post

Dua lagi pemain dalam radar FAM untuk naturalisasi

Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, mengesahkan terdapat dua pemain yang berada dalam radar badan induk itu, iaitu Harry Edge dan Marcel Kalonda, untuk dijadikan sebagai pemain berstatus warisan negara.

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan, begitulah senario pemain berdarah campuran yang boleh mewakili negara ketika ini.

Yang terbaru, pemain kelahiran New Zealand, Edge, dan Kalonda dari Republik Congo, disahkan sebagai dua pemain yang sedang berada dalam pemerhatian FAM.

Menerusi satu perbualan video bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Yusoff berkata: “Apabila kami sudah mengesahkan bahawa mereka berdua ada darah warisan Malaysia, kami boleh memulakan proses untuk menjadikan mereka sebagai pemain berstatus warisan.

“Apapun, selepas setiap dokumen yang berkaitan sudah selesai kami kenal pasti, kami akan menilai mereka melalui jawatankuasa teknikal kami.”

Yusoff turut mengesahkan bahawa FAM sudah menghubungi kedua-dua pemain berkenaan bagi melanjutkan proses yang berikutnya.

“(Selepas kami hubungi) mereka memberikan jawapan bahawa mereka akan menyediakan segala dokumen yang diperlukan.

“Sekarang ini, kami sedang menunggu mereka memulangkan dokumen itu semula agar kami dapat melihat sama ada dokumen itu boleh diterima atau tidak,” katanya.

Sumber :-Stadium ASTRO

Siapa pula kedua-dua pemain ni?


Harry Edge

  • Merupakan pemain yang beraksi di Eredivisie serta Liga New Zealand dan ketika ini beliau beraksi bersama kelab Sweeden , Torslanda IK.
    Posisi : Pemain Tengah (Midfield)
    Bapanya merupakan anak kelahiran Melaka.
    Berusia 26 tahun
    Ketinggian 187 cm

Marcel Kalonda

  • Merupakan pemain yang beraksi di Liga Zambia
    Posisi : Pemain Pertahanan
    Datuk lahir di Sabah
    Berusia 22 tahun
    Ketinggian 188 cm
Please follow and like us:
error0
post

Pemain badminton bakal kembali berlatih bulan Jun

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Pemain badminton negara di bawah program Road to Tokyo (RTT) mungkin kembali menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada 1 Jun dan masih menunggu kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Sesi latihan untuk atlet negara terhenti berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac bagi mengekang penularan COVID-19.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria juga memutuskan untuk mengundang pemain bebas yang berkemungkinan besar layak ke Olimpik Tokyo berdasarkan ranking semasa dalam Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk berlatih dua kali seminggu di ABM bersama-sama dengan skuad kebangsaan pada pertengahan Julai.

“Demi kepentingan negara dan skuad badminton kebangsaan, saya membuat keputusan untuk mengundang pemain-pemain bebas. Sebaik sahaja pemain ini mengesahkan kelayakan mereka ke Olimpik Tokyo, mereka akan diundang untuk menjalani latihan sepenuh masa di ABM.

“Saya amat berharap pemain ini akan mengambil peluang ini untuk bekerja sebagai satu pasukan Malaysia dan pada masa yang sama, bekerja lebih keras untuk mencapai impian Olimpik. Selepas mesyuarat baru-baru ini dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, BAM telah bergerak secara proaktif membuat persediaan bagi pemain kebangsaan kita kembali ke ABM.

“Sebagai Presiden BAM, saya telah mengambil langkah untuk memastikan BAM dan ABM bersedia untuk dibuka secara berperingkat. ABM menempatkan pemain, jurulatih dan pejabat pentadbiran BAM dan dengan itu semua prosedur operasi standard (SOP) telah dipertingkat dan akan dipatuhi sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Norza menegaskan langkah berhati-hati tambahan akan dilaksanakan untuk keselamatan semua orang di premis itu.

Antara pemain badminton bebas yang dilihat bakal menempah tiket ke Tokyo ialah pemenang pingat perak pada temasya Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran) dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki).

