 14 hari.
Hukuman itu diputuskan selepas Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bersidang memutuskan bahawa Shahidan melanggar Artikel Statut 88, Sepanjang tempoh penggantungan tersebut, Shahidan tidak boleh terlibat dalam sebarang aktiviti bolasepak dan secara automatiknya hilang status sebagai Presiden PFA.

Sumber :- SInarHarian

Pasti ia sedikit sebanyak akan mengugat prestasi pasukan bolasepak Perlis yang baru je nak meningkat di Liga Premier. Dan nampaknya kuasa veto FAM sekali lagi mengugat kepimpinan untuk mengkritik pentadbiran FAM. Agak menyedihkan kerana Datuk Seri Shahidan adalah antara nama besar dalam kepimpinan bolasepak dan mungkin selepas ini kepimpinan beliau dalam sukan ini akan terkubur.
[ Datuk Seri Shahidan hutang Along demi pasukan Perlis }

Apa pula pendapat anda? Adakah bersetuju atau tidak dengan keputusan FAM ni?

Sekian

Please follow and like us:
error0

Keputusan Perlawanan bolasepak Liga Super 19 Februari 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan Liga Super pada hari ini 19 Februari 2013 membabitkan 6 perlawanan. Perlawanan antara T-Team menentang Felda United telah diketahui keputusan dimana kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Perlawanan lain pula adalah seperti pertembungan antara ATM menentang Selangor. Perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi ini pasti dinantikan terutama selepas isu pergaduhan pada perlawanan Piala FA yang lalu.
Perlawanan antara Perak menentang Pahang pasti akan menjanjikan pertembungan menarik. Atas kertas, mungkin Pahang mampu memenangi perlawanan ini tapi sebagai tuan rumah, pastinya Perak tidak mahu episod duka berterusan lagi.
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Keputusan Penuh Perlawanan bolasepak Liga Premier 18 Februari 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan bolasepak Liga Premier pada hari ini (18.2.2013) melibatkan 6 perlawanan. Kesemua perlawanan Liga Perdana Malaysia hari ini berlangsung pada petang dan keputusan penuh telah diketahui.

Keputusan perlawanan Liga Premier 18.2.2013

Sabah 1-2 KL POS
Sime Darby 5-1 K.Lumpur
KL SPA 1-2 Kedah
Perlis 1-1 UiTM
NS Betaria 0-1 Sarawak
Johor 2-1 PDRM

Nampaknya pasukan PDRM yang dahulu menguasai carta mula mengalami kekalahan manakala pasukan pilihan negeri seperti Johor, Kedah dan Sarawak meneruskan rentak kemenangan untuk memburu slot ke Liga Super pada musim hadapan. Apapun perjalanan semakin jauh namun telah mula nampak pasukan yang bakal mengungguli carta.

Sekian

Please follow and like us:
error0

Keputusan Perlawanan bolasepak Liga Super 16 Februari 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan Liga Super bersambung lagi. Semalam, 2 perlawanan Liga Super telahpun diketahui keputusan dan hari ini 4 lagi perlawanan diadakan.
Perlawanan antara Felda united menentang Selangor PKNS FC telah diketahui keputusan kerana dilangsungkan pada waktu petang (entri ini ditulis pada waktu malam) dimana pasukan pelawat, PKNS berjaya menumbangkan pasukan Felda United dengan keputusan 3-1.
Perlawanan antara Lions XII menentang Pahang berlangsung di Stadium Jalan Besar pada jam 7.45 malam dan disiarkan secara langsung oleh ASTRO Arena 801. Perlawanan antara Johor DT menentang T-Team pula diadakan di Stadium Larkin manakala perlawanan N.Sembilan pula menentang pasukan ATM.
liga super
free photo hosting

Berikut merupakan keputusan perlawanan Liga Super 16 Februari 2013.
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Keputusan penuh perlawanan Liga Super dan Liga Premier 15 Februari 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan bolasepak Liga Super dan Liga Premier bersambung kembali. Terdapat beberapa perlawanan yang berlangsung pada hari ini. Terdapat 4 perlawanan melibatkan Pos Malaysia menentang Johor, UiTM menentang Sabah, Kuala Lumpur menentang SPA Putrajaya serta N.S Betaria menentang Sime Darby. Perlawanan malam Liga Premier melibatkan pertarungan antara pasukan Kedah menentang jiran, Perlis dan Sarawak menentang PDRM.
Bagi perlawanan Liga Super pula, perlawanan antara Terengganu menentang Perak dan perlawanan tumpuan pastinya antara Selangor dan Kelantan. Apakah keputusan bagi perlawanan pada hari ini?
Berikut merupakan keputusan perlawanan bolasepak Liga Super dan Liga Premier 15 Februari 2013.

Keputusan perlawanan bolasepak Liga Premier 15.2.2013
Keputusan Penuh
Pos Malaysia vs Johor 0-2
UiTM vs Sabah 2-0
K.Lumpur vs SPA Putrajaya 0-0
N.S Betaria vs Sime Darby 0-6
Sarawak vs PDRM 1-0 (1-0)
Kedah vs Perlis 1-2 (1-1)

Keputusan perlawanan bolasepak Liga Super 15.2.2013
Keputusan Penuh
Terengganu vs Perak 2-0

Selangor vs Kelantan (2-0)
Selangor minit 13 (Forkey Doe)
Selangor minit 26 (Ramez Dayoub)

Sekian

Please follow and like us:
error0

Kasih seorang ayah pada anaknya peminat bolasepak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Lihatlah gambar di bawah ni . Menurut empunya cerita, Pakcik Subri mendukung anaknya Abdul Wahid, yang kurang upaya dari tempat duduk penonton ke padang untuk memenuhi hasrat anaknya bertemu pemain Muhammad Fauzi selepas perlawanan persahabatan Pahang menentang Sime Darby baru-baru ini.
peminat-jumpa-pemain
Menurut pakcik Subri, Abdul Wahid yang berumur 17 tahun tidak pernah terlepas aksi kelab bolasepak Shahzan Muda dan Pahang di Stadium Temerloh dan akan menangis jika tidak dapat ke stadium.

Sumber :_ FB Dunia Sukan Online

Sayu juga tengok gambar ni. Tengoklah betapa besarnya pengorbanan bapanya. Bukan ringan anak yang dah berumur 17 tahun tapi beliau sanggup atas rasa kasih sayang menurut kehendak anaknya..

Please follow and like us:
error0