Norza, yang menjangkakan skuad Piala Thomas dan Piala Uber untuk mula menjalani latihan dari 15 Jun, mahu pasukan berkenaan mencatatkan kejayaan pada Piala Thomas dan Uber selepas kedua-dua kejohanan dijadualkan semula ke 3-11 Okt di Aarhus, Denmark disebabkan pandemik COVID-19.

“Berikutan kita mahu pemain terbaik untuk mewakili Malaysia, saya ingin mengundang pemain bebas untuk menyertai pasukan ini dalam kejohanan ini. Pemain bebas yang dipilih akan diundang untuk menjalani latihan di ABM menjelang pertengahan Julai 2020.

“Ini dengan harapan pemain ini akan dapat berlatih bersama-sama dan pada masa yang sama, membina ‘esprit de corps’ sesama mereka. Berikutan BAM mengambil langkah proaktif seumpama itu, saya amat berharap para pemain akan berusaha keras dan pada masa yang sama, membawa kegemilangan kepada negara kita yang tercinta, Malaysia,” katanya.

— BERNAMA

Please follow and like us:
error0
post

Piala Sultan Azlan Shah tangguh tahun hadapan

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan menangguhkan Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah Edisi ke-29 ke tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola kejohanan, Datuk Abd Rahim Md Ariff memaklumkan perkara tersebut dalam satu surat kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengelola telah mendapat perkenan dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan untuk menangguhkan Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah Edisi ke-29 2020 ke 2021.

“Ia atas sebab-sebab penularan pandemik Covid-19 dan ekonomi yang merosot secara global,” katanya.

Menurutnya, pandemik yang sama turut dihadapi negara-negara pasukan yang dijemput.

“Pasukan yang dijemput juga mengalami situasi yang sama di negara masing-masing yang menyebabkan latihan tidak dapat dijalankan untuk persiapan menyertai kejohanan ini.

“Jawatankuasa Pengelola juga berpendapat bahawa walaupun Perintah Kawalan Pergerakan akan ditamatkan, namun perhimpunan secara besar-besaran tidak dibenarkan untuk tempoh masa selama enam bulan,” katanya.

Sebelum ini, jawatankuasa tersebut memaklumkan bahawa kejohanan itu ditunda ke tarikh baharu iaitu 24 September hingga 3 Oktober di Stadium Sultan Azlan Shah Ipoh.

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengesahkan Australia, Kanada, Jepun, Korea Selatan, Pakistan dan tuan rumah Malaysia menyertai kejohanan yang sepatutnya berlangsung pada 11 hingga 18 April.

Tahun lalu, Korea Selatan merupakan juara kejohanan menewaskan India dan Malaysia berada di tangga ketiga.

Sumber :-Sinar Harian

Keputusan yang dijangkakan kerana wabak Pandemik COVID-19 ini masih belum selesai. Jadi agak sukar untuk menarik pasukan negara lain untuk menyertai Kejohanan ini.

Please follow and like us:
error0
post

Liga M bakal disambung September depan

Wah. Adakah berita yang baik ataupun sekadar cadangan sahaja? MFL nampaknya merancang untuk meneruskan pelan untuk menamatkan Liga Malaysia 2020 pada tahun ini juga apabila diberitakan bahawa semua pasukan dibenarkan menjalani sesi latihan pada Ogos ini.
Perancangan ini dibuat selepas kerajaan tidak meluluskan permohonan MFL untuk menyambung semula saingan pada Ogos.

Menurut MFL, saingan Liga Super dan Premier akan dirombak berdasarkan format baharu dimana liga akan berjalan separuh manakala Piala Malaysia bermula 17 Oktober secara kalah mati satu pusingan.
Kempen Piala FA dan Piala Cabaran pula dibatalkan.

Perubahan kalendar Liga-M 2020 dibuat dengan mengambil kira keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP yang dipengerusikan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, sebagai rujukan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MFL dalam menyusun perjalanan liga musim 2020,” menurut kenyatan itu.

Menerusi format baharu itu, liga akan bersambung dari perlawanan kelima hingga perlawanan ke-11 dengan semua perlawanan mengikut jadual asal seperti yang sudah ditetapkan.

Saingan Piala Malaysia pula menyaksikan 11 pasukan terbaik Liga Super dan lima pasukan terbaik Liga Premier diundi bagi menentukan perlawanan awal serta pasukan tuan rumah.

MFL mengingatkan semua pasukan perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) latihan dan perlawanan Liga-M yang dikeluarkan FAM dan MFL berdasarkan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta garis panduan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Dalam pada itu, MFL mengesahkan Liga-M 2020 akan dibatalkan tanpa mana-mana pasukan dinobatkan sebagai juara sekiranya MKN, KKM dan KBS tidak membenarkan saingan itu disambung sehingga September depan.

Sekiranya ia berlaku, juara Liga Super 2019 akan mendapat slot automatik ke Liga Juara-juara Asia (ACL) 2021 manakala naib juara Liga Super 2019 dan juara Piala FA 2019 akan mendapat slot ke Piala AFC 2021.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan dalam kenyataan menegaskan bahawa pelan perancangan itu akan dikaji semula pada Jun depan berdasarkan perkembangan semasa wabak COVID-19.

“Kami memantau situasi semasa isu wabak COVID-19 dan akan mengemukakan permohonan semula mengenai perancangan jadual Liga Malaysia 2020 berdasarkan arahan terbaharu MKN, KKM dan KBS pada Jun nanti.

“Pihak MFL juga menitikberatkan soal keselamatan semua pihak yang terlibat, dengan SOP perlawanan lebih ketat mengikut saranan MKN, KKM dan KBS, andai Liga Malaysia musim 2020 dapat diteruskan seperti yang dirancangkan itu,” katanya.

Ab Ghani berkata perancangan baharu kalendar Liga-M turut mengambil kira faktor penundaan tarikh Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, ACL 2020 melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan tarikh baharu kejohanan Piala AFF 2020 yang dijangka pada 21 Nov hingga 15 Dis.

— BERNAMA

Nampaknya masih di pra cadangan lagi. Kita lihat bagaimanakah keputusan kerajaan berdasarkan situasi semasa COVID-19 ini. Adakah ia akan membantu atau tidak dalam meneruskan Liga Malaysia ini.

Please follow and like us:
error0
post

Tiada Liga M meskipun selepas PKP

KUALA LUMPUR, 25 April — Saingan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) musim 2020 tidak boleh dianjurkan buat sementara walaupun selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan, tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata semua kejohanan bola sepak tempatan perlu ditangguh sehingga ke satu tempoh yang akan diumumkan kelak.

“Prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan menetapkan apa sahaja bentuk perkumpulan tidak dibenarkan dan perlawanan bola sepak melibatkan dua pasukan dengan 22 orang.

“Jadi ini akan menyebabkan berlaku kontak secara fizikal, bersentuhan antara satu sama lain. Berdasarkan SOP ini kita tidak boleh benarkan pertandingan bola sepak ini diadakan walaupun selepas PKP berakhir,” katanya pada sidang media harian, di sini hari ini.

Beliau berkata selepas tempoh PKP berakhir kelak, rakyat masih tidak boleh bergerak bebas seperti sebelum ini dan akan terikat dengan beberapa SOP tertentu untuk mengelak berlaku penularan semula wabak COVID-19.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini sedang merangka satu SOP yang perlu dipatuhi oleh rakyat selepas tempoh PKP ditamatkan, kelak.

“Walaupun PKP ditamatkan, perhimpunan seperti program melibatkan kehadiran secara berkumpulan masih tidak dibenarkan, cuma tempoh sehingga bila SOP itu dikuatkuasakan kita akan umumkan kemudian kerana MKN sedang merangka SOP selepas PKP tamat,” katanya

Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dilaporkan menghantar permohonan rasmi kepada MKN dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan menggunakan SOP yang akan dipatuhi bagi membolehkan saingan Liga-M 2020 diteruskan.

Kedua-dua entiti bola sepak tanah air itu difahamkan turut merangka beberapa SOP untuk setiap pasukan bertanding, dengan semua pemain serta pegawai pasukan diwajibkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 bagi memastikan semua individu yang terlibat bebas daripada wabak berkenaan.

FAM dan MFL menangguhkan semua aktiviti bola sepak di bawah kelolaan mereka sejak 16 Mac lalu susulan penularan COVID-19, selain untuk mematuhi penguatkuasaan PKP bagi memutuskan rantaian wabak penyakit tersebut.

— BERNAMA

Please follow and like us:
error0

Liga Malaysia bakal dibatalkan ?

Adakah Liga Bola Sepak Malaysia bakal dibatalkan bagi musim 2020 ini? Ini adalah antara pengumuman yang mungkin menjadi persoalan susulan aktiviti bola sepak negara digantuk selepas isu Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) susulan virus pandemik COVID-19.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka akan menentukan hala tuju Liga Malaysia 2020 pada minggu hadapan selepas mendapat nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam wawancara bersama wartawan Nadi Arena Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan keputusan selepas perbincangan bersama agensi terlibat.

“Kami telah mengeluarkan tiga surat pemberitahuan mengenai isu Covid-19 yang melibatkan liga.

“Saya kira kesemua ahli gabungan dan kelab telah memahami bahawa Rabu depan merupakan tarikh akhir untuk berbincang mengenai isu pemotongan gaji pemain.

“Saya memang ada pegawai daripada FAM dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) yang akan memantau bersama dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), KKM mahupun MKN.

“Dan saya perlu jelaskan di sini bahawa kami memantau perkembangan ini setiap hari dan pada minggu depan, Insya-Allah, FAM dan MFL akan mengeluarkan satu hala tuju selepas mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengenai saranan dan hala tuju yang diberikan oleh FIFA buat kesemua persatuan yang bernaung di bawahnya minggu lalu.

“Kami juga prihatin dengan kenyataan KKM minggu lalu, yang melarang aktiviti sukan bagi tempoh enam bulan sehingga setahun.

“Melihat kepada perkara ini, hampir pasti tiada perlawanan bersama penyokong sepanjang tahun ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kelangsungan liga musim ini, Hamidin menambah: “Kami melihat kepada saranan dan hala tuju yang dikeluarkan FIFA untuk memutuskan kelangsungan liga.

“Kami hanya perlu mengemaskan beberapa perkara lagi dan akan mengumumkannya pada minggu depan, jadi saya tidak boleh mendedahkannya pada ketika ini.

“Mungkin ada dua atau tiga pilihan dan sudah pasti pilihan terakhir adalah membatalkan liga tahun ini.

“Sebagai presiden FAM, Kepentingan kesihatan nombor satu dan bola sepak pada ketika ini di nombor dua,” tambahnya.

Jika liga musim ini dibatalkan, sudah pasti ia akan menjejaskan kontrak pemain dan pegawai sesebuah pasukan.

Ia juga akan memberikan tekanan buat sesebuah pasukan untuk membayar pampasan buat pemain dan pegawai mereka.

Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, masih berharap liga musim ini dapat diteruskan.

Bagaimanapun, dia berasakan jika perlawanan diadakan secara tertutup, ia mungkin penyelesaian yang lebih baik kerana pendapatan sesebuah pasukan dapat diraih menerusi penajaan.

“Saya harap liga tahun ini tidak dibatalkan kerana industri bola sepak bukan hanya melibatkan pemain dan pegawai, malah secara keseluruhan, ramai yang terlibat.

“Kita perlu berjaga-jaga. Apa pendapatan terbesar sesebuah pasukan?

“Ia adalah penajaan. Terdapat beberapa jenis penajaan. Ia tidak hanya bergantung kepada penjualan tiket ke stadium,” katanya.

Sumber :- Stadium ASTRO

Ligakampung.com tak pasti untuk memberikan komen sebab ianya memang melibatkan ramai bukan setakat FAM sahaja. Perincian perlu dilakukan. Mungkin Piala Malaysia boleh dibatalkan sekiranya tetap perlu diadakan kerana jadual akan menjadi amat padat selepas kehilangan beberapa bulan perlawanan ini.

Please follow and like us:
error0
post

Batalkan Saja Liga M – Khalid Ali

Bekas pemain bola sepak kebangsaan yang sering memberikan idea-idea bernas, Khalid Ali menyuarakan pendapatnya lagi. Kali ini beliau menyarankan agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk membatalkan terus saingan Liga M musim ini.
Beliau menegaskan bahawa liga perlu dibatalkan jika tiada penonton dibenarkan hadir untuk ke stadium. Beliau menambah bahawa larangan itu bagi memastikan penularan tidak berjangkit di kalangan pemain, pegawai atau petugas ketika perlawanan berlangsung.

Apa pendapat anda? Ada benarnya juga saranan Khalid Ali tu tapi pasti ada implikasi yang besar terutama dari segi pendapatan pemain dan pekerja-pekerja dalam industri ini. Ligakampung.com berpendapat supaya pihak berkaitan perlu mendapatkan pandangan dari pakar bagi melihat sebarang kemungkinan.
Jangan tergesa-gesa untuk membuat keputusan sebab mungkin ada potensi untuk dilaksanakan perlawanan tanpa penonton. Kita tunggu dalam beberapa bulan lagi sebelum pihak berkaitan boleh membuat keputusan dan jangan tergesa-gesa.
Ini penting kerana ia membabitkan periuk nasi yang bernilai jutaan ringgit. Tetapi ini bukan bermakna kesihatan para pemain serta petugas boleh diambil mudah. Mereka perlu mengadakan saringan ketat sebelum bersedia untuk bermain dalam perlawanan sekiranya Liga M diteruskan juga pada tahun ini.

Jadi kesimpulannya, samada ingin dibatal atau teruskan bergantung kepada keputusan yang ditentukan oleh kerajaan. Sekiranya PKP berjaya diselesaikan dalam tempoh sebulan ini, mungkin pelaksanaan Liga M boleh diteruskan (tanpa penonton di stadium) namun jika sebaliknya, mungkin tindakan batal perlu dilakukan dan kajian terperinci untuk menampung kerugian perlu difikirkan.

Selain itu, kualiti Liga M perlu bersedia dengan penurunan memandangkan pemain-pemain tidak mendapat aksi kompetitif untuk jangkamasa yang panjang sekiranya ianya dibatalkan.

Sumber : HMetro – Batalkan Saja Liga M

Please follow and like us:
error0
post

Guna barang terpakai latihan angkat berat

Atlet angkat berat Perlis, Muhammad Fakhrul Najmi Mohd Fisol tidak menjadikan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai alasan untuk berehat dari latihan.
Beliau menggunakan barang terbuang seperti rim motosikal dan batang besi buruk untuk memastikan keupayaan dalam sukan angkat berat tidak berkarat selepas tidak dapat menjalani latihan di luar seperti sebelum ini.

Beliau bersama adiknya, Muhammad Nazrul Hisham, 10 tahun menggunakan longgkan barangan terpakai seperti rim motosikal , besi dan lain-lain yang merupakan barangan hasil kerja bapanya selaku mekanik untuk menghasilkan peralatan angkat berat.
Mereka ditemui oleh wartawan Bernama di kediaman di Kampung Bakong Kubang Gajah telah menjadikan dua unit rim motosikal yang diletakkan besi seberat 20 kilogram (kg) dan akan menambah dua lagi rim untuk meningkatkan bebanan kepada 40 kg.
Muhammad Fakhrul Najmi telah mewakili sekolah bagi kategori 73 kg manakalan adiknya pula menyertai kategori 45kg.

Fakhrul Najmi yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Sirajuddin merupakan pemenang pingat gangsa Kejohanan Angkat Berat Jemputan di Kelantan pada 2018 mempunyai catatan terbaik iaitu 56kg dalam acara snatch dan 71kg bagi acara clean & jerk dengan catatan keseluruhan sebanyak 127 kg.
Menurutnya lagi, adiknya juga mempunyai minat yang sama sehingga mampu mengangkat bebanan 40kg seawal usia 10 tahun.

  • BERNAMA

Ligakampung.com mengucapkan syabas kepada dua adik beradik ini kerana menggunakan kreativiti serta masa terluang ini untuk menguatkan lagi kekuatan dan teknik dalam sukan ini.
Semoga mampu mencapai kejayaan yang lebih gemilang lagi.

Please follow and like us:
error0